TIPS Perhubungan Jarak Jauh

by - 11:00:00 am

 


Berpisah dengan pasangan kerana faktor tugas bukanlah satu titik akhir sesebuah perhubungan. Di sini MM kongsikan beberapa tips bagi mereka yang melalui PJJ.


1.       Terus Berhubungan
Kunci mempertahankan hubungan cinta jarak jauh adalah tetap berhubungan secara terus menerus. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk saling terus berhubungan ialah, SMS, telefon atau berbalas e-mel secara teratur. Zaman sekarang ni lagilah, ada FB, TWITTER bagai, terbaru ada MFace plak. So, ada banyak platform untuk korang terus berhubungan dengan pasangan masing2.  Walaupun juz bercerita rutin harian korang yang membosankan tu, sekurang2nya mampu membangkitkan kemesraan yang berpanjangan di antara korang ngan pasangan. Awak adalah sebahagian dari kehidupan pasangan awak, jadi stay keep in touch with your loved one! ^^,


2.       Saling Setia & Mempercayai
Ok, ni adalah point yang paling penting! Apabila berjauhan, perkara yang sering kali kita persoalkan adalah kepercayaan & kesetiaan. Pentingnya sikap saling mempercayai di dalam sesebuah hubungan adalah berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan. So, tanamkan dalam diri untuk saling setia & mempercayai antara satu sama lain. Percayalakan pasangan korang sepertimana 'dia' mempercayai korang. Elakkan dari syak wasangka yang hanya boleh mengeruhkan perhubungan korang tu
.

3.       Jangan Bersengketa Dalam Tempoh Yang Lama
Biasalah kan, dalam sesebuah perhubungan tu kalau tak berkelahi tak sah. Hehe., Bak lirik dalam lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, " Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi.."(*sangat suka lagu nih ^^,) So, kalau ada gaduh2, selisih faham tu cepat2la cari penyelesaian. Sebab, makin lama dibiarkan, lagi rumit masalah korang tu. Nak buat keje apa pun tak menjadi kan? Duk pikir sakit ati, jiwe kacau bagai.. Jalan paling mudah adalah dengan saling mengakui kesalahan & memohon kemaafan antara satu sama lain. InsyaAllah hubungan korang akan selamat & mampu bertahan lama.


4.       Teruskan Kehidupan
Ni pun penting. Janganla mentang2 laki or bini ko jauh, ko pun lembik longlai macam tak makan 10 tahun jer. Macam kucing mati anak orang kata kan? Kononnyer takde semangat nak buat itu ini sebab semangat korang jauh dari korang. Tolonglah wei, jangan sia2kan kehidupan korang hanya sebab kekasih ati korang tu jauh di mata. Yela, rindu tu memang rindu kan, tapi hidup mesti diteruskan macam biasa. Bukannya takleh jumpa langsung, bukan takleh nak contact langsung pon. Juz chill & teruskan kepada rutin kehidupan korang macam biasa. Kalau selama ni ada aktiviti yang korang hadkan, inilah masanya untuk korang penuhi. Contoh, keluar makan2 & tengok wayang ngan kawan2 kolej lama. So, takmo sedey2. Be happy & enjoy your life seadanya.



WRITTEN BY :






Dah baca? Jangan lupa LIKE ye! ^^,v


You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit