Blogger templates

Friday, 30 March 2012

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah ALLAH



Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi', seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, makan Allah S.W.T telah berfirman yang bermaskud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap ke hadapan Allah S.W.T., Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau !", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku hambaMu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, tidakKu ciptakan makhluk yang lebih mulia dari engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapkah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan engkau adalah engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hambaMu dan Engkau adalah Tuhanku."

Dalam kitab tersebut diterangkan juga bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.



P/S : Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu sangatlah degil dan susah dikawal. Oleh sebab itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu mengawal diri kita. Jika tidak, punahlah diri kita.



~Wallahu'alam~


WRITTEN BY :


Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,
Read More

Belajar Buat Header..! Ermm...

Hai korang! Morning! 
Ada perasan sesuatu yang baru tak kat blog MM hari ni?
Hahaha! Bagus..! Mata anda memang tajam.. 

*My New Header

Malam semalam sementara tunggu incik asben balik kerja, MM pun godek-godekla ADOBE PHOTOSHOP yang dah lama terperam dalam laptop ni. Teringin pulak nak try design header sendiri. Godek kanan godek kiri, cakkkkk! Terciptalah satu header yang maha huduh ni. Bila dah tempek masuk dalam blog bertambah-tambah huduh pulak. Bhahahahaha! Bantai gelak sorang-sorang. Baru ku sedari betapa tak berseninya tangan ini. Ermm..

Nak try design barulah!
Bai! ^_~



WRITTEN BY :


Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,
Read More

Wednesday, 28 March 2012

FB Watermark!

Assalamualaikum!
Hari tu MM ada tayang watermark baru untuk blog MM ni kan?
Ni nak tayang lagi satu set watermark direka khas oleh Puan Zie Madini untuk my FB pulak..



~Design 1~
~Design 2~


Smart kan?

Sekarang ni kan dah banyak sangat kes orang suka curi gambar orang lain lepas tu salah gunakan pulak gambar tu untuk page diorang. So as a precaution, MM akan letak watermark untuk setiap foto yang MM akan upload ke page MM. Korang pun better berjaga-jagalah dengan setiap keping foto yang korang nak share tu ye. 

Jangan dah terjatuh baru nak terngadah. Huhu!~~


Okay, kalau korang pun nak watermark yang gempaq macam ni bolehlah tempah dengan :-


atau terus hantarkan tempahan korang ke :-
Email: princessredbloodsnow@gmail.com

Dengan details seperti di bawah :-
Email Subject: Tempahan Watermark
Sila nyatakan:
- warna tema
- URL Blog or FB page
- If bergambar, sertakan gambar
- Nama di Kehendaki; eg. "Mrs. Zie"

Only RM5/set
( 2 watermarks/set)


Murah kan??..
Jadi apa tunggu lagi? Cepat2lah tempah!!  ^_^




WRITTEN BY :



Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,

Read More

Wordless Wednesday#11





WRITTEN BY :


Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,

Read More

Tuesday, 27 March 2012

Kembar Saya!!! Seiras Tak??

Mornink peeps!
Dah breakfast? Hari ni MM tak berapa berselera nak makan, so minum air je.

Okay, pagi ni MM just nak share gambar kembar MM.
Korang tengok & buat perbandingan ye. Seiras tak?

Tadaaa! Inilah kembar MM.. ^^,

Bezanya cuma MM lagi kecik & rendah berbanding die nih.. Huhu.,

3 Dara Pingitan.. (Erks, dulu la.. Skang dua da kena kebas.. Yang sorang belah kanan sekali tu baru lepas SPM ye..)..My lovely niece, Sara.. Merangkap orang yang bertanggunggjawab mengajar & memakaikan MM contact lens pada majlis persandingan MM dulu.. Owh, nostalgik sungguh waktu itu.. Menangis2 haku kena paksa pakai lens yang di order khas untuk majlis haku tu.. First time pakai ko, takut tercucuk bijik mata.. Sabar je lah.. =)

Ha, ni tengah praktis tarian Ulek Mayang sementara tunggu orang duk berpantun2 bagai kat luar tu.. Kekekekekeke.,~ ;p

This is my lovely sis ye.. Sponsor utama majlis nikah kahwen MM dulu.. 
Love her so much! ^^,



P/S : Semua gambar2 ni dipetik dari majlis pertunangan MM tahun 2010 ye... Owh, dah dua tahun berlalu..~~~



WRITTEN BY :


Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,

Read More

Saturday, 24 March 2012

Kuruskanlah! Kuruskanlah!


Hai korang!
Hari ni nak share satu video nih.
Tau tak lagu Teruskanlah nyanyian Agnes Monica?
Ha, ni versi Ngenes Mopecah pulak ~ Kuruskanlah..


Selamat terhibur... ^_~





WRITTEN BY :


Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,


Read More

Siot??..

Hai korang!
Lately ni MM suka sangat terjah blog brader sorang ni.

Nama blog dia, BLOG YANG SIOT
Macam siot je dengar nama blog ni kan?

Ko tengok header dia, nampak scary the mary je.
But I likeee! ^_^
First time MM jumpa blog brader ni masa sorang member FB share satu link dari blog dia nih. So MM gi lah terjah. First entri yang MM baca ialah entri pasal nih :-


Lepas tu terus MM klik2 lagi entri2 dia yang lain. Syok pulak.
Entri2 dari blog brader ni penuh dengan info & perkongsian yang tak jemu untuk dibaca. Laju2 MM follow.

Kalau tak percaya, try lah terjah tengok.  

Nak sambung membacalah...!


~Tata~



WRITTEN BY :


Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,
Read More

Friday, 23 March 2012

Entri Tak Ketentuan Hala

Hey peeps!
Dah malam kan? Yela, takkan subuh pulak.
Ape daa punya soalan. Haks!

Testing watermark baru! 
Cakkk! Ngahahaha!~~ Lawa tak? Lawa tak?
Oh, ni anak menakan my hubby ye. Baru darjah dua, dah sama besar ngan MM.
**Ke aku yang tak cukup zat. Erks!~

Okay, MM sekarang seriously tengah kebuntuan. Takde idea plak hari ni. Sepatutnya MM buat entri Kisah & Tauladan memandangkan hari ni hari Jumaat. 
Macam dah lama pulak tak buat entri ni.  Cikanos betul lah.. 

Bapak pemalas nak update blog sejak duduk rumah ni. Dulu bukan main lagi berkobar. Sebab dah terlalu banyak masa agaknya, so banyakla konar ke lain. Tengok movie lah, main game lah, main ngan kucing lah, berperang ngan cicak lagi, last2 blog entah ke mana. Hahaha!

Malam ni tengah terkulat2 takde apa nak buat. Baru received new stock for Rafhanah petang tadi.  Update inventori lagi sekali. Tunggu nak photoshoot je. Hold dulu coz semalam baru selesai 1 sesi photoshoot.

Erm, lapar nak makan benda ni lah. Mana nak dapat ar kat sini? Hmmmm...
Bibimbap! Slurrrppp~~

Lawan pulak ngan Peach Tea ni. Nyamannnnn...!

Lapar!!!! Tulunnnn!!!!
Soru dulu lah..


~Tata~



WRITTEN BY :


Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,
Read More

Nak Tayang Satu Benda Nih! Nak Tengok Tak?

Ha, suspen tak?? Suspen tak??..
Amboi, laju jer korang datang serbu ye nampak perkataan 'Tayang' tu.
Kuning sungguh. Hakhak!

Sebenarnya nak tayang benda ni je. 
Tadaaaa!!!!




My new watermark hasil kreativiti Puan Zie Madini kita yang cun nih.
Cantik kan? First draft ni tau korang. Terus MM accept. Tak payah susah2 nak suruh Zie edit2 lagi dah. Totally jatuh hati dah ni.

Ada 2 watermark yang Zie dah designkan untuk MM. Yang kat atas tu image watermark berfoto, yang kat bawah tu pulak image watermark normal font.

Ada dua lagi bakal menyusul. Tak sabar nak tengok. 

Sentuhan Zie ni memang kreatif korang. 
Kalau tak caya cuba try terjah blog dia, dah banyak tempahan diterima & dah selamat dirasmi oleh empunya watermark tu dah pun.

ko tengok, header dia saja pun dah cun.
Berminat? Cepat2lah booked ngan Zie ye. 
Murah je. RM5 for 2 watermarks.
Mana nak dapat kan?





WRITTEN BY :


Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,


Read More

Thursday, 22 March 2012

First Trial Seafood Tomyam!

Yuuhuuuu!!!
Dah selesai masak & update ape yang patut..
Sekarang masa untuk merehat2kan diri & minda sambil layan korean show.

Haha! Tengok online jer..
Nak tengok tv xde tv.
Nasib baik ada internet ni ha, kalau tak mati kutu den.

Malam ni masak simple je. Untuk dua orang makan, jadila kan?

Tomyam Seafood yang tak berapa nak menjadi.. Ngahahaha!

Okay, MM nak buat pengakuan berani mati kat sini bahawasanya MM tak pernah masak tomyam seumur hidup. Reti makan jer.. This is my very first trial.. Campak sume bahan masuk dalam.. Pastu agak2 cukup masam masin manis, kira beres jelah..Ahaks!

Ni paling simple. One of incik asben nyer menu wajib. Kalau takde yang ni mesti dia tanya, "Telur dadar takde ke?".. Hehehe.. Sengaja MM 'plain'kan.. tak buh bawang or cili coz kalau buh pun MM tak makan. Semua tolak tepi. Pastu incik asben bising.. Syyyyyy!~~

Erm, lapar da nih.. Mana incik asben tak balik2 lagi nih..
Belengas pulak rasa badan ni, gi mandi dulu la barang secebok dua. Eheh!~


Tata!!~~




WRITTEN BY :


Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,
Read More

Hari-Hari Ku

Assalamualaikum!
Hai, dah senjakala baru terhegeh2 nak ngedet ye..
Kebizian yang tak diduga plak tetiba hari ni ko.
Baik punyer susun schedule untuk hari ni. Skali 10% jer yang terlaksana.
Hampes! Dush!

Alhamdulillah barang2 customer dah setel dipos.
Sekarang time nak ngedet belog ler pulak. Hehehe!

Korang nak tau apa yang MM duk bizikan sangat ari nih.
Jom layan! Zassss!~~~

 Pepagi kenalah siapkan breakfast dulu. Erks, ni semalam punya breakfast ye. Tangkap muat. Masuk semua sekali. Semalam tak sempat nak update. Hahaha! Erks, 2 pinggan roti telur berbeza saiz hidangan untuk 2 orang makan... Ko mampu nak telan semua?! Inilah namanya tabarus!..Akakakaka!

 Mr. Chenta punya kegemaran - Teh 'O' panas gelas besar. Wajib ye gelas besar. Hoho!

 Ni MM punya drink pulak. Kopi 'O' suam. I punya suam2 sudee.. Panas2 tak suka, terbakor tekak awok. Uhuhu~~

 Ha, ni baru hari ni punya breakfast. Nasi goreng planta. Timun sebagai pelengkap hidangan. Dan as usual, teh 'O' gelas besar untuk Mr. Chenta.. Gelas kecik tu MM punya. Hehehehe.,^^,

 Dah siap kemas2 rumah, masa untuk berehat! Main ngan Tam Tam! Ko tengok dia duduk dalam bakul kain orang plak dah..

 Dah kena marah macam biasalah, buat2 comel. Nasiblah dalam tu takde kain. Kalau tak, masakla ko nak menjawab ngan incik asben tengok baju2 dia penuh ngan bulu kucing.. Haih~~

 Sebab taknak si Tam Tam nih kacau MM nak buat kerja, MM bagi dia main Fluffy Bell Angry Bird yang mak mertua MM bagi.. Erkssss, mampos nak menjawab ngan ibu mertuaku.. Gulp!

Dah dapat fluffy bell tu, nah ko semput pulak haku nak mengejor.. Ko tengok sempat snap badan jer. Ahaks! Pssttt! Yang paling penting deretan 3 botol penyembur aerosol tu.. Pelbagai saiz lagi, dari paling kecik sampai ler yang paling besar.. Special for cicak2 yang berkeliaran.. MM tak suka cicak! 

Nah, langsung dah tak nampak si Tam Tam..Terlebih power turbo.. Mak dah semput nyah nak mengejor.. Sempat snap gambar lantai pon kire okayla tu.. Hahaha!

Tam Tam duk nyorok bawah katil.. Panggil2 tak nyahut.. Erks, Mr. Lappy kat atas katil, buat keje atas katil kerr??? Hahahaha! Bapak sempoi kan keje kat rumah ni... Lalalalalalalla~~~

Ha, dah keluar dari tempat pertapaan.. Dia duk usik tali langsir haku plak dah.. Campak lagi fluffy bell tu kat dia.. Yahhhh!

Akhirnya, surrender.. Tau penat ye.. Hikhik!

Bling! Nak tau rahsia mata bersinar? Syyyyy, dah nama pun rahsia, haruslah ko simpan dalam kocek senyap2.. Hahahaha!

Okay, back to work.. No more play2!

Meja kerja saya.. Macam2 ada! Semak , sepah, dan serabut.. Ko hado?.. Ahahahha!

Bila MM bekerja.. Kitchen note book tu harus ada di sisi ye.. Macam2 catitan penting ada kat dalam tu.. Hehehe.,

Makan dan minum pon di meja kerja,, Haha! Kalau keje gomen, dah lama MM dapat APEC nih! Bhahahahaha!!!!


Okay, stop!
MM nak sambung keje update inventori Rafhanah plak nih.
Jap lagi kang nak prepare dinner for incik asben plak.


Till then, chiow! ^^,v




WRITTEN BY :

Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,

Read More

Wednesday, 21 March 2012

Wordless Wednesday#10




WRITTEN BY :


Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,


Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com