Kekalkan Kekuatan & Kesihatan Tulang Anda!

by - 10:00:00 am

Assalamualaikum!
Selamat bercuti bagi yang bercuti & selamat bekerja bagi yang terpaksa bekerja!Tihihi~~ ;p

Hari ni CM nak kongsi beberapa makanan yang boleh korang ambil & amalkan untuk kekalkan kekuatan & kesihatan tulang korang.
Kenape kena amalkan?
Oh sayang2ku, bila usia kita semakin meningkat maka segala nutrisi penguat tulang diperlukan untuk mencegah osteoporosis, especially bagi kaum wanita.  

Selalu orang suh amalkan minum susu kan? Sebenarnya banyak lagi makanan2 lain yang boleh kita ambil selain dari susu. Nak2 lagi yang memang stok tekak tak boleh nak menerima susu tu ha. Jangan risau, ari ni CM bagi korang beberapa alternatif lain.  So, enjoy ur meal! ^_~

 
1.       Yogurt
Secawan yogurt sesuai untuk anda bagi mendapatkan kalsium harian. Segelas yogurt sehari dapat menyumbangkan 30% kalsium & 20% Vitamin D.

2.       Susu
Susu kaya dengan Vitamin D. 8 auns susu segar menghasilkan 90 kalori. Jika anda yang kurang gemar minum susu, terutama susu segar, anda boleh campurkannya ke alam resipi smoothie yang anda buat sendiri

3.       Keju
Keju memberikan jumlah Vitamin D yang melimpah, namun disarankan agar tidak makan secara berlebihan. Cukup menikmati sepotong keju sebanyak 1.5 auns sehari dengan kandungan 30% kalsium untuk tulang.

4.       Telur
Jenis bahan makanan ini sangat mudah diolah. Makan telur boleh memberikan anda 6% kalori sehari.

5.       Salmon
Salmon terkenal dengan ikan sejuta manfaat. Salah satunya adalah kandungan Omega 3 yang cukup dengan 3 auns daging salmon. Itu pun sudah menyumbang limpahan Vitamin D.

6.       Bayam
Sayuran segar yang hijau ini bukan sahaja kaya serat, tetapi memberikan 25% kalsium, zat besi dan juga Vitamin A.

7.       Bijirin
Jika anda tidak memiliki banyak waktu untuk mengolah sarapan, anda boleh menikmati bijirin secara cepat. Ini kerana ia memiliki kandungan Vitamin D sekitar 25%.

8.       Tuna
Jenis ikan ini mudah didapati di pasaran & mengandungi 39% Vitamin D.

9.       Sawi Hijau
Bukan sekadar menyegarkan tetapi seikat sawi hijau menyumbangkan 25% Vitamin D harian anda.

10.   Sardin
Ikan berbentuk kecil ini dapat memberikan kalsium & vitamin D yang banyak.


So, ape lagi? Pilih la yang mane tekak korang mampu nak menelan okey?
Mulakan pemakanan sihat bermula sekarang! Jangan da terhantuk baru nak terngadah..(erks, kene ke tu?Ahh! Kire boley jela..Ngahahaha!~)


You May Also Like

5 Silent Hunter's Footprints

  1. banyak2 tu..bell pilih bayam..yg lain takleh terima..hahaha

    ReplyDelete
  2. Semua yg you listkan i makan. Except salmon...xtau kenapa xboleh mkn dat ikan..hehe anyway marilah kita menjaga kesihatan tulang ye...

    opss do visit my shop :) We are selling bags below RM 50. This is serious :) Do come

    http://thepuffyclouds.blogspot.com

    or find us on FB : The Puffy Clouds

    ReplyDelete
  3. @biela bell Hehe..CM ade banyak yang boleh terima..Yogurt terbaik! Susu boleyla..Keju okey! Telur is my faberet! Bayam pon okey!Tapi tak berape suka sayur..Huhu!Bijirin pun kureng gemar. Tuna ok! Sardin, boleh kate tiap2 pagi bantai sardin kat kafe makan ngan roti canai! Ngeeeee~~~

    ReplyDelete
  4. @the puffy clouds Ayuh! Thanks for ur sharing too! I'll come & visit.. ^^,

    ReplyDelete
  5. info yang bagus. terima kasih atas perkongsian :-)
    Kunjungilah http://www.esihat.com untuk info mengenai kesihatan & penyelesaian kepada masalah sendi

    ReplyDelete