Kisah Bumi & Langit

by - 10:00:00 am

Adapun terjadinya peristiwa Israk & Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata ia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai2, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain2."
 
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang2, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
 
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutam-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku."
 
Langit tidak dapat berkata apa2 apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah memakbulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepadaMu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
 
Lalu Allah S.W.T memakbulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail a.s pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
 
 Jibrail a.s bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
 
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
 
Kemudian Jibrail a.s pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing2 terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran airmatanya. Jibrail a.s menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
 
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
 
Berkata Jibrail a.s, "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
 
Kemudia Jibrail a.s memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.
 
 
**Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
 
 
 
~Wallahu'alam~

You May Also Like

0 Silent Hunter's Footprints