Cicak Tokek!

by - 11:30:00 am

Korang penah dengar tak pasal cicak tokek? Dulu ramai yang beriya nak cari & jual cicak ni sebagai satu sumber pendapatan tetap. Korang jangan tak tau harga cicak ni giler lumayan ooo..  Boleh mencecah ratusan ribu ringgit malah jutaan ringgit derrr.. And utk dapatkan harga sebanyak tu, berat cicak tokek ni kenelah mencecah 700 gram & ke atas. Pergh! Lumayan kan??

Ha, ni la sebabnya sampai ada yang sanggup benti keje semata2 nak cari cicak ni. Penah tengok berita tak pasal Mohd Nazarrudin yang diculik oleh sekumpulan pemberontak di Pulau Jolo, Selatan Filipina ketika urusan melihat cicak tokek ni kat sana? Tu lah salah satu contoh penangan cicak tokek ni. Sampai sanggup membahayakan diri semata2 inginkan ganjaran besar dalam cara yang cepat. Korang xmo camtu k? Namo..Namo..Namo..

Ok, ni serba sedikit fakta berkenaan cicak tokek yang CM dapat dari beberapa pembacaan CM :- 

Tokek adalah sejenis cicak yang terdapat di Timur Laut India dan Bangladesh, seluruh Asia Tenggara, Filipina hingga Indonesia dan New Guinea Barat.

Habitat asal cicak ini adalah di dalam hutan hujan tropika, ia lebih sesuai hidup pada pokok2 tinggi dan tebing. Cicak tokek juga mudah untuk mengadaptasi suasana kawasan persekitaran perkampungan, dinding, siling rumah khususnya rumah papan kampung, serta ia aktif pada waktu malam untuk menangkap serangga sebagai makanannya.

Namun berikutan kebanyakan kawasan hutan sudah diterokai untuk dijadikan kawasan perbandaran, maka cicak tokek semakin terancam dan sukar untuk mendapat habitatnya yang semula jadi menyebabkan populasi cicak ini semakin berkurangan.

Pada akhir tahun 1980 hingga akhir tahun 1990, tokek mula diperkenalkan di Hawaii, Florida, Texas, Belize dan sebahagian kepulauan Caribbean, kini ia merupakan spesies terancam.

Dalam bahasa Inggeris, ia lebih dikenali sebagai ‘Tokay Gecko’, juga dikenali sebagai Tuko atau Toko di Filipina, Tokek di Malaysia, Indonesia dan Jawa. Orang Vietnam pula memanggilnya ‘tac ke’.
 

Cicak ini dapat dikenal pasti dari alunan vokalnya. Kebanyakan orang berasa takut pada cicak ini kerana saiz yang agak besar, kulitnya yang pelik serta jarinya dikatakan boleh menyiat kulit mereka yang terkena cakarannya.

Di Filipina kebanyakan orang menganggapnya sebagai haiwan yang dihormati kerana cicak ini memakan haiwan yang berbahaya seperti kala jengking dan lipan.

Tokek terkenal dengan nada bunyinya yang kuat, seakan-akan bunyi burung gagak, tetapi nadanya lebih kepada berbentuk seperti menyebut perkataan token, gekk-gekk atau Poo-kay.


Erks, tak tau nape..Naik meremang bulu roma tiap kali tengok pic si tokek ni..Nak menaip pun seram2 sejuk rase..Saye memang tak suke cicak!!! Yahhhh!!


Nak duit kenela pandai menabung..Join CM kat SINI
& kelik SINI untuk jadi penabung bijak!..
Sikit2 lelame jadilah Gunung Eberest!!! ^_^ 

You May Also Like

4 Shaklee Lovers Visit

  1. wei..ni kena bagitau Dr. hamid ni weh..nak sambung master wat research pasal ni la..jom balik sabah

    ReplyDelete
  2. @zonann Erks! Aku tak minat cicak.. Geli weh..Ko nak, amikla..Ngahaha!

    ReplyDelete
  3. aiyakkk!
    geli ngn cicak...
    ape2 jela mnsia ni,pntang binatang boleh dibuat untung sume sanggup pelihara...

    ReplyDelete
  4. haiiiii awak ;)

    jemput la dtang ke blog einaz. ada info penting untuk anda sebagai wanita, punca pad yang diperbuat daripada bahan kitar semula menyebabkan kanser rahim.takut kan..

    ReplyDelete