Blogger templates

Tuesday, 15 May 2012

Tiada Galang Gantinya..

Assalamualaikum!

This is my supermak! Alhamdulillah, aku mempunyai seorang ibu yang sangat tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup. FYI, aku membesar di dalam sebuah keluarga sederhana sebagai seorang anak yatim sejak aku berusia 9 tahun lagi. Sejak dari itu, aku selalu dengan mak. Aku jadi pemerhati segala jerit perih seorang ibu tunggal yang membesarkan, menyekolahkan, dan menyara pembelajaran aku sehingga ke peringkat universiti.

Untuk pengetahuan korang jugak, mak aku bukanlah seorang yang terpelajar. Aku tak malu untuk mengaku mak aku tak pernah bersekolah, tak tau membaca, dan menulis. Sebaliknya aku bangga dengan mak yang mampu mendidik aku sehingga berjaya ke peringkat sekarang. Walaupun terpaksa bersengkang mata membanting tulang empat kerat demi mencari sesuap nasi & menyara persekolahan aku, mak tak pernah bersungut & mengeluh. 

Bila diingat2 balik zaman2 penderitaan mak masa aku kecik2 dulu, hati aku sangat terguris. Walaupun ketika tu aku masih kecil, tapi aku dapat memahami segala jerit perih hati seorang ibu. Dari kecil aku memang tak boleh tidur berenggang dengan mak. Pernah saban malam aku terjaga di lewat malam kerana terdengar tangisan mak. Tapi aku tak tegur sebab aku tau mak cuba sembunyikan segala tangisan dia dari anak2nya supaya kami tak susah hati & turut bersedih. Aku tau mak sedih & terlalu rindukan arwah ayah. Dalam pada masa yang sama mak susah hati dengan kehidupan kami yang waktu itu agak susah. Aku tak mampu berbuat apa ketika itu selain dari turut sama mengalirkan airmata di sebalik selimut & bantal.

Sekarang, aku dah dewasa, dah berumahtangga. Aku tak boleh lagi tidur dengan mak. Tapi aku tak pernah lepaskan peluang untuk tidur di bawah ketiak mak bila aku balik bercuti ke kampung sorang2. Hanya pada waktu tidur saja aku boleh merenung wajah mak. Aku ingin pastikan mak tak menangis lagi. Aku inginkan yang terbaik untuk mak. Dari kecik aku dah jadikan mak sebagai idola. Aku kagum dengan segala ketabahannya, kesabarannya, kekuatan hati & jiwanya, ketulusan hatinya. 

Bagi aku ibu itu tiada galang gantinya. Bagi aku jugak setiap hari adalah hari ibu. Dan bagi aku tiada hari tertentu untuk aku mengingati & mendoakan kesejahteraan ibu. Setiap saat, detik, dan waktu ibu sentiasa dalam fikiran & hati aku. Ibu! Kaulah ratu hatiku dunia akhirat.. I LOVE YOU & I will always pray for your happiness.. 



WRITTEN BY : 

1 comment:

  1. love our mom kan. our mom mmy SUPERMAK! hehe

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com