Blogger templates

Friday, 6 January 2012

Kisah 5 Perkara Aneh

Assalamualaikum semua!
 
Alhamdulillah, ari ni dah masuk ari ke-6 kita berada dalam tahun 2012 ni..
Dan hari juge merupakan ari JUMAAT pertama dalam kalendar tahun baru ni..
Jadi, untuk kisah dan tauladan kita pada hari ni CM persembahkan
v
v
v
v
"Kisah 5 Perkara Aneh"
v
v
v
Sebelum tu tolong CM klik SINI dulu ye..^^,!
v
v
v
Sekarang jom kita dengarkan kisah kali ni!..
 
 


 

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika beliau pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke Barat. Engkau dikehendaki berbuat :-
  1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
  2. Engkau sembunyikan,
  3. Engkau terimalah,
  4. Jangan Engkau Putuskan Harapan,
  5. Larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke Barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebibungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika beliau menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Beliau pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah.'
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Beliau teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya sehingga 3 kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahMu." Lalu beliau pun meneruskan perjalanannya. Tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba beliau ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." 
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu beliau pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang ke-4, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Beliau menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya beliau membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian beliau bertemu denga suatu bangkai yang amat busuk baunya, maka beliau pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menamui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya beliau berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintahMu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa;
  1. Engkau makan itu ialah MARAH. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
  2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan maka ia tetap akan nampak jua.
  3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
  4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
  5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

P/S : Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini senantiasa berlaku dalam kehidupan kita seharian. Perkara yang paling kita tak dapat nak elakkan setiap hari ialah mengata hal orang. Ingat, bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan mengurangkan pahala kita. 
 
Sebuah hadis ada mengatakan : 
Di akhirat nanti ada seorang hamba Allah yang akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T, "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."
 
 
** Kesimpulan yang dapat CM simpulkan di sini, kita semua perlu sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu tetap akan merugikan diri kita sendiri. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha menjauhi diri kita dari sikap ini.InsyaAllah, semoga mendapat keberkatan dariNya..
 
 
~Wallahua'lam~
 
 

No comments:

Post a Comment

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com