Blogger templates

Saturday, 24 December 2011

Jawapan Teka-Teki Imam Al-Ghazali


Assalamualaikum sume!
Selamat berhujung minggu..
Okay, ari ni CM janji nak bg jawapan 'Teka-Teki' semalam kan?
 
Jom scroll down! ^^,
  
 
 
'Teka-Teki Imam Al-Ghazali'..
 
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid2nya lalu beliau bertanya teka-teki :
 
Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum Kerabat"
 
Jawapan Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran : 185)."
 
 
 Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang2"
 
Jawapan Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok, dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama."
 
 
Imam Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
 
Jawapan Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf : 179). Maka kita harus hati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
 
 
Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
 
Jawapan Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72)."
 
 
Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun2"
 
Jawapan Imam Ghazali : "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."
 
 
Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Dengan serentak murid2nya menjawab : "Pedang"
 
Jawapan Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."
 
 
 
 
 P/S : Saudaraku semua! Ingatlah! Tugas, kerja, pangkat, gaji, dan taraf hidup kita sekarang adalah pemberian dari Allah s.w.t..Dia berikan semua ini untuk memudahkan kita beribadat kerana diberikan rezeki (gaji) yang tinggi..Jangan lalai dan abaikan SOLAT 5 waktu yang hanya perlu dikerjakan 5-7 minit itu; kerana dikhuatiri akan ditarik balik segala nikmat tersebut, lalu merana sepanjang hidup dengan kesusahan..Peliharalah SOLAT selagi Allah SWT masih mentadbir kita.. InsyaAllah..
 
 
Wallahua'lam..~~ 
 
 
 
Thanks for reading! Klik here to redeem your gifts!(^_^)

No comments:

Post a Comment

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com