Blogger templates

Monday, 31 December 2012

Di Ambang 2013.. Selamat Menyambut Tahun Baru Semua..! ^__^


Lagi beberapa jam, tahun 2012 bakal meninggalkan kita.. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 buat semua pengunjung blog ini dan juga kepada semua rakyat Malaysia..! 


....semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan membawa 1001 satu makna dan pengertian buat kita semua. Sama-sama kita berusaha mendidik diri ke arah yang lebih baik dan bermanfaat. Mana-mana azam yang masih belum terlaksana tu nampak gayanya terpaksalah dibawa ke tahun hadapan. Hehehe..


Last entri dari aku untuk tahun ni.. Jumpa next year! ^_~




P/S :
Lagi beberapa hari
bertambah lagi usiaku.
Tua sudah.. Huhu~~




WRITTEN BY : 
Read More

Jangan Sampai Kita Lupa..


Bila seseoramg itu berumahtangga, status dan tanggungjawab juga akan turut berubah. Jangan sampai terlupa beberapa perkara ini !


  • Ada suami yang lupa bahawa ibu lebih utama dari isteri ;
  • Ada isteri yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu ;
  • Ada ibu bapa yang lupa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibu bapa ;
  • Ada isteri yang lupa bahawa si suami perlu mengutamakan ibu si suami melebihi si isteri ;
  • Ada anak lelaki yang lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibu dan bapa tergalas di bahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan ;
  • Ada anak perempuan yang lupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawa kepada suami dan ibu bapa suami lebih dari ibu bapa kandungnya sendiri..



P/S :
Yang paling penting,
jangan sekali-kali lupakan
Pencipta kita, ALLAH S.W.T
kerana DIA tidak pernah
lupa pada umatnya.. =)







WRITTEN BY : 
Read More

Bila PUTEH Mula Obses Dengan Bunyi-Bunyian..

video

Selain dari bunyi-bunyian, benda yang paling dia gemar ialah lighter & rokok.. Kalau time hubby merokok, mesti dia duk tercongok kat depan tengok orang merokok. 


....kalau lighter tu tak payah cakaplah, lepas satu, satu dibuat main. Lepas tu hilang tak jumpa cari.. Bila kemas-kemas rumah, adalah terjumpa lighter tu kat celah-celah meja, bawah katil, pendek kata segala ceruklah.. Alahai penghibur hati.. =)





Read More

Suci Jer Muka Aku Zaman Sekolah Dedoulu.. Hehehehe..!

*Pic Credit to Lyafrina*

Masa ni kitorang form 4 kot.. Ke form 5 ekk ? Entah, dah lupa langsung.. Kalau Lya tak post gambar ni kat FB, memang tak ingat langsung dah ni. Huhu.. Suci je kan wajah weols zaman sekolah dulu.. Heheheh.. 




P/S :
Tiba-tiba terasa rindu sangat
nak sarung uniform sekolah.
Banyak kenangan time tu.. =(





WRITTEN BY : 
Read More

Wanita Perlu Ada Ini..


Wanita Itu Permata Hati Lelaki




Selamat pagi & salam ceria semua! Al-Fatihah untuk keempat orang tuaku.. Wanita di luar sana, siapa yang dah sampai tahap PHD kat sini ? Aku ?? Erm.. SPM pun macam tak berapa nak lepas je lagi.. Uhukhuk! T_T






WRITTEN BY : 
Read More

Makanan Laryut Malam.. Om Nom Nom!


Tengah-tengah malam buta bila tetiba perut kelaparan, ini jelah habuannya. Nak masak beriya macam malas la pulak. Ala kadar sudah. Buat alas perut. Tapi aku goreng tak guna perencah maggie. Buat rencah sendiri, seboleh-boleh nak elak dari perasa tambahan (monosodium glutamate / msg).. 


....semenjak kahwin ni memang aku masak tak guna ajinomoto. Sebab husband & family belah husband semua tak makan ajinomoto. Sesekali makan kat luar tu je lah kalau makan pun. Mula-mula dulu memang aku tak reti nak adjust rasa masakan tanpa ajinomoto sebab ajinomoto tu lah yang buat masakan jadi sedap kan ? Tapi sekarang alhamdulillah, dah boleh dah.. Sedap lagi! *Tangan ke bahu mata ke atas* Terbukti air tangan tu yang buat sedap.. ^_^





P/S :
Semenjak dua menjak ni mood nak update blog tu
muncul waktu tengah malam buta jer..
Time orang dah selamat belayar,
time tu lah terhegeh-hegeh nak kayuh perahu.. Erm.. 






WRITTEN BY : 
Read More

Sunday, 30 December 2012

Riak Di Internet ?! Semoga Dijauhkan..

*Pic Credit To FB*


Peringatan untuk diri sendiri dan semua..!
Kita menulis biarlah dengan niat yang betul, bukan menunjuk atau membangga diri.. Aku menulis sekadar memahat kenangan dan berkongsi kisah hidup serta maklumat-maklumat yang mungkin bermanfaat buat semua..



Ya Allah!
Semoga dijauhkan diriku dan rakan-rakanku dari sikap ini..








WRITTEN BY : 
Read More

Mekar Dalam Kenangan.. Begitulah Kasih Sayangku..



Sesekali terasa rindu sangat dengan Tam Tam.. Bagi yang dah ikut blog ni dari dulu, mesti pernah baca pasal Tam Tam kan ? Bagi yang tak tau tu boleh KLIK SINI untuk baca..

Kawan pertama aku kat sini.. Tam Tam.. T_T

Ye, Tam Tam adalah kawan pertama aku kat Klebang ni.. Nama sebenar dia BLACK, tapi aku je yang panggil Tam Tam.. Manja yang amat.. Masa awal-awal kitorang pindah sini start dari kitorang cuci rumah & punggah barang-barang masuk rumah, Tam Tam ni lah yang sering datang meneman. Dia selalu datang temankan aku bila hubby keluar bekerja.. Tapi entah macamana satu hari tu dia langsung tak datang rumah aku dah.. Lama dia tak datang.. Tiap2 hari aku tunggu tapi Tam Tam tak pernah muncul lepas tu.. Aku fikir mungkin kena curi sebab memang tak pernah nampak dah kelibat dia.. Bila aku tanya tuan dia (jiran sebelah rumah), memang sah kena curi.. Sangat rindu dengan Tam Tam.. T_T

Goldie / Oyen.. Nama sebenar Meimei..

Lepas ketiadaan Tam Tam, adik dia plak yang datang gantikan tempat dia temankan aku hari-hari.. Nama sebenar dia Meimei, tapi aku panggil Oyen.. Oyen ni pun manja sangat.. Bila dia datang, aku selalu teringatkan Tam Tam.. Rindu sangat dengan Tam Tam.. Walaupun Oyen ni sama manja macam Tam Tam, tapi apa yang buat aku sayang sangat dengan Tam Tam adalah sebab dia kawan pertama aku kat sini..


....malang tak berbau, selang beberapa minggu Oyen pula menghilang. Aku dah mula risau. Dorang ni selalu kena tinggal kat umah sebab tuannya berniaga. Siang berniaga, malam pun berniaga.. Balik lewat-lewat malam. Sebab tu diorang selalu datang rumah aku. Haiwan pun macam manusia, perlukan perhatian dan dimanja.. Beberapa hari Oyen tak datang, aku bertanyakan pasal Oyen dengan tuannya.. Berita sedih lagi aku terima.. Oyen mati dilanggar kereta.. Berjurai air mata.. Allah saja yang tau betapa aku terasa kehilangan.. T_T

Comot a.k.a Manja..

Semenjak kehilangan Oyen, aku mula cuba menjauh dengan kucing. Baik kucing jalanan mahupun kucing-kucing jiran. Aku takut kehilangan teman baik lagi sekali.. Tapi Comot datang mengubat rindu. Nama sebenar Comot ni sebenarnya Manja. Comot ni ialah mak kepada Tam Tam & Oyen. Cuma dia kurang mesra dengan kucing-kucing lain yang menumpang makan di rumah aku. Dia manja, sama macam anak-anaknya tapi mungkin disebabkan faktor usia, Comot lebih bersifat dominan.


....mungkin disebabkan kehilangan Black & Meimei, tuan mereka mula memberi perhatian kepada Manja.. Oleh sebab itu, Manja a.k.a Comot ni jarang-jarang datang ke rumah aku..

Comel..

Comel pula datang mengubat rindu aku pada Tam Tam, Oyen, dan Comot.. Tapi jiran sebelah rumah yang lagi sorang ni pun penggemar kucing, berebut-rebut pula aku nak bela si Comel.. Akhirnya aku mengalah & lepaskan Comel dijaga & dibela oleh jiran aku.. Sekarang Comel dah besar dah.. Dah jadi anak teruna dah pun.. Hensem & bergaya.. Selalu juga Comel datang melawat aku.. ^_^


....dan sekarang aku ditemani Puteh, Boolat, & Qaseh.. Kesayanganku sudah pastinya Puteh yang telah berjaya mengubat rindu aku pada Tam Tam & Oyen.. Sayang Puteh sangat-sangat.. Aku harap Puteh akan setia temankan aku sampai bila-bila.. 

Puteh Mueza Kesayanganku.. =)
Boolat a.k.a Gendut.. =)
Love Both.. =)



P/S :
Qaseh ni kucing baru.. Tak berkesempatan lagi nak snap gambar. Nanti senang-senang, aku upload gambar Qaseh pula ye.. ^_^





WRITTEN BY : 
Read More

Thursday, 27 December 2012

OKAY.. OKIE.. OK.. K!


Semalam ada terbaca satu post di Facebook tentang variasi ejaan untuk satu perkataan ni. Perkataan apa ye ? Sila berbalik pada tajuk.. 


Yezza! Perkataan OKAY or OKIE or OK or K.. Semua ni aku guna dalam perbualan harian. Tapi ikut mood  tau. Biasanya orang boleh perasan dalam mesej2 yang aku taip.. Hehe..~~


....orang lain aku tak tau lah.. Tapi kalau aku, bila aku guna perkataan 'OKAY' or 'OKIE' dalam mesej itu bermaksud mood aku tengah baik. Biasanya bila aku gembira atau senang hati aku gunalah ejaan macam ni.. 


Tapi bila aku cuma taip 'K' jer, ha jaga-jagalah. Tu bermaksud mood aku tengah tak baik. Biasanya time aku tengah marah or benganglah. Tengah merajuk pun ye jugak. Mr. Chenta tau lah ni.. Hehehehe~~


....bila mood aku biasa-biasa jer tu aku akan guna ejaan 'OK'.. Means mood aku tengah neutral masa ni.. Ngeeee~~ ^_^





P/S :
Ada tak yang macam aku
guna certain2 ejaan utk perkataan
OK ni ikut mood ? Heheh..






WRITTEN BY : 
Read More

Nak Let Go This Shoe.. Ada Sesiapa Berminat ?


Flat Shoe, Crocs Shoe, Original Crocs, Second Hand Crocs Shoe To Let Go

Original Crocs Shoe to let go! Aku pernah cerita pasal kasut ni kat SINI.. Actually aku sangat suka kasut ni. Memang seboleh-bolehnya taknak let go. Sebab memang aku sayang sangat dengan kasut ni.


....sebab utama aku nak let go this shoe adalah sebab tak sesuai dengan bentuk kaki. Dulu aku pernah pakai crocs shoe yang design hujung depan dia tu lebar. So, memang sedaplah pakai. Hari tu gi beli yang ni. First sarung terus jatuh cinta sebab design ni sangat cantik.


Terus decide beli. Masa raya, first time rasmi pakai baru terasa yang kat bahagian hujung dia tu rupanya  sedikit tirus. Kaki iols ni cam cerakau uols. Kembang nah kat depan. Bila pakai lama2 terasa sakit. Masa test dulu dalam shopping mall, ada air cond. Sedap la pakai. Bila dah kat luar ni, berpanas agaknya kaki mengembang, tu yang sakit. Boleh pakai tapi tak boleh lelama.. Huhu.. Kalau tau, baik aku amik saiz 6 ari tu.. 




....so, ada yang berminat tak if aku nak let go this shoe dengan half price..? Condition masih elok. Saiz 5.  Baru 4 bulan beli.. Bagi yang kaki berjejari runcing tu oklah untuk kaki memang saiz 5. Kalau kaki stock2 cerakau cam iols nih, aku sarankan untuk yang bersaiz 4..


**In Shaa Allah nanti aku upload gambar terbaru kasut ni kat Facebook.. **


P/S :
Kalau berminat, boleh PM 
kat Facebook ea..






WRITTEN BY : 
Read More

Wednesday, 26 December 2012

Ganjaran Untuk Isteri Solehah..


Taukah kita ganjaran buat isteri yang solehah itu sangat besar ? Walau hanya dengan perkara-perkara remeh dan mudah, ganjarannya sangatlah istimewa. Malam ni cuma nak berkongsi ganjaran yang diterima oleh para isteri yang solehah.


Sesuai untuk bacaan semua wanita yang bergelar isteri juga buat yang bakal bergelar isteri. Mari sama-sama kita bermuhasabah diri dan belajar mendidik jiwa supaya lebih sabar dan tabah dalam menguruskan rumahtangga.. In Shaa Allah.. ^_^


Ganjaran Untuk Isteri Solehah :-

  1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
  2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
  3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  4. Apabila isteri hamil, ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmoni terhadap suami akan menjadi tasbih (zikir).
  6. Tidak akan putus ganjaran daripada Allah S.W.T kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
  7. Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga - Hadis Riwayat Tarmizi.
  8. Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka - Hadis Riwayat Anas bin Malik. 


Jalan ke arah soleh dan solehah itu tidak mudah. Namun apabila sudah mencapainya, ganjarannya sangat indah.. Wanita boleh memilih untuk menjadi 'bunga sejati' atau bunga plastik. Maka pilihlah untuk menjadi bunga sejati. Menjadi wanita solehah yang membawa ketenangan. In Shaa Allah.. =) 


*Credit Pic to Google*





P/S :
Jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan agenda mencari si soleh. Tetapi
berusahalah menjadi yang solehah.. 
Jika inginkan yang solehah, 
janganlah cerewet mencari yang solehah, 
tetapi berusahalah menjadi yang soleh.. ^_^








WRITTEN BY : 
Read More

Friday, 21 December 2012

Mari Belajar Didik Jiwa! Mulakan Dengan Sentiasa Berfikiran Positif.. =)


Bersihkan jiwa dengan perkara-perkara baik, Fikir Positif

Salam Jumaat penghulu segala hari.. Alhamdulillah, syukur kerana masih diizinkan bernafas dan diberi peluang menikmati hari ini. Kawan2 semua dah ucap syukur ? Jom kita muhasabah diri di hari yang indah ni dengan mendidik jiwa ke arah perkara2 yang baik2! ^^,


....jangan lupa hadiahkan Surah AL-FATIHAH buat kedua orang tua kita! Bagi yang dah berumahtangga, kedua ibu bapa mertua jangan dilupa tau..





P/S :
Mood berbelog dah mula kembali..
Mulakan hari dengan senyuman!
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
In Shaa Allah.. ^__^





WRITTEN BY : 
Read More

Wednesday, 19 December 2012

Jangan Sedih.. Harapan Itu Masih Ada.. =)





Kata-kata semangat untuk hari ini. Harapan, ruang dan peluang takkan hilang selagi kita masih dipinjamkan nyawa untuk hidup. Apa yang penting jangan sekali-kali berputus asa dengan kasih sayangNYA..






P/S :
Mood berblog tengah ke laut.
Harap maaf kepada semua
yang masih belum terbalas
kunjungannya..




WRITTEN BY : 
Read More

Friday, 14 December 2012

It's Just A Bad Day, Not A Bad Life.. Chillax lah..! ^_^


Tak sangka ramai jugak nak tau kesinambungan kisah aku dalam ENTRI SEMALAM (Click To Read..) Macam2 andaian yang diberi. Ada yang kata mimpi lah, tertidur masa jawab test lah.. Hehehehe.. Ternyata aku berjaya membina corak pemikiran yang kreatif di kalangan pembaca ZPC ni.. Eheks! ^^,


Sebelum tu sudilah kiranya korang baca quotes yang aku tempek kat bawah ni. Ehsan dari google. Mohon pinjam ye incit google.. Ngeh3!~ 

Dah Habis Entri Ni Nanti Korang Fahamlah Kenapa Aku Tempek Quotes Ni.. 


Jom sambung cerita ! ^_^


....tengah syok aku melayan ngantuk, datanglah MANAGER ketuk pintu (*Harap menjawab persoalan yang bermain di benak korang sedari semalam.. Ini bukan mimpi ye.. Betul2 nih.. Hehe..*). Sorang2 dia panggil. Tinggal aku last tercongok kat dalam bilik tu. Terkebil2 aku duduk kat situ sorang2.. Huh! -.-


Rupa2nya candidate yang 2 orang tadi dah dibahagikan ke dua kumpulan. Adalah dalam 10 minit aku tunggu. Barulah datang sorang chinese guy & manager tadi perkenalkan aku dengan dia. Okay, hati aku dah tak berapa sedap. Kepala otak aku ligat berputar mengalahkan gasing. Aku dapat rasa tekaan aku betul kali nih. 


....ko tau apa aku teka ? Nanti ending aku bagitau.. Kalau tak nanti korang tak baca sampai habis.. Haha! Keji tak aku ? Keji tak ? Ngahahahaha!~


Ke mana aku di bawa ? Yezza! Seharian tu aku diheret untuk training buat advertising. Dalam hati aku, "Training kebende pulak sampai nak kena keluar ofis ni ?".. Aku dapat rasakan yang aku dah terkena.. Kena apa ? Aku kena ikut diorang buat MARKETING yang katanya ADVERTISING tu ! Argh!!! I hate this..!!!


....ko bayangkanlah, dari pukul 11 pagi sampailah 5.30 petang aku kena menapak naik turun tangga, keluar masuk ofis orang. Aku rasa siapa yang pernah kerja buat marketing tu taulah.. Okay, fine.. Itu aku tak kisah sangat.. Sekurang-kurangnya ada benda baru yang aku dapat belajar. Cuma ada part2 yang aku kurang selesa & tak berkenan yang membuatkan aku tolak offer kerja ni..


Yang Ni Aku Nak Korang Baca Betul2..
Then Tolong Bagi Feedback 
Tentang Pendapat Korang 
Di Ruangan Komen..
v
v
v
v
v
v


1. Bila diorang nampak aku pakai tudung diorang sepatutnya respect dengan aku.. Betul tak ? sekurang-kurangnya cuba faham apa yang seorang muslim macam aku boleh buat & apa yang aku tak boleh buat. Paling tak pun sekurang2nya sensitif la sikit kan ? Ni tak, selamber jer shake2 hand highfive2 bagai. Langsung tak fikir yang aku ni okay ke tak. selesa ke tak..



2. Sebagai rakyat 1 Malaysia diorang pun kena tau yang kita ni ada time2 nak kena rehat untuk solat dan sebagainya. At least diorang patut tanya, "Eh, u nak berhenti solat dulu ke ?".. Kan ? Ni tak, kalau aku tak cakap memang burn gitu jelah waktu Zohor aku. Yang lelaki sorang lagi pun langsung tak ada mention pasal nak berhenti solat ke apa.. Oh, FYI kitorang  masa tu 1 group ada 5 orang. 2 supervisor (Chinese), 2 yang datang for 2nd interview (aku & sorang lagi budak pompuan), dan sorang budak laki newbie (Melayu)..


3. Part yang aku paling tak selesa bila budak newbie tu tanya tak pernah makan makanan cina ke (*dari kedai2 cina*)? Aku jawablah tak pernah. Dia kata "Sedap tau, cubalah sekali.."..Aku dengan budak pompuan tu cakaplah tak boleh ar sebab kita rasa was2 even bukan dari kedai cina pun kecuali kedai tu ada tanda halal. Then boleh dia cakap, ala janganla makan yang ada tuuuu (*babi*).. Orderlah yg takde benda tu.. Masa tu aku dah macam kompius.. Dalam hati "Eh, ko ni mmg dah tak tau langsung ke hukum makanan halal haram ? Even ko order makanan yang takde babi (*sori, aku sebut direct je perkataan babi tu. Maaf kalau korang rasa kasar..*) sekali pun kat kedai cina tu, tapi dorang guna kuali, periuk, yang sama yang dorang dah guna utk masak the babi.. Tetap jatuh haram tau.. And dah sah2 kedai tu tak halal, takde tanda halal.." Bila dia ckp macam tu aku dah dapat tangkap patutla hal solat pun buat tak endah jer..



4. Aku masa tu pakai baju kurung. Yang ni lagilah nampak betapa tak sensitifnya supervisor aku tu. Boleh dia heret sekali aku masuk pusat snuker & bar yang penuh dengan arak semua tu. Ya Allah, Tuhan sajalah yang tau perasaan aku masa tu. Bau arak kuat betul. Rasa macam nak menangis pun ada. Sepatutnya, dia suruh la aku tunggu kat luar kalau dia betul2 respek agama kita ye tak ? Walaupun just masuk utk edar katelog & buat marketing, tapi if orang nampak apa dorang fikir ? Tetap tak manis kan untuk kita yang beragama Islam ni.. Apatah lagi dengann aku yang bertudung & berbaju kurung segala.. Sedih.. T_T



5. Prinsip aku, hormat ruang kerja & peraturan pejabat orang lain. Bila orang kata tak boleh masuk, means tak boleh masuklah. Korang tau berapa kali kitorang kena sound sebab masuk ruang pejabat orang yang terang2 tulis 'NO DIRECT SELLING ALLOWED'! Lepas tu ruangan 'PERSONNEL ONLY' pun diredahnya masuk. Dah macam perompak pun ada. Siap menipu lagi. Bank2 kan biasa kat bawah tu kaunter2 je kan ? Ofis department semua kat atas kan ? So we supposed not to get in & disturb the staff. But u know, my supervisor degil & masuk jugak2. Kalau dorang call security & tangkap kitorang tak ke naya ? Seriusly ni kerja gila. Gila berbisnes sampai dah tak kira semua tu.. Main redah jer.



Inilah antara sebab2 aku tolak tawaran kerja tu. Kalau tak, hari Selasa tu aku dah start kerja. Oh, jawatan yang aku pohon adalah PENOLONG PENGURUS.. Logik ke tak logik nak jadi Asst. Manager kena training macam ni ? Yang aku tau, tugas seorang pengurus atau penolong pengurus is kat dalam pejabat jer. Paling tak pun attend meeting ke mana2. 


....sekarang aku nak tanya korang, wajar ke tak wajar tindakan aku tolak tawaran kerja ni ? Apa pandangan korang tentang my long bad day ni ? 2 hari kot kaki aku sakit, betis aku kejang gara2 buat marketing.. Gilos!~








WRITTEN BY : 
Read More

Thursday, 13 December 2012

Apa Yang Membuat Aku Kuat Dan Terus Berdiri Gagah Sehingga Ke Hari Ini..


Bila ujian mendatang tak henti2,
Kadang hati terasa berat untuk terus berharap,
Kaki terasa lemah untuk terus melangkah,
Hati terasa kosong tanpa sekelumit rasa,
Jiwa terasa hampa tak bertenaga,
Fikiran seakan melayang tak berhaluan..


Bila aku berhenti berharap dan mula berputus asa,
Hanya satu wajah yang hadir dalam renunganku,
MAK!
Insan yang banyak mengajar aku erti kehidupan,
Insan yang banyak mengajar aku supaya jangan mudah mengalah dalam hidup,
Insan yang banyak mengajar aku erti kuat dan tabah..
Ya, hanya kerana MAK lah aku terus berdiri hingga ke hari ini.. 


Terima kasih MAK kerana tak pernah berputus asa denganKU..
Terima kasih MAK kerana setia mendoakan kebahagiaan dan kejayaanKU..
Terima kasih MAK kerana sering hadir di saat jatuh dan bangunKU..
Terima kasih MAK kerana tak jemu memberi sokongan dan dorongan buatKU..
Terima kasih MAK atas segala DOA yang kau taburkan..
Terima kasih MAK atas segala-galanya..



#Walaupun Seringkali Aku Rebah Dan Tersungkur, Akan Aku Terus Bangun Dan Melangkah Demi Kasih Sayangmu.. Terima Kasih MAK..# T_T



WRITTEN BY : 
Read More

Wednesday, 12 December 2012

A Long Bad Day~~ -_-#



Hai all! Nampaknya mood aku dah mula kelemauan nak update blog.. Erm..~~ Ada banyak benda yang aku nak kongsi dengan korang semua. Ada baca ENTRI NI tak ? Kalau belum or lupa boleh la recall kat link yang aku bagi tu k..


....so, nak dijadikan cerita hari Isnin baru2 ni aku attend for the 2nd interview. Apa yang aku fikir interview sepanjang hari tu (9.00am - 6.00 pm) maybe dorang nak bagi briefing & training since aku takde pengalaman dalam bidang yang aku mintak tu. Lagi 5 minit pukul 9 aku dah terpacak depan ofis.


Macam biasa, aku adalah orang first yang sampai. Masuk2 jer dorang suruh aku jawab ujian which is sepatah haram aku tak faham.. Okay~ -..- ! MENSA Script.. Siapa tau & terrer tentang ni ? Sejam setengah kot aku duk mengadap kertas soalan bagai nak tembus lagaknya.. Walhal sehelai je kot.. Tu pun hapo pun taktau.. Dalam hati aku, "kompem tak lulus aku macam nih.."~


Masa berlalu begitu saja (*Pergh! Macam ayat novel dowh..*).. Aku dah mula tak keruan dek kerana mengantuk yang amat.. Ada 2 orang lagi candidate.. Aku tengok pun sama keadaannya macam aku. Boring & mengantuk tahap super saya... Ahahahahaha~! 


....dalam duk layan pra-hibernasi (*ada ke pun istilah ni ? Haha..!*) , tiba2 pintu bilik diketuk.. ~Tok diketuk diketuk, Pintu rumahku diketuk.. Dag! Dig! Dug! Jantungku berdebar2~ Berkumandang di telinga lagu dangdut nyanyia Haiza yang satu masa dulu agak popular... Ngeh2! Oh, lupa nak bagitau.. Kitorang jawab soalan tu dalam bilik meeting. Tapi siapakah yang mengetuk pintu itu ???????? Jawatan apakah yang aku pohon ?????


-TO BE CONTINUE-





P/S :
Disebabkan isi kandungan 
yang nak disampaikan nanti 
agak panjang berjela, maka
aku mengambil keputusan
untuk ceritakan di entri lain.
Mohon tunggu kerana aku nak 
dapatkan feedback korang.. 




WRITTEN BY : 
Read More

Sunday, 9 December 2012

3 Hari Yang Panjang.. Akhirnya Clear Sudah My Inbox.. Yeay! ^_^




Well, kesinambungan kisah INI (click to read) selama 3 hari ko aku bertungkus lumus menapis inbox yahoo mail aku. Dan seperti yang dijangka ada beberapa email penting yang aku terlepas pandang. Huhu~


....last couple months ada satu contest dari Blackmores which is Blackmores Nutribeat Contest. Aku pun suka2lah main game tu. Tak sangka pulak boleh menang. Inilah antara rezeki yang aku termiss dek kerana lama tak buka yahoo mail.. Tsk! -.-




Tapi tak apalah, anggap jelah bukan rezeki. Sekarang I need to spend more time to look after my yahoo mail too.. Before this aku bias sikit. Gmail jer yang aku buka hari2.. Mueheheh!~~









WRITTEN BY : 
Read More

Thursday, 6 December 2012

Alhamdulillah, First Stage Dah Lepas.. Waiting For The 2nd Stage Next Week..

Interview, Adab berpakaian, Adab percakapan, Adab perbuatan
Peace Yaw! ^_~
Alhamdulillah, interview pagi tadi berjalan lancar. Since panel penemuduga tu perempuan & kebetulan sekampung dengan aku so takdelah terasa sangat nervous tu.. Aku ni kalau nervous takde lain, perut memulas semacam macam kena cirit birit. Pastu mulalah nak ke tandas jer memanjang. Gugugu~~


....alhamdulillah juga my 1st stage interview ni berjaya & terus ditapis untuk ke 2nd interview on next Monday. Moga-moga dipermudahkan segalanya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.. ^__^  




WRITTEN BY : 
Read More

My Forever Favourite.. Nyum2 ! ^_^


Nasi Lemak Sedap

Breakfast pagi tadi. Nasi lemak is my forever favourite. Siang malam pun aku boleh telan tanpa mengenal jemu. Muehehehe! 

....setakat ni, inilah nasi lemak paling sedap yang kitorang jumpa kat area perumahan aku ni. Memang layan betul aku makan. Tapi kan, kalau dibungkus dengan daun pisang lagi tangkap nanges aku layan nasi lemak nih.. Zaman sekarang susahlah nak dapat nasi lemak daun pisang. Kat kampung-kampung jer la kalau ada pun.. Huhu~~


Licin ko aku bedal.. Tak tinggal walaupun sebutir nasi. Haha! Tu tandanya memang betul-betul kena dengan selera tembolok aku ni.. Mr. Chenta pun kata sedap. Nyum2!


Apa cerita interview aku pagi tadi ??? Next entry jelah aku cerita.. Kbai! ^_~





WRITTEN BY : 
Read More

Woooo, 14k Tu !!! Aku Kayo..!!!


Durian runtuh 2012, 14k,

Haha ! Mesti yang ramai ingat aku dapat durian runtuh sampai 14k kan ? Maaf lah ye.. Bukan tipu tau.. Memang aku dapat 14k pun.. Siap ada plus2 lagi.. Durian runtuh jugak tu ko uols.. Tapi bukanlah dalam bentuk wang ringgit.. Kalaulah dapat tukar dengan fulus.. Kayo aku hoiii..!


....ni total mesej dalam inbox yahoo aku. Agak lama jugak aku tak check email yahoo ni tau.. Tapi rasanya belum lagi sampai sebulan. Dah cecah ribuan mail ko aku nak kena tapis.. Haih!~ Malas seyh.. -_-




P/S : Sekarang masa 
untuk main tapis2 mail..
Pengsan.. #_@







WRITTEN BY : 
Read More

Harap2 Kali Ni Last Lah..


Azam Tahun Baru 2013, Kerjaya Baru, Interview Session

Morning! Hari ni aku ada satu lagi interview.. Entah dah berapa kali aku attend interview. Still tak dapat grab mana-mana job.. Tapi takpelah, maybe bukan rezeki aku kat situ. Yang penting usaha, tawakal dan jangan mudah putus asa. Betul tak ? 


Mudah-mudahan ada ruang aku kat sini.. Doakan ye kawan-kawan semua..! ^__^




P/S : 
Entry Autopublish!
Jumpa Di Next Entry.. ^^,






WRITTEN BY : 
Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com