Blogger templates

Friday, 20 January 2012

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Khinzir

Assalamualaikum & salam Jumaat semua!
Cerita teladan untuk ari ni, CM kongsikan  
 v
v
v
v
v
Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Khinzir
 v
v
v
v
v

Nabi Musa a.s adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali beliau hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah beliau akan bercakap dengan Allah.  Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menajwab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidaka ada pada Nabi-Nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah S.W.T, "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan, akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam, beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar. Khinzir itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya."Apa hal ini?", Nabi Musa dalam hatinya penuh kehairanan. 

Khinzir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu khinzir itu dilap sehingga kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar lagi dengan membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar. Khinzir itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Khinzir itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?", tanya Nabi Musa.
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Jadi kenapa kamu membela khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu", kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusan mereka dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir, aku tetap melaksanakan tugasku", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supay Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkannya lagi", tambah pemuda itu.

Maka ketika itu juga Allah S.W.T menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa khinzir pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami."

Allah juga berfirman lagi bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh.

Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti khinzir.


 P/S : Kawan2 sekalian, walaubagaiman buruk sekali pun perangai ibubapa kita, itu bukan urusan kita.. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sedari kecil hinggalah kita dewasa. Walau banyak mana sekalipun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita. Urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya diampunkan segala dosa kedua mereka. Erti sayang seorang anak kepada kedau orang tuanya bukanlah melalui kiriman wang ringgit, tetapi sayangnya seorang anak pada kedua mereka adalah dengan doanya yang berpanjangan agar ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah S.W.T.


~Wallahu'alam~
 
 
 




3 comments:

  1. ala..sedih nad baca entry ni..:(

    akak,komen akak nad tak dapat publish kan..:(

    http://www.nornadiah.com/2011/11/spam-link-dalam-kotak-komen.html

    ReplyDelete
  2. Pernah dgr cerita ni, dengar lagi rasa insaf...

    Sedih..

    Moga kita jd anak yg soleh dan diterima doa kite utk mak bapak kita dan bukannye tarik diorg masuk neraka lak

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com