Blogger templates

Saturday, 28 January 2012

Bahaya Denggi!

Assalamualaikum & selamat ari Sabtu sume!!! ^^v

Sape penah kene demam denggi? Tau tak macamane boleh kena denggi ni? Tau tak denggi ni boleh bawa maut? Ohhh, jangan wat acuh tak acuh jer..Benda ni semua kena amik tau..Ok, ni ade sedikit info tentang denggi yang perlu korang tau..

Apa Itu Demam Denggi?
Penyakit ni biasanya berlaku selama 10 hari dan memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Denggi merupakan sejenis penyakit urban yang kerap berlaku di kawasan2 bandar berbanding luar bandar.

Tanda2 Demam Denggi :
     Demam kuat yang mengejut dan berlarutan.
      Sakit pada tulang, otot, sendi, dan biji mata.
   Ruam merah di bahagian kulit.
       Pendarahan di bawah kulit, pada hidung, dan gusi.
       Sakit kepala.
      Hilang selera makan.
  Muntah2 dan sakit perut.
 
 
Jenis2 Demam Denggi :
a)      Denggi dengan demam biasa
Kerap berlaku dengan simptom demam seakan2 selesema dan bertahan selama 1 hingga 2 hari sahaja. Biasanya pesakit tidak mengetahui bahawa dirinya dijangkiti Denggi.

b)      Demam Denggi klasik
Seseorang akan mengalami demam teruk secara tiba2 dengan suhu mencecah 400C. Sakit dan sengal pada sendi seluruh badan, sakit kepala dan sakit dalam bebola mata. Mual, muntah2, pedih ulu hati, kurang selera makan dan cirit-birit adalah simptom Denggi yang sering diabaikan. Seseorang juga akan mengalami ruam kemerahan dan gatal2 yang mula timbul pada hari ketiga atau keempat selepas demam.

c)       Demam Denggi Berdarah (DDB)
Ini adalah jenis Demam Denggi yang paling digeruni dan hanya 5% daripada DDB yang meninggal dunia. Seseorang kan mendapat DDB antara hari ke-3 hingga ke-7 demam dengan tanda pendarahan pada gusi, hidung, mata, kencing berdarah, najis berdarah, batuk berdarah, dan pendarahan pada kulit.

d)      Dindrom Kerenjatan Denggi (DSS)
Demam Denggi yan paling bahaya dengan kadar kematian yang amat tinggi akibat renjatan (pendarahan dalam organ seperti paru2, perut dan kulit).
 

 
** So, skang da tau kan serba sedikit pasal penyakit ni..Jadi, kalau ada tanda2 demam seperti kat atas ni walaupun hanya sakit ringan, bawak2la gi jumpa Dr. okey.. Jangan peram2, nanti bertambah teruk sape nak jawab..Gugugu~~
 
 
Katakan Tidak Kepada DENGGI!
 
 

No comments:

Post a Comment

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com