Bad Temper

by - 7:03:00 pm

Salam sume!

Wahhh! Lame amat CM x update blog eh?
 
Well, I'm back!!!! Heheh~

So, ari ni CM nak share satu story nih..Kisah seorang pemuda yang sangat panas baran..
 
Jom layan..Semoga menjadi teladan buat kite semua.. =)
 
 
Suatu masa terdapat seorang pemuda yang bersikap sangat panas baran.
Suatu hari, bapanya memberikan sebuah beg penuh berisi paku & berpesan kepadanya setiap kali dia kehilangan sabar dan mula baran, ketuklah sebatang paku di pagar rumahnya.
 
Hari pertama, pemuda tersebut telah mengetuk sebanyak 37 batang paku ke pagar rumahnya.
 
Beberapa minggu kemudian, dia mula belajar mengawal sikap barannya. Bilangan paku yang diketuk di pagar rumahnya pun semakin berkurang. Pada ketika itu, dia mula sedar bahawa lebih mudah untuk dia mengawal sikap barannya berbanding mengetuk setiap batang paku ke pagar rumahnya setiap kali dia hilang sabar.
 
Akhirnya pemuda tersebut telah berjaya mengawal sikap barannya.
Mendegar perubahan itu, bapanya berpesan agar pemuda tersebut mencabut sebatang paku dari pagar rumahnya setiap kali dia berjaya mengawal sikap barannya.
 
Hari demi hari berlalu..
Pemuda tersebut kini telah berjaya mencabut semua paku yang telah diketuk pada pagar rumahnya setiap kali dia kehilangan sabar dan bersikap baran.
 
Bapanya datang kepadanya dan menunjukkan setiap kesan ketukan paku di pagar rumah mereka lalu berkata, "Kamu telah lakukannya dengan baik anakku, tapi lihatlah lubang-lubang kesan paku di pagar ini. Pagar ini tidak akan sama seperti dulu lagi. Apabila kamu bersuara dalam keadaan marah, ia akan meninggalkan parut seperti ini. Kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan menariknya semula. Berjuta kali kamu meminta maaf sekalipun, kesan parutnya tetap sama".
 
 
If you’re angry at a loved one, hug that person. And mean it.
You may not want to hug – which is all the more reason to do so.
It’s hard to stay angry when someone shows you they love you,
and that’s precisely what happens when we hug each other.~ Walter Anderson
 
 
 
Thanks for reading! Klik here to redeem your gifts!(^_^)

You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit