Blogger templates

Monday, 7 May 2012

Lauk Malam Ini! ^_~

Assalamualaikum!

Korang dah dinner? Makan apa malam ni? MM malam ni buat kali keduanya try masak ayam masak kurma.. Last masak lauk ni kalau tak silap dalam 2 tahun lepas kot.. Haha!

.....masa tu tak kawen lagi. Masak ni dengan housemate kat rumah bujang kat KL dulu.. Dua2 tak pernah masak lauk kurma ni weyh! Disebabkan masa tu bulan puasa & tekak ni merengek nak makan ayam masak kurma tetiba, so housemate MM ni layankan jelah.. Dengan penuh terujanya kitorang pun masaklah. Menjadi pulak tu ko..! Gembira bukan kepalangla cik tekak ni oi! Hahahaha! 
So, kali ni MM gagah menggunakan kaedah cuba jaya try masak sendiri since dah tak tinggal ngan housemate lagi.. Dah takde orang nak layan kerenah tekak nih.. Terpaksalah, belajar buat sendiri semua.. Untung kan dapat housemate camtu? 

......sekarang dua2 dah kawen, bawak hala tuju memasing.. sob sob! T_T
Rindu pulak zaman2 bujang dulu terutama bila tiba bulan puasa.. Meriah tau! Masa tu lah keluar segala kitab masak memasak nak try resepi baru.. Hehehehhe..

Erm, lapar dah.. Mr. Chenta ku ini confirm balik lambat sesangat.. Makan dulu lah..
Jumpa esok ye korang! Tata..! ^_~  


WRITTEN BY :


6 comments:

  1. sedapnyeee . my feveret tuu . post lah ke sini sis . hihi >,<

    ReplyDelete
  2. @Yasmin Aris II Alamak ai, tak sempat nak pos dah selamat kene bedal.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  3. @LYAfrina Bolehla.. Ade yang perlu diperbaiki nih.. Erm..

    ReplyDelete
  4. Rajin sey masak. hehehe. sedap lak tu kelihatan.

    ReplyDelete
  5. @Zie Madini Boring duk umah.. Tulah keje.. Mengasah skill yang dah lama berkarat.. Hehehe..

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com