Al-Quran Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

by - 11:55:00 am

Assalamualaikum & salam Jumaat semua! ^^,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kite semua masih berpeluang untuk bernafas pada hari ni..
 
Korang selalu baca Al-Quran tak? Ape? Dah khatam 2,3 kali??
Alhamdulillah..
Tapi tak semestinya klu dah khatam 2,3 kali tu dah tak perlu bace Al-Quran lagi..
Al-Quran tu kan sumber pedoman kite..
Bukan setakat utk dikhatamkan, tapi perlu difahami jugak..
Sekurang2nya cubelah fahami..InsyaAllah mendapat hidayah dari Allah SWT..
Alah, tak susah pon..Beli jer yang ade tafsir tu, bacelah..
Tak perlula bace byk2 sekaligus, 2 helai sehari pon jadilah..
Sikit2 lame2 jadi bukit ye dak?
 
Oklah, mari kite sama2 bermuhasabah diri dengan kisah ni ye..
 
 
 
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu kelebihan Al-Quran."
 
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli2nya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
 
Ia akan datang dalam bentuk seindah2nya dan ia berkata, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
 
Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
 
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
 
Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, padahal amal kami tidak sampai ini?"
 
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari 
Al-Quran."
 
 
 
~Wallahualam~
 
 
Thanks for reading! Klik here to redeem your gifts!(^_^)

You May Also Like

2 Shaklee Lovers Visit

  1. sentiasa berusaha untuk baca al quran setiap waktu solat... insyaallah...

    ReplyDelete
  2. @semutsenyum : Sama2lah kite berusaha..Mudah2an diperkenan segala amal..InsyaAllah.. =)

    ReplyDelete