Fakta Mengenai Pelukan

by - 10:00:00 am

Assalamualaikum..!

Hai korang! Selamat berhujung minggu..! So, hari ni korang buat apa? Ada plan nak ke mana2 ke? Wahhhh! Picnic gitu..! Jelllesssss makkkk..! Ikuttttt boleh..?? ^_~

Btw, sebelum korang keluar rumah tu sambil2 make up, sambil2 betulkan tudung, yang lelaki sambil2 sikat rambut tu, apa kata kita baca tentang satu fakta ni sekejap. Korang tau tak hanya denga sebuah pelukan.. *sebuah ke? Ke secebis? Takkan seketul pulak kan? erm, belasah jelah..HEHE!..continue ye, dengan hanya sebuah pelukan dapat memberikan beberapa kesan positif kepada diri kita terutamanya dari segi kesihatan..

Macam menarik kan? Nak tau fakta mengenai pelukan ni? Jom jeling2.. ^.^

  • Untuk kesihatan jantung. Pelukan akan meningkatkan hormon oxytocin (hormon kesihatan jantung) dan mengurangkan hormon kortisol (hormon yang menyebabkan stress dan meningkatkan tekanan darah).
  • Memperlahankan kadar degupan jantung. Seseorang akan berasa lebih tenang apabila menerima pelukan. Kajian juga menunujukkan bahawa kadar degupan jantung seseorang adalah lebih perlahan berbanding daripada orang yang tidak berpelukan walaupun didalam situasi yang normal.
  • Meningkatkan rangsangan sistem saraf. Professional seperti pakar psikologi menggunakan pelukan sebagai salah satu cara untuk memberi kekuatan terhadap pesakit mereka.
  • Menghilangkan sifat negatif. Dengan pelukan, sifat negatif seseorang seperti ketakutan, kesunyian, kekurangan keyakinan diri dan sebagainya dapat dihilangkan.
  • Meningkatkan keserasian. Hasil daripada kajian pakar menunjukkan bahawa dengan pelukan, akan meningkatkan lagi keserasian antara pemeluk dengan orang yang dipeluk secara automatik. Hubungan komunikasi akan menjadi lebih baik.
Macamana okay tak? Menarik kan? So, apa kata sebelum korang keluar pergi mana2 tu peluk dulu ibu bapa korang, or adik beradik korang, or pets korang.. Mesti hari2 korang akan lebih ceria & bertenaga.. Cubalah! ^_^




P/S : Nak peluk, biarlah yang muhrim & yang dihalalkan ye.. Bukan muhrim tak mau tau.. Pakwe makwe, tunang2 takmau. Suami isteri takpe.. Sekian, jangan nakal2..! ^_~


WRITTEN BY :




You May Also Like

1 Shaklee Lovers Visit

  1. ermmmm cik mama setuju sgtlaaa dgn tips ni... klu si ibu plak sentiasa peluk si anak insyaAllah tahap keyakinan anak jadi sgt tinggi... wlau apa pun keikhlasan tu pentig...

    http://pinkpurplemerah.blogspot.com/

    ReplyDelete