Pesanan Buat Suami..

by - 6:34:00 pm

Assalamualaikum semua! ^_^
Hari ni CM nyer mood cam nak berpesan2 lak..
Tengok tajuk sudeee...Hehe.,
 
Okla, kepada semua suami2 & bakal suami yang sudi membaca blog CM nih, ari ni CM nak sampaikan beberapa pesanan khas buat kamooo!.. ^^,
 
 
Jom cikidot yaww! ; )
 

  1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama2 terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas2. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
  4. Jangan demand 'sex' sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata2 untuk penuhi nafsu syahwat saja.(harap maklum..)
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama2lah menjaga anak. Benih dari awak jugak. Ada suami, isteri tengah makan disuruh cebok kencing & berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.(hampess..)
  6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax2 sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka jer kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya., Berbulu mata & sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan si suami lepas tangan.(sile jangan nanges..Sob Sob! T_T)
  7. Jika suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri, yang tinggal cuma ekor ikan, janggut sotong, dan ekor taugeh.(sabo jela klu dapat laki cani..)
  8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, bagitau isteri dulu. Kalau boleh sehari dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best2 dan mengemas rumah cantik2. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak2 masih berselerak di lantai, & isteri hanya sempat masak mee segera saja.(apa barang derrr bagi tetamu makan mee segera..)
  9. Jangan sekali2 menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?(huh??kentut pon boleh jadi isu ke??kekekeke~)
  11. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali2 mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.(Tak caye cubela try test..)
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah. Bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik di tempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?(ini adalah isu penting dalam kehidupan harianku ye!Saya sgt pentingkan kekemasan dan kebersihan..)
  15. Rajin2lah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah / menjaga anak. Tapi jangan tanya 2 tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputarbelitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu 3 dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh! Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate kan? Jadi mengapa isteri awak kene tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking saja. Kalau awak sakit nak mati nanti, sape yang kene jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat2lah bawa jumpa doktor. Tunjukkan anda mengambil berat tentang dirinya.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kot kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. (Bukannya laku bila dah mati nanti).
  21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka, belum tentu isteri turut masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka. Tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami ikut masuk syurga. (Err, kalu saye salah tolong betulkan saye ye..).
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas 10 kali.
23.    Jangan buat dunno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf. Kalau perlu dipujuk, pujuklah. Hati orang pompuan ni sensitip. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris2. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.


P/S : Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan wanita ni enteng saja.


Allah SWT berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati2lah dengan Tuhan."




Thanks for reading! Klik here to redeem your gifts!(^_^)

You May Also Like

0 Silent Hunter's Footprints