TIPS | Cara Menabung Dengan Mudah!

by - 9:45:00 am

Assalamualaikum..

Hai korang.. Hari ni MM nak kongsikan beberapa tips atau  cara2 menabung dengan mudah. Zaman sekarang ni kan semuanya guna duit.. Tu baru zaman kita.. Tak tau lagi macamana rupa zaman anak2 or cucu2 kita nanti.. Hamboi, jauh benor mikirnye..HEHE..

Kita mesti sentiasa berfikiran jauh ke hadapan okay.. Yelah, kita bukan hidup unuk hari ni je.. Kita hidup untuk hari esok juga kan? InsyaAllah dengan izinNYA.. So, jom kite belajar menabung bermula sekarang! ^_^

TIPS 1 : RANCANG PEMBELIAN BARANG DAPUR
  • Cara mudah bagaimana merancang pembelian barang dapur mudah saja.. Sebelum keluar ke supermarket tu buatlah LIST siap2.. Listkan apa yang perlu sahaja.. Beli pun apa yang ada dalam senarai sahaja! Individu yang berjaya mendisiplinkan diri ketika membeli-belah hanya membeli barangan yang tertera pada senarai yang disediakan. If korang patuh dengan senarai yang korang dah buat tu, insyaAllah korang mampu berjimat sekurang2nya RM100 sebulan & berjaya menyelamatkan RM1200 setahun. So, pilihlah.. nak jadi individu yang berjaya atau individu yang gagal..? ^_~ 

TIPS 2 : BAWA BEKALAN KE TEMPAT KERJA
  • Yang ni tak perlulah hari2 kalau tak larat nak masak pepagi tu.. Cukuplah sekurang2nya 3 hari seminggu. Korang mampu berjimat paling minimum pun RM30 seminggu.. Dalam tempoh setahun korang dah berjaya menyimpan RM1560 di bank! ^^,

TIPS 3 : MENJELASKAN BIL DENGAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET
  • Dunia tanpa sempadan. Segalanya di hujung jari! Korang tak perlu lagi bersusah payah memandu & berebut parking semata2 nak pergi menyelesaikan pembayaran bil. Gunalah kemudahan yang ada! korang boleh jelaskan segala jenis pemabayaran bil melalui perbankan internet.. Kan mudah tu.. Dah jimat duit minyak dengan duit parking kan? Maybe korang mampu berjimat sekurang2nya RM800 setahun kat situ..! ^_~

TIPS 4 : BERHENTI MEROKOK
  • Bagi yang merokok tu pulak disarankan korang bawak2lah berhenti merokok. Sekurang2nya ia mampu menjimatkan sekurang2nya RM20 seminggu. Dengan ini juga korang dah berjaya berjimat sehingga RM1040 setahun..! Kesihatan korang pun bertambah baik!

TIPS 5 : CUCI KERETA SENDIRI
  • Biasanya korang akan dicas sehingga RM9 untuk mencuci kenderaan korang kan? Nak2 lagi yang jenis memang setiap minggu wajib cuci kereta.. Dah melayang RM36 duit korang.. Apa kata kita pakat cuci kereta sendiri kat rumah.. Dah selamat RM1872 setahun! Sekurang2nya boleh juga mengeluarkan peluh tanpa perlu exercise di gym..! (",)

TIPS 6 : BERIADAH DI RUMAH
  • Bagi yang gemar beriadah tu, ada yang sanggup mengeluarkan duit sehingga beratus2 dengan mendaftarkan diri di kelab2 kecergasan seperti di gym. Paling2 pun terbang duit korang tu RM150 sebulan.. Ye tak?? Bagus lagi korang beriadah di kawasan rumah sendiri. Contohnya berjogging di sekitar kawasan perumahan korang atau guna je kemudahan free yang dah disediakan di kawasan2 rekreasi tu. Lagi jimat.. Selamat duit korang sekurang2nya RM1800 setahun.. ^^,

TIPS 7 : BAYAR BIL KAD KREDIT TEPAT MASA
  • Okay, ni bagi pengguna2 kad kredit lah ye. Silalah bayar bil kredit korang tu tepat pada masanya setiap bulan. Jangan asyik buat2 lupa je. Sekurang2nya korang boleh mengelakkan denda pembayaran lewat. Lebih baik korang selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi. Nak lagi selamat, tak payahlah guna kad kredit langsung. Senang.. HEHE.. ;p

TIPS 8 : DIDIK DIRI DENDIRI
  • Ni pulak bagi mereka yang mempunyai anak2 yang telah bersekolah. Dari anda duk hantar anak2 pergi kelas tusyen bagai kat luar tu, apa kata ibu bapa cuba luangkan masa dengan anak2 pada malam hari atau hujung minggu untuk membimbing mereka dalam pelajaran. Dengan cara ini, anda telah berjimat sekurang2nya RM200 sebulan dan boleh menyimpan RM2400 setahun..! Dengan cara ini juga anda dapat menggunakan masa yang berkualiti bersama anak2 dan menjadikan hubungan ibu bapa dan anak  lebih rapat.



P/S : Amacam? Senang kan nak menabung..?! Cuma perlu lebih kental hati & lawan nafsu nak bershopping itu ini or nak makan itu ini, or malas nak buat itu ini. Didik & latihlah diri kita dari sekarang. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..Selamat Menabung! ^_~


WRITTEN BY :


You May Also Like

1 Silent Hunter's Footprints

  1. hehehe..bila zie tgk pic tu kan. teringat dgn zaman kanak² zie dulu. zie dulu menabung guna botol nescafe taw.

    sampai penuh botol tu...baru pi tukar beli barangan sekolah :D

    ReplyDelete