Blogger templates

Tuesday, 15 May 2012

Cuti2 Terengganu (PART 2)

Assalamualaikum..

Hai semua! Hari ni aku nak sambung cerita cuti2 Terengganu semalam. Okay, kat Pasar Payang tu kitorang takde le beli apa sangat pun. Just memborong keropok yang orang kirim jer. Pastu naik atas nak tengokla kot2 ada kain pasang yang murah2 boleh beli buat baju raya nanti.. Sekali ko.. mahal2 seyh kain2 dia. Ntah pape ntah. Memang tak ar kan aku nak pakai kain mahal2 camtu.. Kedekut? Ye, memang aku kedekut. So what? Haha! Ayat mintak kene seligi.. 

Takde, sebenarnya aku memang tak berani nak pakai pakaian mahal2 ni. Bukan apa, aku ni lasak. Nampak je ayu cani tau. Erk, ayu ke..? Wut so ever la kan.. Tapi serius okay, aku memang sangat lasak.. Bimbang belum pape nanti habis dah rabak sana sini.. Tak ke menanges Mr. Chenta ku yang dah jadi my one & only banker sekarang? Kang merajuk, sape pulak nak supply fulus untuk aku shopping my make up stuff..? Tak pasal aku pulak yang menanges.. Sape nak jawab..? So, aku mengambil langkah yang bijak untuk tidak membeli pakaian yang mahal ituh.. 

Bagi aku la kan, aku tak kesah sangat bab2 harga pakaian nih.. Asal menutup aurat & selesa dipakai dah memadai..Kalau pandai mix & match for sure nampak mahal je baju ko tu.. Percayalah cakap aku.. Sebab aku memang dah selalu buat.. Hahaha!
Okay, ni on da way balik dah kot after visiting my sister & my nephew Umar Danial. So cute tau Umar ni.. But disebabkan aku sangat sibuk & seronok duk melayan si Umar ni, haram sekeping gambor aku tak snap. Dah on da way balik tu baru teringat nak amik gambor..  Wut the fish!..Adoiyaiiii...!
Aku ada homestay ye kat Terengganu.. Haha! Sila jangan percaya..! Banyak fulus aku nak bina homestay..? Ohhh! Mungkin satu hari nanti.. Ni kebetulan jer ada orang nama sama ngan aku bukak homestay.. Hehehe..  
Mak Cik Gemuk 69.. Unik2 tau nama kedai2 kat Terengganu ni.. Hehehe..
 
Geram tengok laut kebiruan..
Tetiba nampak ada expo kat Pantai Kelulut.. Merengek pulak ler aku mintak Mr. Chenta berenti.. Aku suka expo2 ni.. Bukan nak beli pape pun.. Saja nak pusing2 cuci mata.. Hehehe.. 
Ceria dapat berjimba..
Menarik..^^, 
 Rabbits.. Hampir terbeli.. Tapi nasib baik aku sempat berfikiran waras.. Memikirkan nak jalan jauh, susah nak bawak balik nanti.. Lagipun, dulu dah pernah bela sepasang masa kat kampus.. Maintenance nak kena fit la bela arnab nih..
Jagung gergasi! Sedap pulak kalau dapat jagung bakar pepetang cenggini kan.? Kekekeke..Mula dah..
Rojak buah.. Semuanya masam2 belaka.. Tak mampu aku nak telan semua.. Kongsi ngan mak sudahnya..
 
Perut dah berdikir.. Tak makan lagi tengahari ni weyh! Masa ni dah kul 3 lebih kat2 pukul 4 kot, ke dah 4 lebih.. Mananya tak berdikir incit perut woi.. Pujuklah dengan kudap2an nih dulu.. 
Ada banyak yang dijual di sini selain pameran dari jabatan2 kerajaan.. 
Langit nan biru.. 
Pulau kapas kot nih.. aku pun tak sure.. Sambil2 tunggu makanan sampai menghirup udara segar.. Sangat nyaman di sini.. Tapi................
 Stress je muka, makanan lambat gile sampai.. Eh, bukan makanan yang lambat.. Air yang lambat.. Lambat yang teramat sangat weyh aku cakap ko.. Serius dah menyirap tahap gaban dah aku masa nih..
Mee goreng basah.. 

See? Makanan yang sampai dulu.. Tu pun lambat gile weyh! Aku dah bedal sampai nak habis, baru tukang bawak air terkedek2 hantar air. Biasa aku gi makan kat mana2 mesti air yang sampai dulu. Dah tu aku order sotong celup tepung, sampai dah habis semua makanan & ABC aku belasah, sotongnya tak sampai2.. Memang mengundang kemarahan betul la makan kat situ. Sebab lapar yang teramat je kitorang singgah jugak kat situ. Lepas ni memang tak ar aku nak mentekedarah kat situ lagi.. Servis lembab macam kura2... Padahal customer tak ramai pun..
Menu Mr. Chenta yang tak berapa nak hado.. Masin berdengung kata laki ku.. Erm..

Dah habis semua mencekik dengan penuh perasaan marah membuak2, tetiba muncul lah sotong celup tepung aku. Tapi yang paling best dia gi hantar ke meja sebelah. Aku la kan.. Macam nak jer tunjal2 dahi pompuan tu. Dah orang sebelah bagitau takde order sotong celup tepung, tak reti2 pulak dia nak gi tanya ke meja2 sebelah ni ada order ke tak. Duk terkebil2 macam ungka.. Pastu terus bawak balik ke dapur.. Aku memang saja la nak tengok dia ingat ke tak sapa yang order, & biasa kalau kedai lain diorang akan tanya meja2 lain sape yang ada order makanan tu kalau lupa sekali pun. Ni haram nak bertanya. Bengang berasap aku weyh! Dah la kita tengah teringin.. 

.... sampai sudah aku tak claim sotong tu.. Dek kerana bengang yang teramat.. Laju2 aku bangun gi bayar.. Kakak yang tukang amik order tu siap tanya lagi sotong celup tepung tak sampai ke? Dengan penuh lantang aku menjawab depan2 budak pompuan yang terkedek2 duk membawa pinggan sotong tu balik ke dapur tadi.. Saja nak bagi dia rasa bersalah sikit.. Ye, aku memang keji! Keji bila tahap kesabaran dah habis limit. Tapi sebenarnya aku ni baik okay..! Hahaha.. Weng..!

Okay, tu jelah kot nak stori... Sebelum tu nak tanya sikit, kalau korang kena macam aku kena ni bengang tak? Taktau la kot aku jer yang hangen tak ketentuan hala kan.. 


Sekian, majulah sukan untuk negara! Huhh..??! >_@


WRITTEN BY :

No comments:

Post a Comment

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com