Nak Berfesyen Biarlah Berpada..

by - 10:44:00 am

Morning peeps!
Da bekpes sume?
Bagi yang sedang bekerja, selamat bekerja.
Bagi yang tak bekerja pulak, selamat bermalas2an..
Ngahahahahaha!~~

Ari ni MM nak berkongsi pasal fesyen
Skang ni tengah hot dengan pelbagai fesyen tudung, pakaian, make up bagai kan? 
Pelbagai cara untuk menggayakan tudung buat hijabis mengikut kesesuaian. 
Tapi nak berfesyen dengan tudung tu biarlah yang sempurna ye.

Jangan orang melilit, ko pun cbuk nak melilit sampai abes terbelit macam ulau sawa ateh (atas) kepala. 
Orang selempang kiri kanan, ko pun nak menyelempang atas bawah.
Tak kisahla macamna korang menggayakan tudung korang tu asalkan tak jadi bahan kutuk, & jangan pula menambah dosa okay?..

So apa saja yang kita gayakan tu biarlah selesa & bertepatan dengan kehendak Islam. 
Jangan ter'over' pulak.
Islam itu suka yang sederhana. 
So bersederhana sudeeee...

Kenalah pula bagi wanita bekerjaya, fesyen busana muslimah yang paling kena.
Bila bekerja kita bergaul dengan semua, so tak salah untuk letak sedikit 'kaler' di wajah.
Yelah, kalau sendiri tengok muka pun layu je, orang dok mengata, kita pun rasa terhina ye dak?..

Dah kalau ‘put color’ jangan macam ‘rainbow’ pula, nanti dah jadi badut terlepas dari sarkas pullok.. Huhu.,
Cubalah dengan warna2 paling asas je. 
Jangan terlalu 'striking' supaya tak sakit mata2 yg memandang.

Siapa kata kita tak boleh berwarna?
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita..
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler, cuma taklah sampai mengancam, biar nampak ‘bernyawa’ jer..^_^

Satu lagi pesen (fesyen) muslimah skang nih MM slalu duk perati (perhati) pakai baju tu cantik dah, baju kurung.. Tapi nipis berbayang ler pulloks. 
Kalau yang berkebaya tu plak, baju dah ler jarang, kain plak berbelah sampai ke peha, abis semua nak ditayang. Ape kejadahnyer ang bertudung litup kalau takat nak tutup kepala, tapi tang lain terdedah abih.. 
Baik toksah pakai baju langsung, dah tentu2 boleh tunjuk terang-terang..
Haih~~~ T_T

Trend zaman skrang, pakai baju yang ketat2 ajer, seluar plak sendat abih. Taktaula sajer nak tunjuk 'body' lawa ke hape. Mane yang menggeleber terang2 orang nampak. Berlipat sana sini. Ntah mane yang lawonyer pun tak tau.. Pakai tudung pulak dah lawa, tapi slack tak tutup dada. Kadang2 siap boleh nampak leher lagi..Apekah???


Meh nak berpantun sikit :-

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang,
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang,
Yang mana kendur yang mana tegang.

Tudung jarang baju nipis,
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’,
Mata orang terbeliak, kita membengis,
Bila kena kutuk, kenapa menangis?



NOTE : Nukilan ini sebagai peringatan untuk diri MM sendiri. Tiada kene mengene samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. No offend k! ^_~






WRITTEN BY :


Nak shoppin tudung? Sila lah ke SINI ye. Menyempat ajer pomot sesaat.. Ekekekekek.,



Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,


You May Also Like

3 Silent Hunter's Footprints

  1. heheheh lawak pun ada tgok pic tu.. tapi memg ada kebenarannya kan... ermmmm..

    ReplyDelete
  2. love this entry. mmg byk kebenarannya :)

    ReplyDelete