Tukar Baru Sudah! ^_^

by - 8:30:00 pm

Hai korang!
Apa yang baru? Oh, bukan wajah blog MM ye.. Belum masa lagi nak berubah wajah. Perancangan tu dah ada dah. Cuma belum berkesempatan nak edit blog. Sibuk konon..HEHE..

Ni ha yang baru..
Pic pinjam ngan Mr. Google.. MM punyer JCard design lama..

......saja la kan nak cerita, hari tu MM dengan Mr. Chenta ke Jusco beli2 barang dapur. Erm, hari tu tu agak lama jugak dah sebenarnya.. Kekekeke.. Hujung bulan lepas iaitu 31/3/2012.. Punya lama berkurun baru nak update kan? Banyak sangat sebenarnya nak dikongsi sampai taktau nak up cerita mana dulu.. Ngeeee~ Sampai terkadang langsung takde entri ekk?..Ahaks! ;p

Sambung cerita, dah berabis kitorang bershopping sakan, gagah ler tolak troli ke kaunter bayaran.. Beddesssup Mr. Chenta keluarkan JCard dia sementara MM still lagi terhegeh2 duk membelek purse mencari JCard MM.. Tulah purse dah tebal ngan macam2 jenis resit, sampai nak cari kad hape pun dah tak jumpa..Hiks! =D

Since Mr. Chenta dah keluarkan kad dia, so MM pun duk jelah dediam beratur.. Sampai je turn kitorang nak  bayar, lajulah si Mr. Chenta hulur kad dia. Sekali korang tau apa.....??

......kad expired daaaa.... Ape daaa.. Tengok betapa tak alertnya kitorang. Sampai kad dah expired pun tak perasan. Ahaks! Jangan roadtax or lesen expired pun tak sedar sudah.. Ngehngeh! Lepas tu apa lagi, teruslah kitorang ke customer service counter untuk renew JCard kitorang.. Sekarang dah tukar nama jadi Aeon Card.. Terbang lagi 24 hengget.. Nasib baik design dia kali ni lawa2..

The latest design.. Nampak lagi elegan..! HEHE..

Lawa kan? Mr. Chenta still pilih yang ada background kaler hijau.. Simple & sejuk mata memandang agaknya bagi dia.. Ha, korang rajin2ler tilik2 apa2 kad yang korang ada tu ye.. Jangan jadi macam kitorang ni, semua pun lupa.. Ngehehehehe..


K, tu je nak bagitau! Kekekek..! 
Tata! ^_~v


WRITTEN BY :


You May Also Like

0 Silent Hunter's Footprints