Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah

by - 9:00:00 am

Assalamualaikum & salam Jumaat semua!
Kisah tauladan untuk hari ni CM nak bercerita pasal keberkatan membaca Bismillah..
 
Semoga dapat dijadikan panduan buat kita semua.. ^^,
 
.............................................
 

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Kejap-kejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa2 sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata, "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan2mu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya seraya berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yang selamat. Pada masa yang sama, si suami telah melihat tempat simpanan isterinya. Kemudian dengan senyap2, suaminya mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Beberapa hari kemudian, si suami memanggil si isteri dan berkata, "Berikan kepadaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Si isteri dengan segera pergi ke tempat dia menyimpan duit tersebut sambil diikuti oleh si suami. Dengan berhati2 dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dan membukanya sambil membaca, "Bismillahirrahmanirrahim".
Ketika itu Allah S.W.T menghantar Malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjatnya si suami. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah. Dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
P/S : Begitulah keberkatan membaca Bismillah dalam apa jua pekerjaan yang ingin kita lakukan. Semoga dapat menjadi panduan dan amalan kita semua..InsyaAllah! ^^,
~WALLAHU'ALAM~


 




You May Also Like

4 Silent Hunter's Footprints

  1. nice entry. entry yg memberi kesedaran :) thumbs up

    ReplyDelete
  2. @Redbloodsnow Thanks.. Saling ingat mengingatilah sesama kita.. ^^,

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing :) Semoga Allah memberkati akak :D

    ReplyDelete
  4. @SpidermanHere : Semoga Allah memberkati kite semua! ^^,

    ReplyDelete