Blogger templates

Tuesday, 31 January 2012

Tak Kene Atas Batang Hidung Lu, Bleyla Cakap!




Wahhhh2x!!! Longkangnyer molot!!!
Betul2 bikin wa panas nih! Bajet bagos jer!..
Lu hengat wa kesah?!!
Pigira mabokkk!!!..
 
Ngahahahaha!~~~
Oh ya, esok Hari Wilayah! Huh?!
So?!...
 
Erks, tu je nak cakap..Sekian terima kasih!
Majulah sukan untuk Negara!
 

Read More

Surat Cinta Seorang Rockers..


Salam awekku,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok2 je. Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main2 ke? Cintan gua mendalam very deep u know? Verry deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa kurangnya gua ni? Cuba lu cakap. Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang2 lu keja opis, lu ada skandal ngan mat despatch kat opis lu tu!

Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulu pun penah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua xde kelayakan, tapi tadika kemasa jarang amik cigu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tu la gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain. Gua memang betul2 tak puas ati ni! Lu memang bikin gua panas!
Sampai ati lu buat cani kat gua setelah apa yang gua kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu xde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jaket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punyer gua usha. Start dari tulah lu & gua sama2 sudah feeling2. Gua ingat lagi lagu 'Antara Gadis' masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu.

Gua slalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupe?!! Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua cani. Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganla kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat cani lak kat gua. Gua tau sape gua. Dulu lu xdepun cani. Lu tak kisah pun! Lu layan selamba je.

Tapi sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak beb! Sembahyang Jumaat tak tinggal wo! Lu pikirlah sendiri beb! Gua dah curahkan segala2nya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua yang gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua nak buat modal nak kawen ngan lu.

Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik2, beb! Gua dah xde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usha diorang tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhir kata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati -sygQu-





Read More

Monday, 30 January 2012

Lindungi Diri Dengan Mosi-guard®Natural

Hai korang! Selamat kembali bekerja! ^^,
Act, CM ade terbace pasal satu benda nih. Agak menarik untuk dikongsi bersama.
 
Sape2 yang belum bace entri sebelum ni pasal DENGGI tu, silela bace dulu sblom pape ye...Penting tau..Korang patut & perlu tau..~~

 So, ari ni CM nak kongsikan salah satu cara nak mengelakkan dari terkena penyakit Demam Denggi ni. Bukan sahaja untuk mengelakkan gigitan nyamuk aedes tetapi juga serangga2 lain ye. Dengan penggunaan semburan serangga semula jadi ni, dapat membantu kita menghalau nyamuk, sandflies, kutu dan jgk midges.
  

Mosi-guard®Natural adalah penghalau serangga semula jadi yang paling berkesan dan berjaya di dunia. Bahan aktif yang terdapat di dalam Mosi-guard®Natural mengandungi ekstrak dari Minya Kayu Putih lemon yang menyegarkan dan bau yang menyenangkan.

Bahan aktif yang terdapat dalam Mosi-guard®Natural ni memberikan perlindungan yang kuat dan berkesan selama lebih 10 jam. Mosi-guard®Natural hanya terdapat dalam semburan, roll-on dan bentuk kayu.
 
 
 
Ha, menarik kan? Erks, da rupe salesgirl plak haku nih pomot2 barang bagai..Jgn salah sangka ye, CM x dpt pape ganjaran pun dari entri ni..Juz nak berkongsi sesuatu yang menarik ngan sume. Pasni CM pon nak gi carila benda alah ni. Cambest jer.. Mahal tak ekk???
 


 

Read More

Sunday, 29 January 2012

Please Express Your Love

Happy Sunday to all! ^^,
As for today, I want to remind all of you out there how important to express our love to someone we loved..
 
Someone we loved means either our parents, our bestfriends, our families, or our spouse..
 
 
******************************
 
 

When U were only 5 years old, I said I Love U...
U asked me : "What is it?"

When U were 15 years old, I said I Love U...
U blushed.. U look down & smile..

When U were 20 years old, I said I Love U...
U put ur head on my shoulder & hold my hand.. Afraid that I might dissapear..

When U were 25 years old, I said I Love U...
U prepare breakfast & serve it infront of me, & kiss my forehead & said : "U better be quick, It's gonna be late.."

When U were 30 years old, I said I Love U...
U said : "If U really love me, please come back early after work.."

When U were 40 years old, I said I Love U...
U were cleaning the dining table & said : "Ok dear, but it's time for U to help our child with  his/her revision.."

When U were 50 years old, I said I Love U...
U were knitting & U laugh at me..

When U were 60 years old, I said I Love U...
U smile at me..

When U were 70 years old, I said I Love U...
We sitting on the rocking chair with our glasses on.. I'm reading ur love letter that U sent to me 50 years ago..
With our hand crossing together..

When U were 80 years old, U said U Love Me...
I didn't say anything but cried..

That day must be the happiest day of my life! Because U said U Love Me!!!!!!!!

If they were U, who do U prefer the most? The one who always express his/her feeling by saying "I LOVE YOU" all the time, or the one who were never express them, but deep in their heart they love their spouse / parents / families very much...

Think about it!
P/S : Please express ur love & appreciate ur loved ones..    
Say "I LOVE U" to them when U have the chance now!!!


 
 
 
Something To Share..
 
 



Read More

Saturday, 28 January 2012

Bahaya Denggi!

Assalamualaikum & selamat ari Sabtu sume!!! ^^v

Sape penah kene demam denggi? Tau tak macamane boleh kena denggi ni? Tau tak denggi ni boleh bawa maut? Ohhh, jangan wat acuh tak acuh jer..Benda ni semua kena amik tau..Ok, ni ade sedikit info tentang denggi yang perlu korang tau..

Apa Itu Demam Denggi?
Penyakit ni biasanya berlaku selama 10 hari dan memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Denggi merupakan sejenis penyakit urban yang kerap berlaku di kawasan2 bandar berbanding luar bandar.

Tanda2 Demam Denggi :
     Demam kuat yang mengejut dan berlarutan.
      Sakit pada tulang, otot, sendi, dan biji mata.
   Ruam merah di bahagian kulit.
       Pendarahan di bawah kulit, pada hidung, dan gusi.
       Sakit kepala.
      Hilang selera makan.
  Muntah2 dan sakit perut.
 
 
Jenis2 Demam Denggi :
a)      Denggi dengan demam biasa
Kerap berlaku dengan simptom demam seakan2 selesema dan bertahan selama 1 hingga 2 hari sahaja. Biasanya pesakit tidak mengetahui bahawa dirinya dijangkiti Denggi.

b)      Demam Denggi klasik
Seseorang akan mengalami demam teruk secara tiba2 dengan suhu mencecah 400C. Sakit dan sengal pada sendi seluruh badan, sakit kepala dan sakit dalam bebola mata. Mual, muntah2, pedih ulu hati, kurang selera makan dan cirit-birit adalah simptom Denggi yang sering diabaikan. Seseorang juga akan mengalami ruam kemerahan dan gatal2 yang mula timbul pada hari ketiga atau keempat selepas demam.

c)       Demam Denggi Berdarah (DDB)
Ini adalah jenis Demam Denggi yang paling digeruni dan hanya 5% daripada DDB yang meninggal dunia. Seseorang kan mendapat DDB antara hari ke-3 hingga ke-7 demam dengan tanda pendarahan pada gusi, hidung, mata, kencing berdarah, najis berdarah, batuk berdarah, dan pendarahan pada kulit.

d)      Dindrom Kerenjatan Denggi (DSS)
Demam Denggi yan paling bahaya dengan kadar kematian yang amat tinggi akibat renjatan (pendarahan dalam organ seperti paru2, perut dan kulit).
 

 
** So, skang da tau kan serba sedikit pasal penyakit ni..Jadi, kalau ada tanda2 demam seperti kat atas ni walaupun hanya sakit ringan, bawak2la gi jumpa Dr. okey.. Jangan peram2, nanti bertambah teruk sape nak jawab..Gugugu~~
 
 
Katakan Tidak Kepada DENGGI!
 
 

Read More

Friday, 27 January 2012

Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah

Assalamualaikum & salam Jumaat semua!
Kisah tauladan untuk hari ni CM nak bercerita pasal keberkatan membaca Bismillah..
 
Semoga dapat dijadikan panduan buat kita semua.. ^^,
 
.............................................
 

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Kejap-kejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa2 sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata, "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan2mu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya seraya berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yang selamat. Pada masa yang sama, si suami telah melihat tempat simpanan isterinya. Kemudian dengan senyap2, suaminya mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Beberapa hari kemudian, si suami memanggil si isteri dan berkata, "Berikan kepadaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Si isteri dengan segera pergi ke tempat dia menyimpan duit tersebut sambil diikuti oleh si suami. Dengan berhati2 dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dan membukanya sambil membaca, "Bismillahirrahmanirrahim".
Ketika itu Allah S.W.T menghantar Malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjatnya si suami. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah. Dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
P/S : Begitulah keberkatan membaca Bismillah dalam apa jua pekerjaan yang ingin kita lakukan. Semoga dapat menjadi panduan dan amalan kita semua..InsyaAllah! ^^,
~WALLAHU'ALAM~


 



Read More

Thursday, 26 January 2012

Ahmad Fathunnajjah!

Yuhuuu!!! Strori lagi!!!
Ngahahaha! Beberapa ari x update, skali 4 entri haku bagi..Hamek ko!!!Kekekekek~
 
Tapi jgn wiso, nih entri pendek jer..Jangan muntah dulu..Heks! ;p
Nak perkenalkan our nephew yg cumil sorang nih..
Name die Ahmad Fathunnajjah..
Erks, x sure ejaan cane.. Tapi cam gitula bunyinye..
 
Mase awal2 baru lahir, sume cam terbelit2 lidah nak menyebut nama dia..
Last2 dorang panggil Ahmad Isketambola..CM punyerla terkejut..Ape la pi letak nama anak camtu..Da xde nama sgt da ke org Melayu kite nih..Rupe2nye dorang main hentam kromo jer name tu coz x reti nak sebut nama sebenar si Ahmad nih..
Akakakka! Lawak tol la..
 
Jom view pic!
v
v
v
v
v
 Gambar xde kene mengene..Makan2 with in laws di Ayam Penyet Api Metropint, Kajang..

 Asam laksa meletop! Pergh!!! Cukup rase masam, masin, manis..Harus makan lagi..
Erks, pon xde kene mengene..

 Ni lah Ahmad! Eh, xnak pandang M. Usu ye...

 Ha, kan da kene snap! Tomey tak caye???
 
 
Ade 2 orang lagi anak buah baye2 nih belom kene snap..Sorang anak my Sis In Law, Damia Zulaikha, da 6 bulan kot..Terbaru my sis nyer baby boy, Muhamad Umar Daniel..Dragon baby boy! Name pon Umar, mesti bengkeng da besor2 nnti neh..Baru 5 hari..
 
Tak sabar nak balik tgk anak buah baru..^^,
 
 
P/S : I've gained 1.5 kg! Weeee!!! ^_^
**Statement xde kene mengene..=='

Read More

My Momentos!!!

Last Saturday, CM jumpe my precious bestfren  ever tau..
Hehe..Epi sangat coz da lame giler x jumpe..Pas grad jer, langsung xde meet kat mane2..
Contact2 mesej2 gitu jer..Grad tahun 2007..Tahun ni baru ley jumpe balik..Ngeeeee~~
 
Kitorang ni kalu jumpe mmg ade jer la yang huru-hara..Agaknyer mmg camtu kot klu CAPRI's da berkumpul..Tu baru dua orang..Cer cube satu gerombolan CAPRI's berkumpul..Haru biru abesla CM rase..Kekeke~
 
Short summary, name bestfren CM nih AYUNI yerp..Single lagik..Heheh., Siap pomot tu..
Die datang umah CM dulu..pastu kitorang siap2 kuar g KLCC..Kat sana adela satu agendanye kitorang wat..Tapi xley stori lagi..Nanti update BLOGSHOP CM ye..Kat ctu korang taula nanti..Ngeheheheh~~~
 
Then kitorang makan2, lepak2 sembang sampai sakit tekak..Maklumla, lame x jumpe..Banyakla gosip nak update..Kekekekeke~
Nak tgk wayang, tapi macam da lewat..
So kitorang plan len kali plak kuar berjimba sampai lebam..Heheh..~~~^^,
 
Nah, a few snap of me & my BFF :-
 
Ni namenyer giler malas nak elaborate..Tgk pic sudaaaa...Muke haku mintak penampor, bajet comey..Ngaaaahahaha~~~ =p
 
 

Read More

RAMLY Frankfurter TAK HALAL??!!!

Yo! Sssuppp!
Eh, salah lagi..Assalamualaikum semua! Ngeeeee~~^^,
Ha, kan ke sopan gitu..Barulah budi bahasa budaya kita!
Huh??? Kene ke tu??
Tak kesahla, janji rock! Wahahahha!=p
 
Ok, gurau2 jugak, main2 jugak, nih berita PENTING & semua perlu amik tau okeh?
Especially bagi yang MUSLIM..CM baru dapat emel dari sorang member yang bgtau pasal hal ni..
 
Korang penah makan RAMLY Frankfurter? Ala, sosej tu ha..Brand RAMLY nyer..
Tak tau jugak? Tgk gambar kat bawah nih..
 
 
If penah & slalu makan, silela benti berbuat demikian sekarang.. 
 
Kenape???
Nilah nak kabo ni.. Bace info kat bawah nih. CM xde edit satu patah perkataan pun tau..
 
Subject: FW: Jawapan kpd email RAMLY Frankfurter(Sosej) Lembu Ada DNA Khinzir.

 Macam mana Jakim nak inform public. Sijil halal berdasarkan pada tempat proses yg sama semasa permohonan. Pertukaran owner syarikat tak ada kena mengena dengan pengiktirafan sijil halal sebab pekerja masih sama dan nama syarikat masih sama. "Dah lama dah".....cina menggunakan cara ini utk menyakinkan orang islam. Beli syarikat melayu atau syarikat yg dah ada sijil halal. Mudah ringkas cepat dan Berjaya mengabui mata orang islam.
Lagi nama pulak "RAMLY" sama juga dgn pau "AHMAD" yang tertipu umat "MUHAMMAD". Nak tawakal tapi sekarang dah tau, maka terbatalah tawakal  kita tadi. Tukarlah jenama baru "AGROMAS" 100% bumiputra FAMA punya. Kalau  dia menghidangkan yg tak halal juga terpaksalah dia tanggung.
Wallahuallam.

      Untuk pengetahuan semua rakan2, setelah aku berjumpa dengan Datuk
      Ramly "Ayahanda Negeri Selangor"dia bukan lagi pemilik Ramly Burger.
      Pemilik barunya adalah 1 tokey cina. Terjualnya syarikat tu setelah
      dia teraniaya oleh sahabat beliau sendiri yg menjual syarikat
      tersebut kepada tokey cina nie didalam keadaan Datuk Ramly
      kesempitan wang dulu. So kesimpulannya jenama melayu tapi bukan hak
      milik orang islam lagi.

      Sekian harap maklum.
Sport point No.8 - Keputusan Analisis : Sampel frankfurter lembu (RAMLY) didapati mengandungi DNA KHINZIR!
 
 
~Wallahu'alam~



Read More

Special Present From Mr. Chenta!

Morning all! ^_^
Cane cuti? Sonok?
Bese cuti2 cani ade yg amik kesempatan berjimba ngan family..
Ade yg bwk family gi bercuti..Ade yg balik kampung..
Time2 canila ramai orang berkenduri kawen bagai..
Tapi ade jugak yg juz menghabiskan masa berehat sepuas2nya kat rumah kan..
 
As for me, CM juz meluangkan masa bersama Mr. Chenta sepuas2nya..
Almaklumla, bukan selalu die balik..sebulan sekali je kadang2 tu..
Sob sob! T_T
 
Disebabkan Mr. Chenta x dapat balik celebrate bufday CM ari tu, so die balik2 je terus bawak CM gi beli adiah ko! Ahaks! Sonok bukan kepalang la kan.. Siap tanye lagi CM nak adiah ape..
 
Kalo ikot ati yang bagai nak rawan kepingin itu ini bagai nih nak jer CM mintak semua yang tersenarai dalam wishlist CM neh..Tapi xmola tamak2 ha'bola' kan..Satu2 dulu..Len kali mintak lagi..Ngeeee!~ ^^,
 
So, nak tau ape adiahnyer?
Meh CM view sket...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaa!!!!
Novel 'Ombak Rindu' since CM tak gi tgk movie die..
&
Nikon COOLPIX S6200
* Harusla ko kaler merah! Hehehe..~
 
Pakej paling best lah bufday present tahun nih..
Time kacih Mr. Chenta!!!^^,
 
So pasni ley la berposing sakan..Tak perlu nak ngendeng2 pinjam camera org sana sini lagik..Yay!!!! ^_^
 
Hope korang tak muntah ijau da la tgk gambar CM penuh bertempek kat blog nih nanti..Ngeeee~~=p
 
 
Target for next month, USB Hardisk plak! Harus menabung & berbelanja dengan bijak..
Ape yang penting, DISIPLIN & jangan boros!^o^
 
 
Thanks for reading! Klik here to redeem your gifts!(^_^)

Read More

Monday, 23 January 2012

Ayat Bebudak Zaman Sekarang..

Salam 1 Malaysia!
 
Korang penah bace tak cemane bebudak sekarang taip mesej?
Ish2, serius penin nak bace..Hape pon CM xleh paham..
 
Meh nak kasi contoh :-
 
ANONYMOUS : OIt! HeY NuCk TeNaL NuN AwAcK BoLeRH?
 
SI POLAN : Huh? Owhhh....
 
ANONYMOUS : SoH, AwAck DuCk MaNeRw, UmOXx AwaCk BaPeRW?
 
SI POLAN : sp, 22.
 
ANONYMOUS : ArE SaL NuN AwAcK NhEe SorMBoWnG SaNaRD?
 
SI POLAN : Huh! =='
 
ANONYMOUS : KaWo InGaRt KaWo BaGuSH SaNaRD KheEr? BerLaRGarK, SorMBorNg, BaJet NucK MaRMPoz GOdleeYaa PhUii!!
 
SI POLAN : Oke.
 
 
*Beberapa minit kemudian..-_-#
 
 
ANONYMOUS : AwAcK ToWiEe ArhH..SaiYeR MeMaEN JHeE TaRK BeToRL ToWIe YeRHh :)
 
SI POLAN : K.
 
ANONYMOUS : AwAck YeRrh PoWnG JUnGuN ArHh soRMboRNg NuN TiTew..:(
 
SI POLAN : (Aperw Bubbee ayartt Koh NiH Arhkoe Tak pUrhamm Larhhhh BunckSart!)
 
ANONYMOUS : ape yang awak anta saya tak paham..
 
SI POLAN : Tau pun.. Abis tu ANG INGAT AKU PAHAM KEH yang ANTAQ SETAN!
 
  
 
P/S : Agak2 tergeliat tak lidah korang nak mengeja sambil membaca sambil memahami ayat2 budak2 zaman sekarang ni???Ape jadah ntah..Penat jer mak bapak anta gi skolah..
 
 
 

Read More

Sunday, 22 January 2012

Where Are We Heading?

Hey peeps!
Good day & a very happy weekend to all!
To all our Chinese frenz & colleague, GONG XI FA CHAI & Happy New Year!!!^^,
 
Back to our topic, have you realize that these days we are kind of heaving such a waste life? We live the wrong way..We lead the negative way.. I think it's time for us to have a careful attention for our live..
 
 These days we have taller buildings, but short tempers?
We have widers freeways, but narrower viewpoints.
We spend more, but have less.
We buy more, but enjoy it less.
 
We have bigger houses, smaller families.
More convenience, less time.
More degrees, less sense.
More knowledge, less judgement.
More experts, but still more problems.
We also have more medicines, but less wellness.
 
We drink too much, spend too recklessly.
Laugh too litle, drive too fast, get to angry quickly (that's me..Urmm..), stay up late (this is also me, stay up to finish watching K-Drama..Haih~), get up tired (me?always tired..T_T)..
 
Read too little, watch tv too much and pray too seldom..(I read a lot..Everyday I do the BW to read other's new entry..Heks! TV??  Almost a year I don't watch Tv..Hahaha!)
 
We talk too much, love too seldom, hate too often. We've learned how to make a living, but we almost forget how to make a life.
We've added years to life, not life to years. 
 
We've been to moon and back, but have trouble crossing the street to meet the new neighbour.
We've conquered outer space, but not inner space.
We've done large things, but not better things.
We've cleaned the air, but polluted the soul.
We've split the atom, but not our prejudice.
 
We write more but learn less.
We plan more but accomplish less.
We've learned to rush, not to wait.
We have higher incomes, but less morals.
 
With computers, we have more informations but less communications.
We long for quantity, but are short on quality.
We have double incomes, but more divorces..Fancier house, but broken homes..
 
So, where are we heading actually??? Perhaps, it's time to stop & reflect..Perhaps, it's time for us to begin a true healthy, happy, & enjoyable life.. And perhaps, it's time for us to be more wise & careful in creating & leading our precious life...
 
 

Sometimes our heart get tangled. And our souls a little off ~ KILTER
Friends & family can set us right. And help guide us back to the light ~ SERA CHRISSTANN

 
 
 
 HAVE A GREAT LIFE EVERYONE!!!
 

Read More

Friday, 20 January 2012

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Khinzir

Assalamualaikum & salam Jumaat semua!
Cerita teladan untuk ari ni, CM kongsikan  
 v
v
v
v
v
Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Khinzir
 v
v
v
v
v

Nabi Musa a.s adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali beliau hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah beliau akan bercakap dengan Allah.  Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menajwab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidaka ada pada Nabi-Nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah S.W.T, "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan, akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam, beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar. Khinzir itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya."Apa hal ini?", Nabi Musa dalam hatinya penuh kehairanan. 

Khinzir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu khinzir itu dilap sehingga kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar lagi dengan membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar. Khinzir itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Khinzir itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?", tanya Nabi Musa.
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Jadi kenapa kamu membela khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu", kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusan mereka dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir, aku tetap melaksanakan tugasku", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supay Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkannya lagi", tambah pemuda itu.

Maka ketika itu juga Allah S.W.T menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa khinzir pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami."

Allah juga berfirman lagi bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh.

Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti khinzir.


 P/S : Kawan2 sekalian, walaubagaiman buruk sekali pun perangai ibubapa kita, itu bukan urusan kita.. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sedari kecil hinggalah kita dewasa. Walau banyak mana sekalipun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita. Urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya diampunkan segala dosa kedua mereka. Erti sayang seorang anak kepada kedau orang tuanya bukanlah melalui kiriman wang ringgit, tetapi sayangnya seorang anak pada kedua mereka adalah dengan doanya yang berpanjangan agar ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah S.W.T.


~Wallahu'alam~
 
 
 



Read More

Thursday, 19 January 2012

Nak!!!

 
 campaign image
                                                           
Selamat petang & salam 1 Malaysia all!
Tengok gambar iphone4s & Samsung Galaxy SII kat atas nih cambest jer..
Di hati tingin gak nak henpon canggih2 cam org lain, tapi ati still berbelah bagi nih..Nak iphone4s ke Samsung Galaxy sII???
Korang rase??Mane lagi best??
Tulunla2..Jiwe tgh haru biru tak ketentuaan hala da neh..Syok nyerla klu dapat henpon2 neh..
Korang rase yg mn satu aplikasinyer lagi best??
Haih..Stress! Stress! Dua2 pun nak..
 
Mode : Rambang Nafsu
 

Read More

Friday, 13 January 2012

Anijng-Anjing Neraka!

Assalamualaikum!
Ohh!Jumaat datang lagi..Saya sukaaa!!!^_^
 
Kisah yang CM nak kongsi untuk hari ni ialah kisah berkenaan
ANJING-ANJING NERAKA!
 
 
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
 
 Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu (muslimin).
 Bacalah Al-Quran.
 Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
 Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
 Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
 Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
 Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
 Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
 Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucap-ucapanmu.
 
 
Nescaya di akhirat nanti kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka.
Firman Allah S.W.T, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj ke buruj yang lain."
 
Sabda Rasulullah S.A.W, "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itu pun merobek serta menggigit tulangnya."
 
Kata Mu'adz, "Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
 
Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
 
P/S : Semoga dapatlah kita sama2 bermuhasabah diri dan berusaha lebih keras ke arah yang lebih baik..Mudah-mudahan diringankan dan dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat..InsyaAllah..
 
~Wallahu'alam~

Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com