Kisah Kelebihan Berpuasa Pada 10 MUHARRAM & Peristiwa2 Yang Berlaku Pada Hari Tersebut

by - 1:00:00 pm



Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat & sesiapa yang berpuasa berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji & berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid & barang siapa yang mengusap kepala anak2 yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang membuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah2 dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa & mengenyangkan perut mereka."
 
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : "Ya Rasulullah, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari2 lain?".
 
Maka berkata Rasulullah S.A.W : "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit & bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit2 pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam & juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah menenggelamkan firaun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".
 
 
 
~Wallahu'alam!~
 
 
 

You May Also Like

0 Silent Hunter's Footprints