Produk Review : Bio-Oil®

by - 10:30:00 am

Hai korang! Pekaba? Ngehehehe..
Da lame CM tak wat entri produk review kan? So, ari ni CM nak review pasal produk Bio-Oil®. Rasenye sume da tau kot. Ade yang dah penah try & ade jugak yang belom kan?

CM pon da lame dengar pasal Bio-Oil® ni. Tapi tak pernah cuba lagi. So, ari tu jalan2 ronda Watsons kat KLCC tergerak cam nak try memandangkan kulit CM ni mmg jenis kulit kering & muke pun da penuh parut jerawat. So why not give it a try kan?^_~

Bagi yang dah penah guna tu taula ape bestnye produk ni. Bagi yang belom, jom CM share sket sebanyak tentang produk Bio-Oil ® ni :-


Bio-Oil ® adalah minyak penjagaan kulit khusus yang disyorkan untuk parut (termasuk parut baru & parut lame), bekas kulit teregang /selulit (bekas sedia ada serta mencegah bekas baru), ketidakseragaman warna kulit, penuaan kulit & kulit kering (dinyahhidrat).

Bio-Oil ® mengandungi PurCellin Oil™, satu penemuan baru yang mampu mengoptimasikan keberkesanannya. Ia memastikan saluran yang tepat bahan aktif Bio-Oil ®, seperti Vitamin A & E, dan gabungan minyak tumbuhan asli (Lavender, Kalendula, Rosemary dan Kamomil), yang telah digunakan berabad lamanya untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.

Bio-Oil ® mudah diserap & tidak berminyak. Ia tidak mengandungi bahan pengawet & sesuai untuk semua jenis kulit. Dirumus khas untuk digunakan pada muka & badan.

Masalah2 kulit yang boleh dicegah & dirawat dengan penggunaan Bio-Oil ® :-

A.      PARUT
Untuk membantu mengurangkan parut, sama ada parut baru ataupun lama, sapu 2 kali sehari (untuk sekurang2nya 3 bulan). Urut dengan pergerakan pusingan sehingga diserap sepenuhnya.WARNING! Jangan gunakan pada kulit yang masih luka. Sesuai untuk semua jenis parut sama ada akibat dari pembedahan, kemalangan, luka terbakar, gigitan serangga, calar, jerawat atau cacar air.

B.      BEKAS KULIT TEREGANG (SELULIT)
Untuk membantu mencegah kemungkinan pembentukan bekas kulit teregang semasa perubahan saiz badan yang drastik, seperti semasa kehamilan, meningkat remaja dan kegemukan, sapu 2 kali sehari pada bahagian2 yang mudah terkena selulit. Urut dengan pergerakan pusingan sehingga diserap sepenuhnya.

Bagi ibu2 hamil : Urut perut, pinggul, payudara, pinggang & bahagian atas paha 2 kali sehari bermula trimester pertama.

Untuk masalah selulit : sapu 2 kali sehari (untuk sekurang2nya 3 bulan). Urut dengan pergerakan pusingan sehingga diserap sepenuhnya.

C.      KETIDAKSERAGAMAN WARNA KULIT
Untuk membantu memiliki warna kulit yang sekata, sapu 2 kali sehari pada kesan jeragat atau cela. Urut dengan pergerakan pusingan sehingga diserap sepenuhnya.

D.      PENUAAN KULIT
Urutan Bio-Oil ® yang kerap akan menggalakkan keanjalan kulit, membantu melicin & menegangkan kulit yang kendur & berkedut pada muka & badan.

E.       KULIT KERING
Lapisan minyak perlindungan semula jadi kulit sentiasa terhakis oleh cuaca yang melampau, pembasuhan tangan & mandi yang kerap, serta kesan pengeringan yang disebabkan sistem pemanasan atau penyaman udara. Sapukan Bio-Oil ® 2 kali sehari akan membantu memperbaharui lapisan minyak semula jadi kulit & mengekalkan imbangan kelembapan kulit.


Hmm.. nampaknye semua masalah kulit yang CM hadapi skang ade tersenarai dalam nih. Jadi kite tengok ape perubahannya nanti. Cabaran 3 bulan Bio-Oil ® bermula. Yeah! ^_^

Oh ya, lupe plak. Untuk permulaan / percubaan ni CM beli saiz kecik je dulu. Tu pun agak mahal kot bagi CM..Uhuhu~~Tapi xpe, kite tengok dulu keberkesanannya, if memuaskan harusla ko repurchase! Wink! Wink! ^_~


ISI PADU : 60 ml
HARGA : RM 32.80


 
 

You May Also Like

4 Silent Hunter's Footprints

  1. dni nak beli bio oil nanti untuk elakkan strechmark sebab tgah preggy :D

    ReplyDelete
  2. wei..aku pun ada guna ni..hehe..biasala budak kg mesti byak parut2 nyer..tapi lambat la weh..huu pahtu aku gi laser je parut..2kali laser pahtu aku dah malas dah..hehe sebab malas nak ulang alik gi KL

    ReplyDelete
  3. @zonannNgahaha! Bdk kg, bese ar..Lasok sket..Ngehehe! Samela kite..Akakakaka~~

    ReplyDelete