Blogger templates

Friday, 27 April 2012

Sebuah Kisah Yang Mungkin Nyata


Assalamualaikum..

Alhamdulilllah, dengan berkat kurnia dariNYA kita semua masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk terus beribadah kepadaNYA

Hari ni MM nak berkongsi sebuah kisah yang telah banyak memberi kesedaran kepada MM. MM terbaca berkenaan kisah ni dari Facebook. Terus rasa bagus untuk dikongsi bersama. Mudah2an mampu memberikan pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah dengan menunaikan segala suruhanNYA. InsyaAllah. Mari baca sama2. =)

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan perlahan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit.. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya. Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu.. Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku... Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati… aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.



P/S : Feel free to share. Tak perlu mohon kebenaran dari MM, kerana ilmu dan  yang baik itu semuanya datang dari Allah S.W.T.. Janganlah mensia2kan kesempatan 
untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih. Lakukan dengan 
ikhlas, insyaAllah kita akan dijanjikan kebaikan. Sesungguhnya Allah tidak 
akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri 
yang mengubah diri mereka…



~WALLAHU'ALAM~


WRITTEN BY :

Read More

Thursday, 26 April 2012

Satu Dua Tiga Lekuk! ^_^

Assalamualaikum..

Okay, lately MM dah ter'addicted' dengan cerita2 hikayat sang kancil ni.
Saja melepaskan rindu zaman kanak2.Haks! Yo or je, Padahal memang dasar kaki kartun. Kekekekeke.,


Ngahaha! Tak sangka buaya ni kurang 'cerdik' juga ye. Ooops! Kalau kat sungai, mulut jangan caboi..!
Naya je kang.. Hehehe..


Kbai!


WRITTEN BY :


Read More

Wednesday, 25 April 2012

Wordless Wednesday#15

The power of Teamwork!



WRITTEN BY :



Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,

Read More

Tuesday, 24 April 2012

TIPS | Cara Menabung Dengan Mudah!

Assalamualaikum..

Hai korang.. Hari ni MM nak kongsikan beberapa tips atau  cara2 menabung dengan mudah. Zaman sekarang ni kan semuanya guna duit.. Tu baru zaman kita.. Tak tau lagi macamana rupa zaman anak2 or cucu2 kita nanti.. Hamboi, jauh benor mikirnye..HEHE..

Kita mesti sentiasa berfikiran jauh ke hadapan okay.. Yelah, kita bukan hidup unuk hari ni je.. Kita hidup untuk hari esok juga kan? InsyaAllah dengan izinNYA.. So, jom kite belajar menabung bermula sekarang! ^_^

TIPS 1 : RANCANG PEMBELIAN BARANG DAPUR
  • Cara mudah bagaimana merancang pembelian barang dapur mudah saja.. Sebelum keluar ke supermarket tu buatlah LIST siap2.. Listkan apa yang perlu sahaja.. Beli pun apa yang ada dalam senarai sahaja! Individu yang berjaya mendisiplinkan diri ketika membeli-belah hanya membeli barangan yang tertera pada senarai yang disediakan. If korang patuh dengan senarai yang korang dah buat tu, insyaAllah korang mampu berjimat sekurang2nya RM100 sebulan & berjaya menyelamatkan RM1200 setahun. So, pilihlah.. nak jadi individu yang berjaya atau individu yang gagal..? ^_~ 

TIPS 2 : BAWA BEKALAN KE TEMPAT KERJA
  • Yang ni tak perlulah hari2 kalau tak larat nak masak pepagi tu.. Cukuplah sekurang2nya 3 hari seminggu. Korang mampu berjimat paling minimum pun RM30 seminggu.. Dalam tempoh setahun korang dah berjaya menyimpan RM1560 di bank! ^^,

TIPS 3 : MENJELASKAN BIL DENGAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET
  • Dunia tanpa sempadan. Segalanya di hujung jari! Korang tak perlu lagi bersusah payah memandu & berebut parking semata2 nak pergi menyelesaikan pembayaran bil. Gunalah kemudahan yang ada! korang boleh jelaskan segala jenis pemabayaran bil melalui perbankan internet.. Kan mudah tu.. Dah jimat duit minyak dengan duit parking kan? Maybe korang mampu berjimat sekurang2nya RM800 setahun kat situ..! ^_~

TIPS 4 : BERHENTI MEROKOK
  • Bagi yang merokok tu pulak disarankan korang bawak2lah berhenti merokok. Sekurang2nya ia mampu menjimatkan sekurang2nya RM20 seminggu. Dengan ini juga korang dah berjaya berjimat sehingga RM1040 setahun..! Kesihatan korang pun bertambah baik!

TIPS 5 : CUCI KERETA SENDIRI
  • Biasanya korang akan dicas sehingga RM9 untuk mencuci kenderaan korang kan? Nak2 lagi yang jenis memang setiap minggu wajib cuci kereta.. Dah melayang RM36 duit korang.. Apa kata kita pakat cuci kereta sendiri kat rumah.. Dah selamat RM1872 setahun! Sekurang2nya boleh juga mengeluarkan peluh tanpa perlu exercise di gym..! (",)

TIPS 6 : BERIADAH DI RUMAH
  • Bagi yang gemar beriadah tu, ada yang sanggup mengeluarkan duit sehingga beratus2 dengan mendaftarkan diri di kelab2 kecergasan seperti di gym. Paling2 pun terbang duit korang tu RM150 sebulan.. Ye tak?? Bagus lagi korang beriadah di kawasan rumah sendiri. Contohnya berjogging di sekitar kawasan perumahan korang atau guna je kemudahan free yang dah disediakan di kawasan2 rekreasi tu. Lagi jimat.. Selamat duit korang sekurang2nya RM1800 setahun.. ^^,

TIPS 7 : BAYAR BIL KAD KREDIT TEPAT MASA
  • Okay, ni bagi pengguna2 kad kredit lah ye. Silalah bayar bil kredit korang tu tepat pada masanya setiap bulan. Jangan asyik buat2 lupa je. Sekurang2nya korang boleh mengelakkan denda pembayaran lewat. Lebih baik korang selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi. Nak lagi selamat, tak payahlah guna kad kredit langsung. Senang.. HEHE.. ;p

TIPS 8 : DIDIK DIRI DENDIRI
  • Ni pulak bagi mereka yang mempunyai anak2 yang telah bersekolah. Dari anda duk hantar anak2 pergi kelas tusyen bagai kat luar tu, apa kata ibu bapa cuba luangkan masa dengan anak2 pada malam hari atau hujung minggu untuk membimbing mereka dalam pelajaran. Dengan cara ini, anda telah berjimat sekurang2nya RM200 sebulan dan boleh menyimpan RM2400 setahun..! Dengan cara ini juga anda dapat menggunakan masa yang berkualiti bersama anak2 dan menjadikan hubungan ibu bapa dan anak  lebih rapat.



P/S : Amacam? Senang kan nak menabung..?! Cuma perlu lebih kental hati & lawan nafsu nak bershopping itu ini or nak makan itu ini, or malas nak buat itu ini. Didik & latihlah diri kita dari sekarang. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..Selamat Menabung! ^_~


WRITTEN BY :


Read More

Monday, 23 April 2012

MEOW Si Kucing Obes..

Assalamualaikum..


Terkejut MM tengok gambar si MEOW ni ko! Mak ai, gemuk gedempol..! Geram pun ada.. Kalau dapat sedap wat peluk nih..NGEHEHE.. Apala agaknya yang dimakannya nih.. Korang tau, berat si MEOW ni dah cecah 40 paun iaitu bersamaan 18 kg.. Sape sudi nak adopt? HEHE.. Kalau sanggup nak keluar duit lebih bolehlah, coz sekarang si MEOW ni berada di Pusat Perlindungan Binatang Santa Fe yang terletak di Tenggara Mexico....

....and diorang sedang menjalankan misi menguruskan balik si MEOW ni di mana ia akan menjalani diet khusus  supaya hilang beberapa paun. Target diorang nak kurangkan sekurang2nya 10 paun sebelum MEOW tinggal dengan pemilik barunya..


Seorang Doktor haiwan yang memeriksa MEOW berkata, "Berat yang berlebihan menyebabkan MEOW sukar bermain.." Tambahnya lagi,
"Ia sangat comle. Ia melakukan apa sahaja yang biasa dilakukan oleh kucing lain, cuma ia senang mengah dan cepat letih. Kami sedang lihat apa yang boleh kami lakukan untuk membantunya.."- SUMBER.


P/S : Tak sabar nak balik kampung minggu depan.. Nak jumpa baby2ku & kalau jadi nak kidnap sekor wat balik Perak..HEHE..


WRITTEN BY :



Read More

Sunday, 22 April 2012

The Obstacle In Our Path


In ancient times, a king had a boulder placed on a roadway. Then he hid himself and watched to see if anyone would remove the huge rock. Some of the king’s wealthiest merchants and courtiers came by and simply walked around it. Many loudly blamed the king for not keeping the road clear, but none did anything about getting the big stone out of the way.

Then a peasant came along carrying a load of vegetables. On approaching the boulder, the peasant laid down his burden and tried to move the stone to the side of the road. After much pushing and straining, he finally succeeded.

As the peasant picked up his load of vegetables, he noticed a purse lying on the road where the boulder had been. The purse contained many gold coins and a note from the king indicating that the gold was for the person who removed the boulder from the roadway.


The peasant learned what many others never understand. Every obstacle presents an opportunity to improve one’s condition.
 

Opportunities do not come with their values stamped upon them. ~Maltbie Babcock.




WRITTEN BY :


Read More

Friday, 20 April 2012

Tukar Baru Sudah! ^_^

Hai korang!
Apa yang baru? Oh, bukan wajah blog MM ye.. Belum masa lagi nak berubah wajah. Perancangan tu dah ada dah. Cuma belum berkesempatan nak edit blog. Sibuk konon..HEHE..

Ni ha yang baru..
Pic pinjam ngan Mr. Google.. MM punyer JCard design lama..

......saja la kan nak cerita, hari tu MM dengan Mr. Chenta ke Jusco beli2 barang dapur. Erm, hari tu tu agak lama jugak dah sebenarnya.. Kekekeke.. Hujung bulan lepas iaitu 31/3/2012.. Punya lama berkurun baru nak update kan? Banyak sangat sebenarnya nak dikongsi sampai taktau nak up cerita mana dulu.. Ngeeee~ Sampai terkadang langsung takde entri ekk?..Ahaks! ;p

Sambung cerita, dah berabis kitorang bershopping sakan, gagah ler tolak troli ke kaunter bayaran.. Beddesssup Mr. Chenta keluarkan JCard dia sementara MM still lagi terhegeh2 duk membelek purse mencari JCard MM.. Tulah purse dah tebal ngan macam2 jenis resit, sampai nak cari kad hape pun dah tak jumpa..Hiks! =D

Since Mr. Chenta dah keluarkan kad dia, so MM pun duk jelah dediam beratur.. Sampai je turn kitorang nak  bayar, lajulah si Mr. Chenta hulur kad dia. Sekali korang tau apa.....??

......kad expired daaaa.... Ape daaa.. Tengok betapa tak alertnya kitorang. Sampai kad dah expired pun tak perasan. Ahaks! Jangan roadtax or lesen expired pun tak sedar sudah.. Ngehngeh! Lepas tu apa lagi, teruslah kitorang ke customer service counter untuk renew JCard kitorang.. Sekarang dah tukar nama jadi Aeon Card.. Terbang lagi 24 hengget.. Nasib baik design dia kali ni lawa2..

The latest design.. Nampak lagi elegan..! HEHE..

Lawa kan? Mr. Chenta still pilih yang ada background kaler hijau.. Simple & sejuk mata memandang agaknya bagi dia.. Ha, korang rajin2ler tilik2 apa2 kad yang korang ada tu ye.. Jangan jadi macam kitorang ni, semua pun lupa.. Ngehehehehe..


K, tu je nak bagitau! Kekekek..! 
Tata! ^_~v


WRITTEN BY :


Read More

Dah Sampai!!!

Yeay! Benda yang ditunggu2 dah sampai!Hikhik! ^^,

Actually, dah seminggu MM duk menunggu parcel nan satu nih. Last Thursday kalau tak silap MM order. Nebes mak hari2 duk menunggu Mr. Posmen.. Sampai hari2 MM akan tunggu Mr. Posmen lalu dulu baru MM boleh bersenang-lenang dengan hati yang tenang. Kalau tak nanti menggelabah, masa tu lah baru nak sarung pakaian yang senonoh sikit, masa tu jugaklah baru nak sarung tudung. Nampak sangat pulak kang haku ni clumsy..! HEHEH..

So, hari ni seperti biasa menunggu dengan penuh nebes, dah siap2 bertudung bagai. Akhirnya PIN!PIN!..Hah, Mr. Posmen! Sah, barang yang aku tunggu dah tiba..! Apa lagi dengan impak maksima MM berlari menuju ke gate! Haks! Menggelabah tak haku..? Ngeeeee..!~~

Dah received tu apa lagi, laju2 masuk balik dalam rumah. Dengan penuh rakus mengoyak bungkusan yang baru diterima, dannnnnnnn....

........terpacul lah 5 ketul benda alah yang super cute nih..!

Cute kan? MM beli 5 kaler. Merah, hitam, pink - polkadot.. white & baby blue - plain..Yang akan jadi my most favourite mestilah MERAH & HITAM! 


Tak sabar nak melaram dengan brooch baru..! Oh ya! Koleksi brooch MM sebenarnya dah berlambak tau. Haks! Lepas ni nak let go lah mana2 yang tak pakai sangat tu. Sape nak? Nak bagi FREE nih.. Tapi tak termasuk postage fee lah ye.. HEHE..


K..Tu jer nak canang! Ngahahaha! 
Tata! ^_~



 WRITTEN BY :


Read More

7 Perkara Yang Disampaikan Oleh Beberapa Orang Wakil Guru Tariqat



Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan aku tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Aku berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepadaku, yang akan membuat aku takut kepada ALLAH S.W.T."

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
  • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata2 hikmat darinya.
  • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  • Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan ALLAH daripadanya."


~WALLAHU'ALAM~



WRITTEN BY :

Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,
Read More

Thursday, 19 April 2012

Hikayat Sang Kancil : Jangan Monyet!!

Assalamualaikum semua!
Tadi duk belek2 muka buku ada sorang member post video nih. Tetiba teringat plak zaman kecik2.
Dulu selalu disiarkan kat tv kan?
Okay, mode hari ni berbalik kepada zaman kanak2..Haks! =p


Seronok kan tengok cerita2 hikayat sang kancil ni.. 
Oh! Saya memang suka tengok kartun.. Ngeeeee.. ^^,v

K, enjoy! Bai!




WRITTEN BY :


Read More

Wednesday, 18 April 2012

My Super Happy Saturday - Part 3

Hey peeps!
Dah breakfast? Hehehe..

Okay, hari ni MM nak sambung lagi story pasal INI dan INI. Pada yang belum baca tu bolehlah terjah link yang MM bagi tu ye. Eheheheh..~ ^_~

Psssttt.. warning awal2 ye.. Entri ni super berjela.. Sebab dah tak larat nak buat entri Part 4. So, haku sumbat semua masuk sini. Jadi kalau rasa2 cam malas nak layan MM berleter tu, tengok gambar sude.. HEHE..

So, sekarang nak bercerita kejadian2 semasa aktiviti 'Water Rafting' tu. Sebelum kitorang dibenarkan masuk ke dalam air, haruslah kena briefing dulu kan? Yelah, nanti kang ko main terjah je terjun dalam air yang deras tu apa pun tak tau. Dah panic! Guard jugak yang susah nak kena selamatkan sorang2. Huhuhu.., Antara benda2 yang perlu diberi perhatian adalah cara2 mengemudi bot, cara2 selamatkan diri apabila dalam keadaan kecemasan, dan beberapa arahan atau comand serta istilah2 yang digunakan.

Dah habis 1st briefing, kitorang pun bergerakla menuju ke starter point untuk mulakan dengan 'Water Confident'. Perasaan masa tu teruja sangat2. Elok jer sampai starter point, terus berubah rasa. Tetiba rasa macam nak tarik diri pulak. HUHU.. Tengok air sungai sikit punya deras. Awal2 lagi dah ada 'White Water' (istilah yang digunakan untuk kawasan air deras dengan berbatu).. Semua dah start berpandangan. Muka memang takleh blah lah masing2 masa tu. Dengan langkah yang berat, kami turun dari lori.. Oh, ya kitorang ke starter point naik lori tau.. Syok giler duk berdiri ramai2 kat belakang..HEHE..

Okay, back to the story.. Sampai2 terus guard suruh masuk dalam air. MM masa tu dah tau dah dengan berkata dalam hati, "Ni mesti nak buat 'Water Confident' nih.. Ala, rilek la.. Main apung2 badan dalam air je..".. Sekali orang first dah kena. Guard suruh dia baring, pada masa yang sama guard pegang life jaket dia dari belakang. Tetiba dia lepaskan member kitorang tu dalam 'White Water'.. Mak ai! MM dah start menggelabah. Terus tanya, "Ni ke 'Water Confident' nyer?".. Guard tu tak cakap banyak, sengeh je kat kitorang sambil terus suruh sorang2 mara untuk dilepaskan. Kepala lutut dah star menggeletar. Dannnnnnnnnnnnnnnnnn....

Akhirnya sampai jugak turn MM. Gila deras air dia. MM terpaksa berpaut pada guard untuk ke tengah sungai. Kalau tak, memang awal2 dah hanyut haku dalam sungai tu.. Adehhhh..=_=
The only thing yang guard tu pesan kat kitorang sebelum kitorang dilepas & dihanyutkan dalam 'White Water' tu is JANGAN PANIC! Maunyer ko tak panic?? Air dah banyak masuk dalam perut. Tu baru starting. Dah la MM ni tek reti berenang. Harapkan life jaket jelah. HUHU.. Tapi walaupun korang pakai life jaket, if korang still panic memang takkan membantunya life jaket tu. So, pasrah jelah ko dihanyutkan dalam air yang deras tu. WUUU..~~

Alhamdulillah, first stage berjaya diharungi. Cea, poyo sebentar. Walaupun perut dah kembung air. BURP! EHEH..! Bila dah lepas halangan pertama tu rasa tersangatlah release. Bila dah lepas 'White Water' tu pandai2lah korang berenang2 ke tepian untuk ke starter point sebenar. Tak pandai berenang pun buat2la pandai coz guard2 tu takkan tolong korang ye. Unless korang dah betul2 hilang punca, hanyut tak ketahuan hala, baru dorang gi amik korang. Silap2 korang dah selamat sampai ke muara sungai baru guard gi amik korang..HUHU..

2nd briefing, semuanya berkaitan keselamatan & cara2 selamatkan diri or member yang terjatuh dari bot dan sebagainya. Sekali lagi diterangkan command2 yang perlu kitorang tahu. Penin2 langau jugakla dibuatnya. Dalam masa lebih kurang 15-20 minit tu korang dikehendaki ingat semua command2 yang diajar. Ini penting ye! So, tolonglah beri sepenuh perhatian semasa penerangan diberi. Sebab semuanya berkaitan keselamatan. Jangan jadi macam kitorang ni ha, masa briefing semua bajet faham. Dah masuk dalam air, bila sampai kawasan tertentu instructor bagi command Bum!Bum! semua terpinga2. Siap boleh tanya lagi, "Bum!Bum! tu apa ekk?".. Adeh.. Bengkek jer muka guard. EHEKS!

Fuhhhh! Kering tekak membebel panjang2. Korang layan jelah gambar2 nih..

Bila instructor or guard sebut HIGH FIVE! Nilah kitorang kena buat..

Ni pulak HIGH FIVE gaya bebas! Layankan ajelah.. Erks, MM takde kat situ ye..HEHE..

Tenang..

Tempoh bertenang & bersantai..

Masih mampu tersenyum..

Okay, ekspresion dah mula berubah..

Guar bagi command HOLD! 

Kesian guard kat belakang.. Nak kena kemudi kitorang semua.. Letih melayan..Ermm..

Insiden pertama, nampak tangan dalam air tu? Okay, tu guard group yang lagi satu dah terhumban ke sungai. Taktaula memang dia betul terjatuh ke or sengaja nak tengok budak2 dalam bot tu boleh praktik ke tak cara2 nak selamatkan member yang terjatuh seperti yang telah diterangkan sebelum tu.. See? Dorang boleh gelak lagi.. NGAHAHAHA!

Guard dah terjatuh pun boleh lagi dorang tersengeh pandang camera. See the tangan??

Selamat..

Masih boleh handle..

Ha, kayuh bang kayuh.. HARD PADDLE!

Bila sampai kawasan tenang, bolehlah bawak2 berehat ye.. Bahu pun dah lenguh ni..

Success! ^_~

Okay, ni MM upload beberapa video untuk tatapan korang. Ada insiden di situ.. WAKAKAKAKA!

video
Agak bahaya di situ coz kawasan berbatu.. Kalau tak silap ni kawasan 'White Water' yang paling tinggi & mencabar.. Group MM di belakang ye.. Tengah menunggu turn.. HUHU..

video
Turn kitorang pulak! Totally sukses! WEEHUU! ;p


Ni insiden selepas kejadian.. 3 orang daripada kami kehilangan kasut di mana kasut2 tu kami tinggalkan di tebing sungai semasa 2nd briefing.. Ni salah sorang daripadanya.. Terpaksalah balik berkaki ayam.. OHOH!

Ini pun sama.. Kehilangan selipar jepung di tebing sungai..

Orang ketiga..siapakah??? HEHEH.. MM lah tu.. Hilang kasut crocs haku yang mahal tu. Tapi nasib menyebelahi ku coz MM bawak selipar spare. Macam tau2 jer kasut nak hilang. HUHU..

Sebelum pulang, menunggu minum petang..

Ahli mesyuarat tingkap yang membincangkan insiden2 yang telah berlaku termasuk kehilangan kasut.. GUGUGU..

Muka selepas berendam air.. Tak sempat nak calit bedak pun. Plus malas & lapar..

Sebelum pulang, sempat merakam beberapa pemandangan menarik! ^^,

MM sangat tertarik dengan pasu2 besar ni.. Cantik! ^_^

Tadaa! Dapat sijil dah.. WOOHOOO!!!

I'm a rafter! ;p

My Husband too! :p

Balik..

Last tayang sijil.. Bluekkk! Jelless la tu.. ;)

Jari yang tercedera semasa sibuk di air.. HUHU.. 2 minggu k makan masa nak sembuh sepenuhnya..


P/S : Kalau korang nak pakai kasut semasa ber'water rafting' ni, pakailah kasut yang betul2 kemas & takkan tertanggal bila berada dalam air deras. Crocs tak kemas ye. Belum apa2 dah tertanggal. Adoiyai..



Thats all for today! Thanks for reading! BUBAI..! ^^,v


WRITTEN BY :


Dah Baca? Jangan Lupa LIKE ye! ^^,

Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com