BAGAIMANA Ingin Menentukan POTONGAN RAMBUT Yang Betul?

by - 9:30:00 am

Assalamualaikum..


Bercerita soal rambut, bagi yang berhijab rasanya xde masalah sangat dengan jenis potongan rambut ni. Walau bagaimanapun, ia tetap harus dititik beratkan bagi memastikan penampilan kita tak nampak pelik. Rambut tu kan ke salah satu aset wanita yang sangat penting? Selain dari memastikan rambut sentiasa kelihatan bersih, sihat, & menawan, jenis potongan rambut juga perlu diutamakan. Jangan main belasah je. Kang dari elok2 muka lawa dah jadi rupa cam gambar kat sebelah nih...Nah, haru ko! Uhuks!;p


Macamana nak tentukan jenis potongan rambut yang sesuai dengan kita? Penyelesaiannya, kenali bentuk muka kite dulu. Berlainan orang mempunyai bentuk muka yang berbeza. Ade yang berbentuk oval, bersegi, lonjong, dan macam2 lagilah. Setiap bentuk muka ni plak ada jenis potongan rambut yang berbeza & sesuai dengannya.


Jom kita kenali bentuk muka & potongan rambut yang bersesuaian dengan kita. So, takdela kite terpaksa mengalami ‘bencana’ tersalah potong rambut lagi lepas ni. Ngeeeeee..~~^^v


1.       Oval


Bentuk wajah yang bujur dengan tulang pipi sedikit menonjol. Biasanya pemilik bentuk muka sebegini memiliki tulang rahang yang kecil & ia akan bertemu secara sempurna dengan dagu. Orang kata muka bujur sirih la. Kira bentuk muka yang paling perfect la ni.

 
Potongan yang sesuai : Ape saja jenis potongan pun boleh masuk. Potongan rambut pendek ke, layer ke, geometri ke, sume takde masalah! Termasuklah potongan jenis simetri & disconnected. Suker ler tuuu...



Hindarkan : Potongan jenis spike kerana potongan jenis ni akan buat muka korang nampak panjang & lonjong. Dah satu hal plak muka dah elok2 jadi kurang elok. Hohoh!=.=

  

2.       Bersegi

Pemilik bentuk muka ini biasanya mempunyai garis kening yang lebar dengan rahang & dagu yang berbentuk seperti kotak.
 
Potongan yang sesuai : Cuba potongan rambut panjang jenis shaggy atau layer. Nak lagi menarik, potongan layer tu dipendekkan di bahagian tulang pipi dan rahang. So, korang boleh samarkan bahagian rahang yang berbentuk agak tajam tadi. Nak kelainan? Cuba sesekali gayakan gaya rambut kerinting. Gaya macam ni boleh membantu ‘menutup’ rahang korang yang agak lebar. Alternatif lain yang lebih berani, cuba potongan bob klasik! Tentu menarik!


Hindarkan : Jangan sesekali menggayakan potongan rambut jenis geometri & chopping (gaya potongan habis lurus)! Potongan sebegini hanya akan menyerlahkan garis bersegi pada wajah korang. Jadi, jangan cacatkan rupa korang yang cantik tu okey! ^_~


3.       Lonjong

Bagaimana nak kenal bentuk muke sebegini? Senang jer, if korang mempunyai kening lebar & panjang, dagu pula kelihatan lebih panjang atau tirus, ini bermaksud korang mempunyai bentuk muka jenis lonjong.

Potongan yang sesuai : Korang boleh pilih sama ada nak potongan panjang or pendek. Dua2 ok, tapi cuba tambah ekstra volume di bahagian rahang. Korang akan kelihatan ohsem! Cuba stail kerinting & wavy jugak! Jangan lupa buat potongan fringe untuk cover bentuk kening korang yang lebar tu. Korang pasti tampil cun! ^^,

Hindarkan : Satu jer. If korang pilih nak berambut panjang, pastikan jangan terlalu panjang. Begitu juga dengan rambut pendek, jangan terlalu pendek. Sedang2 cukup! If not, korang hanya akan buat wajah korang bertambah lonjong. So, bersederhana sudee..~~ (“,)


4.       Hati

Wajah kelihatan seperti mempunyai garis segi tiga yang curam kerana bentuk kening & tulang pipi yang kecil. If tengok dari jauh, wajah korang kelihatan macam bentuk hati.
 
Potongan yang sesuai : Cuba potongan shaggy dengan beberapa layer pada bahagian kening. Tambah menarik if korang padankan dengan potongan fringe menyimpang! That’s the style! =)

Hindarkan : Potongan fringe yang tebal & rata kerana ia akan buat muka korang lagi tampak bersegi.


5.       Bulat

Untuk mengenapasti bentuk muka jenis ni, korang boleh tengok garis kening, rahang, & dagu. Semuanya kelihatan bulat.
 
Potongan yang sesuai : Korang akan tampak menarik jika kenakan potongan geometri. Dengan cara ni, ia akan bantu memberikan ilusi sudut di wajah korang. Nak lebih bergaya? Apa kata korang buat potongan pendek di bahagian hadapan & potongan panjang di bahagian belakang. Cara ni boleh membantu membentuk wajah korang & korang akan kelihatan superb! ^^,

Hindarkan : Potongan bob sama sekali tidak kena dengan bentuk muke korang! So, sila hindari potongan sedemikian untuk elak muka korang kelihatan bertambah2 bulat.



Sekarang dah tau serba sedikit mengenai bentuk muka & jenis potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka memasing kan? Jadi tolongla jangan jadi mangsa ‘bencana’ tersalah potong rambut lagi hk?! Orang tengok pun pelik, ko pun bertambah2 janggal & tak selesa dengan rambut sendiri. 


Study & kenali betul2 dulu bentuk muka masing2 then baru decide nak potong rambut macamana. Nak lagi selamat, korang serahkan jelah pada yang pakar. Dah nama pun stylish kan, so mestilah diorang tau apa yang patut & tak patut dibuat dengan rambut korang tu. Jangan demand sangat, juz trust ur stylish! ^^,




P/S : Tip kenal bentuk muka mudah saja! Berdiri depan cermin & cube tanda sudut2 luar wajah korang kat cermin tu. Lepas tu sambungkan  sudut2 yang korang dah tanda tadi menjadi suatu garisan yang bersambung. Garis yang terbentuk itulah bentuk muka korang! Senang kan?
**Nak tanda tu plak tandalah dengan lipstik ke, celak ke, pape yang mudah tanggal lah. Jangan lak  korang gi tanda ngan permanent marker tu, dah menjawap plak kene pelangkung ngan mak. Tak pasal2 kene shopin cermin baru. Silap2 tak bercermin ko sebulan..Ohoh!~~ -_-#



You May Also Like

1 Shaklee Lovers Visit

  1. It's appropriate time to make a few plans for the long run and it is time to be happy. I've read this publish
    and if I may I want to recommend you some attention-grabbing things or advice.
    Maybe you can write subsequent articles regarding this article.

    I desire to learn more issues approximately it!


    Here is my blog http://gto120dlaocm402mfos02.com/

    ReplyDelete