Blogger templates

Tuesday, 29 May 2012

Meggi Goreng Ayam + Sup Ayam Kurma! Gilos Meletop Derrrr..

Assalamualaikum!

Selamat petang semua! Ni baru balik berjongket.. Haha! Mood still ke laut, tapi gagah jugakla cari idea menaip entri nih. Duk godek2 Mr. Lappy nih banyak pulak stori yang tengah tunggu turn untuk di up kan.. Hehe.. Maklum ler, aku ni jenis ke mana2 bawak Mr. Coolpix yang cool forever tu ha (semenjak ada cam ni ler..Eheh..!)

.....so setiap kali  aku rasa ada something interesting yang aku boleh jadikan bahan untuk dikongsikan dalam blog ni, makanya haruslah ko Jah tekan klik2 snap segala bagai gambor dari setiap sudut. Ha, ko hado..? Kahkahkah..!
Maggie Goreng Ayam

.....dan yang aku paling perasanla kan, gambar yang paling aku suka snap is makanan.. Nak2 pulak kalau cuba tempat2 baru kan? Mau terlingkup meja gara2 aku sibuk nak ambik angel yang paling cool kononnya.. Bajet profesional.. Wahahahaha..! Contohnya seperti gambar di atas.. Aku kalau tak sedap jarang aku nak tempek dalam blog aku nih. Tapi yang ni memang tangkap nanges la aku cakap korang..
Sup Ayam Kurma

Ni satu lagi feveret aku bila makan kat tempat  ni.. Sup Ayam Kurma naalae..! Jenuh ler aku duk mengkaji2 cara nak buat nih.. Memang sup dia lain dari yang biasa aku makan.. Korang tak caya boleh try sekali tengok apa reaksi korang.. Kalau tak nenges, maunya meraung korang kat situ hokay..! 

....kedai makan ni ada kat Ipoh, dekat2 dengan Gerbang Malam.. Nama kedai dia 'Rahman Corner' kalau tak silap aku.. Ala, kedai kecik jer, tapi selalu penuh jer kedai dia.. Terkenal dengan Maggie Goreng Kambing & Sup Ayam Kurma nih.. Tapi disebabkan aku tak makan kambing, so aku tukar kepada ayam.. Tetap meletops..! Pergh, terbaek ar..!

Psssst! Sesape yang duk kat area Ipoh tu jangan lupa try.. Tak rugi woo, makan sedap.. Slurrppp..!


WRITTEN BY : 
Read More

Ternganga2.. Terkulat2..Terkebil2..

Assalamualaikum..
Morning all! Seyh, menyepi dua tiga hari datang2 wat kecoh plak kan? Haha.. Tak tau lah penyakit malas spesies apa yang duk bertenggek di diri nih. Malas sungguh nak update blog skang. Asal buka acc blogspot nih, klik 'New Post', pastu termanggu sana sini, ternganga ke hulu ke hilir, terkebil2 terkulat2......

..... last2, kelik 'Dashboard' balik.. Blogwalk sampai lebam.... tu pun malas gila nak tinggal komen.. View kiri view kanan depan belakang atas bawah, then 'pangkah'.. Wahahahaha! Jangankan kata nak update blog weyh, acc churp2 & nuffnang pun dah berkurun tak buka.. Apatah lagi nak kemaskini profile.. Adoyai, apala nak jadi aku nih.. Huhu..! Harap korang tak jemu bertandang ye.. Nanti ada kerajinan, mood gila menaip dah datang balik aku up entri banyak2 biar juling bijik mata korang membaca ye.. Haha!

Kbai!

..
WRITTEN BY : 
Read More

Wednesday, 23 May 2012

Kalau Dah Dasar Kaki Kartun..

Assalamualaikum..

Hai peeps! Ingat tak aku pernah mention pasal DVD masa balik kampung hari tu?..Ye, aku tau agak kebudak2an di situ.. Berabis shopin DVD nan mahal itu.. Huhu.. Pembaziran? Agak ar.. Tapi tu lah, disebabkan kegilaan aku & Mr. Chenta terhadap kartun, maka terbanglah beberapa helai fulus dari kocek.. Pssstttt! Bukan kocek aku ye...;p
Yakitate Japan. Citer ni aku dah pernah khatam tengok masa kat kampus dulu. Student life.. Keje mendonlod muvi kartun sampai lebam di kala kelapangan.. Tu pun bukan aku yang donlod.. Buta internet sikit masa tu.. Haha! Nak gi kuar berjimba tengok wayang macam orang lain takde duit.. Sobs! T_T

Cardcaptor Sakura. Yang ni aku baru didedahkan buat pertama kalinya ye.. Best gak ar.. Aku layan macam taknak berenti jer tengok citer nih.. Hehe..


See the harga? Ye, memang giler mahal bagi aku.. Kalau ikut bentakan naluri aku, memang tak ar aku nak beli nih. Tapi Mr. Chenta macam biasalah, layankan ajer kehendak aku nih walaupun aku tak berapa nak setuju beli pun. Huhu.. Act, masa tu tengah promosi.. Buy 1 Free 1.. So, the price is for 2 sets DVD tu lah. Takpelah, buat koleksi.. Lepas ni bagi anak2 layan pulak.. Wakakaka!

Ha, sapa nak petua awet muda..? Rajin2lah layan kartun macam aku.. Ngahahaha..! Tak caye? Cuba dulu baru tau.. Till then, chiow! ^_~ 



WRITTEN BY : 
Read More

Wordless Wednesday#19



WRITTEN BY : 
Read More

Monday, 21 May 2012

Souvenir From Macca!

Assalamualaikum..

Hai korang! Ye, aku tau dah 3 hari tak update blog.. Bukan takde stori, tapi mood betul2 turun naik nak berblog 2,3 hari ni. Pape pun, hari ni untuk tak menghampakan pengunjung setia blog nih aku rajinkan diri jugak untuk menaip..

So FYI, my MIL dah balik dari menunaikan umrah 10hb hari tu.. Alhamdulillah, semuanya baik2 belaka.. Aku & SIL serta anak2 menanti kat umah jer tolong siap2kan apa yang patut. Kawan2 my MIL ramai yang datang tolong siapkan makanan. Buat makan2 sikit la. Ala2 kenduri menyambut kepulangan my MIL but secara kecil2an jer. My husband ke Medan Gopeng untuk jemput my MIL.

Sori, takde pic semasa majlis tu coz aku sibuk duk melayan si kecik Damia. Heheh! Okay, to make it short I received a souvenir from Macca yang my MIL belikan untuk kitorang anak menantu nih. See.. =)

Jubah yang cantik.. Black in colour.. 
Part yang aku suka, lengannya yang penuh berbatu & labuci.. Meriah ko..


Bolehla pakai wat raya.. Haha..! Oh ya! My husband got a jubah tu, but unfortunately aku tak tangkap gambar.. Kekekeke., Hampeh betul. Nantila klu ada kerajinan aku upload ye.. Kbai! ^^,



WRITTEN BY : 
Read More

Thursday, 17 May 2012

Berjimba Ke Kuala Kangsar Pulak!

Assalamualaikum!

Last weekend, my FIL datang bertandang for lunch.. After lunch, kitorang berjongket plak ke Kuala Kangsar. Takde cari pape pun.. Saje gi jenjalan.. Memandangkan aku pun belum pernah sampai ke sana, so boleh jugak kenal2 tempat orang.. Thanks to my FIL & Mr. Chenta yang sudi bawak aku meronggeng.. Yela, aku kat sini takde kawan.. Nak harap berjongket ngan sape lagi kan.. Sobs! T_T

Ok, hari ni malas nak berceloteh pepanjang.. Korang layan pic jelah ea.. 
Jam besar..
Masjid.. Erm tak tau nama.. Bongok tak bongoknyer aku, dah tangkap gambar bagai nak rak, sekali nama masjid pun aku tak tau.. =_=
FIL & Mr. Chenta sedang mencari kudapan.. 
Hehe.. Kene candid ler plak bapak mertua aku nih.. Tak sedar tu, tengah syok makan rojak buah.. Kekekekek..
Aiskrim roti potong..
Istana lama.. Sekarang dah jadi muzium..
Muzium Diraja Perak..
Lama tak naik bot.. Main redah jer naik, tak tau hala tuju pun.. Ngahahaha! Sila abaikan muka aku yang sememeh.. Malas nak make up..~~
Sungai Perak..
Persiaran Sayong Kuala Kangsar.. Ni dah sampai seberang sungai..
Rasanya macam baru lagi kot tempat2 yg ditunjuk dalam direktori ni.. Sebab kitorang duk pusing2 banyak yang tak buka pun.. Huhu.. Ke sebab weekend? Hmmm..
Aku pun tak tau apa nama bangunan ni..Haha!
Naik bot lagi.. Patah balik ke seberang.. FIL aku taktau pun sebenarnya kitorang dah sampai ke sebeang tadi.. Tengok bot dah nak jalan, laju2 aku lompat masuk.. Sampai terlupa bapak mertua tertinggal kat belakang.. Hampeh tul la aku neh.. Haih!~
Gambar takde motif.. Dah otw balik..




That's all for today! Enjoy viewing! Tata..! ^_^



WRITTEN BY : 
Read More

Wedding Invitation Card From Kawan Lama..!

Assalamualaikum..


Kelmarin aku ada receive one wedding invitation card from kawan lama masa sekolah menengah dulu.. Alhamdulillah, sorang lagi member bakal menamatkan zaman bujangnya.. Turut happy for her.. ^_^

....but unfortunately, pada tarikh tu  jugaklah aku ada hal nak kena turun KL.. So ada sedikit terkilan & kecewa la di situ.. Dah lama kot aku & the geng duk tunggu nak makan nasik minyak member aku yang sorang ni.. Klu dekat insyaAllah aku akan pergi jugak2..

....tapi since jarak tu sangatlah jauh & aku pun baru balik hari tu, so bajet ada sikit lari lah.. Tu lah yang susah kalau duk jejauh dari kampung halaman nih.. Nak balik selalu pun payah.. Huhu..

Maybe aku kirim hadiah je kot kat sape2 yang berdekatan dengan aku yang nak balik nanti.. Hope she'll understand & tak marah dengan aku.. Sobs! =_=




WRITTEN BY : 
Read More

Nasi Lemak Daun Pisang!

Assalamualaikum!

Hey peeps! Morning! Sape kat sini yang suka nasik lemak? Ohh! Aku memang peminat tegar nasik lemak.. The most favourite is nasik lemak daun pisang.. Pergh! Nanges ko klu dapat makan skang nih.. Tetibe craving for this plak.. Haih!~
Zaman skang ni susah nak dapat nasik lemak daun pisang ni kan? Kalau ada pun, daunnya macam tak ikhlas jer nak bungkus.. Pastu rasa belum tentu da boom! Kadang tu rupa dah menarik, sekali rasa ya ampun..! Kadang tu pulak decor tak menarik mana, tapi bila dah masuk tekak... Ooolala..! Bukan setakat menangis ko, meraung terus.. Okay, over.. Haha..!
This is antara nasik lemak daun pisang favourite aku.. See the telur? Aku memang kalau makan nasik lemak telur WAJIB sebiji.. Haha! Tu aku dapat sebijik sebab aku mintak.. Kalau tak, dapat suku tu jela ha.. Mana cukup weyh..! Taktaula kenapa aku suka sangat telur rebus nih.. Padahal telur rebus je pun.. Erm...

Kalau kat Terengganu, asal nak makan nasik lemak jer mesti aku cari yang sambal dia sambal ikan tongkol.. Sebab tak semua tempat dapat nasik lemak sambal ikan tongkol ni tau.. Ikan tongkol tu lagi satu jenis ikan yang paling aku suka.. Slurrp! Lapor weyh.. Cari makanan jap ah! See u..! ^^,v


WRITTEN BY : 
Read More

Wednesday, 16 May 2012

Wordless wednesday#18 Vers. Teacher's Day!


Happy Teacher's Day! Thank you for everything..! ^_^



WRITTEN BY : 
Read More

Tuesday, 15 May 2012

Tiada Galang Gantinya..

Assalamualaikum!

This is my supermak! Alhamdulillah, aku mempunyai seorang ibu yang sangat tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup. FYI, aku membesar di dalam sebuah keluarga sederhana sebagai seorang anak yatim sejak aku berusia 9 tahun lagi. Sejak dari itu, aku selalu dengan mak. Aku jadi pemerhati segala jerit perih seorang ibu tunggal yang membesarkan, menyekolahkan, dan menyara pembelajaran aku sehingga ke peringkat universiti.

Untuk pengetahuan korang jugak, mak aku bukanlah seorang yang terpelajar. Aku tak malu untuk mengaku mak aku tak pernah bersekolah, tak tau membaca, dan menulis. Sebaliknya aku bangga dengan mak yang mampu mendidik aku sehingga berjaya ke peringkat sekarang. Walaupun terpaksa bersengkang mata membanting tulang empat kerat demi mencari sesuap nasi & menyara persekolahan aku, mak tak pernah bersungut & mengeluh. 

Bila diingat2 balik zaman2 penderitaan mak masa aku kecik2 dulu, hati aku sangat terguris. Walaupun ketika tu aku masih kecil, tapi aku dapat memahami segala jerit perih hati seorang ibu. Dari kecil aku memang tak boleh tidur berenggang dengan mak. Pernah saban malam aku terjaga di lewat malam kerana terdengar tangisan mak. Tapi aku tak tegur sebab aku tau mak cuba sembunyikan segala tangisan dia dari anak2nya supaya kami tak susah hati & turut bersedih. Aku tau mak sedih & terlalu rindukan arwah ayah. Dalam pada masa yang sama mak susah hati dengan kehidupan kami yang waktu itu agak susah. Aku tak mampu berbuat apa ketika itu selain dari turut sama mengalirkan airmata di sebalik selimut & bantal.

Sekarang, aku dah dewasa, dah berumahtangga. Aku tak boleh lagi tidur dengan mak. Tapi aku tak pernah lepaskan peluang untuk tidur di bawah ketiak mak bila aku balik bercuti ke kampung sorang2. Hanya pada waktu tidur saja aku boleh merenung wajah mak. Aku ingin pastikan mak tak menangis lagi. Aku inginkan yang terbaik untuk mak. Dari kecik aku dah jadikan mak sebagai idola. Aku kagum dengan segala ketabahannya, kesabarannya, kekuatan hati & jiwanya, ketulusan hatinya. 

Bagi aku ibu itu tiada galang gantinya. Bagi aku jugak setiap hari adalah hari ibu. Dan bagi aku tiada hari tertentu untuk aku mengingati & mendoakan kesejahteraan ibu. Setiap saat, detik, dan waktu ibu sentiasa dalam fikiran & hati aku. Ibu! Kaulah ratu hatiku dunia akhirat.. I LOVE YOU & I will always pray for your happiness.. 



WRITTEN BY : 
Read More

Cuti2 Terengganu (PART 2)

Assalamualaikum..

Hai semua! Hari ni aku nak sambung cerita cuti2 Terengganu semalam. Okay, kat Pasar Payang tu kitorang takde le beli apa sangat pun. Just memborong keropok yang orang kirim jer. Pastu naik atas nak tengokla kot2 ada kain pasang yang murah2 boleh beli buat baju raya nanti.. Sekali ko.. mahal2 seyh kain2 dia. Ntah pape ntah. Memang tak ar kan aku nak pakai kain mahal2 camtu.. Kedekut? Ye, memang aku kedekut. So what? Haha! Ayat mintak kene seligi.. 

Takde, sebenarnya aku memang tak berani nak pakai pakaian mahal2 ni. Bukan apa, aku ni lasak. Nampak je ayu cani tau. Erk, ayu ke..? Wut so ever la kan.. Tapi serius okay, aku memang sangat lasak.. Bimbang belum pape nanti habis dah rabak sana sini.. Tak ke menanges Mr. Chenta ku yang dah jadi my one & only banker sekarang? Kang merajuk, sape pulak nak supply fulus untuk aku shopping my make up stuff..? Tak pasal aku pulak yang menanges.. Sape nak jawab..? So, aku mengambil langkah yang bijak untuk tidak membeli pakaian yang mahal ituh.. 

Bagi aku la kan, aku tak kesah sangat bab2 harga pakaian nih.. Asal menutup aurat & selesa dipakai dah memadai..Kalau pandai mix & match for sure nampak mahal je baju ko tu.. Percayalah cakap aku.. Sebab aku memang dah selalu buat.. Hahaha!
Okay, ni on da way balik dah kot after visiting my sister & my nephew Umar Danial. So cute tau Umar ni.. But disebabkan aku sangat sibuk & seronok duk melayan si Umar ni, haram sekeping gambor aku tak snap. Dah on da way balik tu baru teringat nak amik gambor..  Wut the fish!..Adoiyaiiii...!
Aku ada homestay ye kat Terengganu.. Haha! Sila jangan percaya..! Banyak fulus aku nak bina homestay..? Ohhh! Mungkin satu hari nanti.. Ni kebetulan jer ada orang nama sama ngan aku bukak homestay.. Hehehe..  
Mak Cik Gemuk 69.. Unik2 tau nama kedai2 kat Terengganu ni.. Hehehe..
 
Geram tengok laut kebiruan..
Tetiba nampak ada expo kat Pantai Kelulut.. Merengek pulak ler aku mintak Mr. Chenta berenti.. Aku suka expo2 ni.. Bukan nak beli pape pun.. Saja nak pusing2 cuci mata.. Hehehe.. 
Ceria dapat berjimba..
Menarik..^^, 
 Rabbits.. Hampir terbeli.. Tapi nasib baik aku sempat berfikiran waras.. Memikirkan nak jalan jauh, susah nak bawak balik nanti.. Lagipun, dulu dah pernah bela sepasang masa kat kampus.. Maintenance nak kena fit la bela arnab nih..
Jagung gergasi! Sedap pulak kalau dapat jagung bakar pepetang cenggini kan.? Kekekeke..Mula dah..
Rojak buah.. Semuanya masam2 belaka.. Tak mampu aku nak telan semua.. Kongsi ngan mak sudahnya..
 
Perut dah berdikir.. Tak makan lagi tengahari ni weyh! Masa ni dah kul 3 lebih kat2 pukul 4 kot, ke dah 4 lebih.. Mananya tak berdikir incit perut woi.. Pujuklah dengan kudap2an nih dulu.. 
Ada banyak yang dijual di sini selain pameran dari jabatan2 kerajaan.. 
Langit nan biru.. 
Pulau kapas kot nih.. aku pun tak sure.. Sambil2 tunggu makanan sampai menghirup udara segar.. Sangat nyaman di sini.. Tapi................
 Stress je muka, makanan lambat gile sampai.. Eh, bukan makanan yang lambat.. Air yang lambat.. Lambat yang teramat sangat weyh aku cakap ko.. Serius dah menyirap tahap gaban dah aku masa nih..
Mee goreng basah.. 

See? Makanan yang sampai dulu.. Tu pun lambat gile weyh! Aku dah bedal sampai nak habis, baru tukang bawak air terkedek2 hantar air. Biasa aku gi makan kat mana2 mesti air yang sampai dulu. Dah tu aku order sotong celup tepung, sampai dah habis semua makanan & ABC aku belasah, sotongnya tak sampai2.. Memang mengundang kemarahan betul la makan kat situ. Sebab lapar yang teramat je kitorang singgah jugak kat situ. Lepas ni memang tak ar aku nak mentekedarah kat situ lagi.. Servis lembab macam kura2... Padahal customer tak ramai pun..
Menu Mr. Chenta yang tak berapa nak hado.. Masin berdengung kata laki ku.. Erm..

Dah habis semua mencekik dengan penuh perasaan marah membuak2, tetiba muncul lah sotong celup tepung aku. Tapi yang paling best dia gi hantar ke meja sebelah. Aku la kan.. Macam nak jer tunjal2 dahi pompuan tu. Dah orang sebelah bagitau takde order sotong celup tepung, tak reti2 pulak dia nak gi tanya ke meja2 sebelah ni ada order ke tak. Duk terkebil2 macam ungka.. Pastu terus bawak balik ke dapur.. Aku memang saja la nak tengok dia ingat ke tak sapa yang order, & biasa kalau kedai lain diorang akan tanya meja2 lain sape yang ada order makanan tu kalau lupa sekali pun. Ni haram nak bertanya. Bengang berasap aku weyh! Dah la kita tengah teringin.. 

.... sampai sudah aku tak claim sotong tu.. Dek kerana bengang yang teramat.. Laju2 aku bangun gi bayar.. Kakak yang tukang amik order tu siap tanya lagi sotong celup tepung tak sampai ke? Dengan penuh lantang aku menjawab depan2 budak pompuan yang terkedek2 duk membawa pinggan sotong tu balik ke dapur tadi.. Saja nak bagi dia rasa bersalah sikit.. Ye, aku memang keji! Keji bila tahap kesabaran dah habis limit. Tapi sebenarnya aku ni baik okay..! Hahaha.. Weng..!

Okay, tu jelah kot nak stori... Sebelum tu nak tanya sikit, kalau korang kena macam aku kena ni bengang tak? Taktau la kot aku jer yang hangen tak ketentuan hala kan.. 


Sekian, majulah sukan untuk negara! Huhh..??! >_@


WRITTEN BY :
Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com