Blogger templates

Saturday, 30 June 2012

Dunia Ku Tunggang Terbalik Gara2 RM..

Assalamualaikum! ^_^

See the topic? Ye, dunia aku skang dah tunggang langgang ibarat Singapore dilanggar todak.. Semuanya gara2 RM..! Argh!!! Kenapakah??!

Ooopss! Jangan salah faham ye.. RM di sini bukan bermaksud Ringgit Malaysia, tapi see below....


Yeah! Running Man..! Sape pernah layan Korean Tv Show nih? Haha! Giler lawak ar weyh.. Selalu aku layan kat SINI jer. Disebabkan line internet lewat tengah malam & ke atas jer baru laju, so biasa jam 12++am baru aku start on ktopia nih.. Hehehe... 

....hasilnya, sekarang malamku ibarat siang & siangku ibarat malam.. Tak lama lagi aku bolehla jadi geng sejati burung antoo..! Siap kul 2,3 pagi boleh bangun masak megi kari telur hancur + milo suam2 kuku kucing & menyantap tanpa segan silu sambil mengadap this show.. Haiyakkk!!!

Sekarang dalam proses mengembalikan waktu normal untuk tdo.. Tapi payah ar, macam dah ter'addicted' ngan RM nih.. Haih.. -_-# 




WRITTEN BY : 
Read More

Friday, 29 June 2012

Doa Hari Ini

Assalamualaikum! ^_^

Klik Untuk Tumbesaran.



WRITTEN BY : 
Read More

Aurat Dengan Siapa?

Assalamualaikum! ^^,

Klik Untuk Tumbesaran

Aku jumpa ni di Facebook. Aku rasa ramai yang keliru tentang aurat ni. Aku sendiri kadang2 keliru dengan siapa aku wajib menutup aurat & dengan siapa pula tak perlu. 

Alhamdulillah, peta bergambar ni dapat membantu sedikit sebanyak. Hope dapat membantu korang jugak. Tapi seelok2nya kita rujuklah balik dengan mereka yang lebih arif. Contohnya seperti ustaz2 dan ustazah2 yang bertauliah. ^_^



WRITTEN BY : 
Read More

Wanita Akhir Zaman

Assalamualaikum! ^_^


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat. Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri di pagi Jumaat yang mulia ini.

Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah S.A.W menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. 

Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."

Putri Rasulullah S.A.W kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. 

Maka jawab Rasulullah, "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.. 
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.. 
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking.. 
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka..  
Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.. 
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.. 
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.. 
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka."

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

  • Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  
  • Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. 
  • Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. 
  • Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.  
  • Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dengan bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. 
  • Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub. 
  • Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. 
  • Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan termasuk diri aku sendiri. Sama2lah kita berhijrah ke arah yang lebih diredhai Allah S.W.T.


P/S : Aku menyampaikan cerita ini bukan kerana aku sudah cukup ilmu di dada. Tetapi kerana tanggungjawab aku sebagai seorang Islam. Sesiapa yang ingin memanjangkan ilmu ini silakanlah. Tidak perlu meminta izin kerana semua ilmu yang baik & bermanfaat datangnya dari Allah S.W.T.


~WALLAHU'ALAM~



WRITTEN BY : 
Read More

Thursday, 28 June 2012

TIPS : Mencegah Bau Kaki

Assalamualaikum! ^_^

Gambar hiasan ehsan dari Mr. Google

Hai korang! Dah baca entri tentang punca2 kaki berbau sebelum ni? If belum korang boleh go back HERE to recall k. So, ada tak antara korang yang mempunyai masalah kaki berbau yang berpunca dari salah satu punca yang aku senaraikan dalam entri sebelum ni? 

Jangan risau, korang still boleh cegah masalah ni dengan beberapa tips yang aku akan senaraikan kat bawah ni jap lagi. Mencegah kan lebih baik dari merawat.. Just kena lebih rajin memanjakan diri termasuk bahagian kaki anda k!^_^

Tak perlu nak sembang kencang sangat la kan. Jom kita tengok tips2 kat bawah nih:-
  • Gosok celah2 jari kaki.
    Jangan lupa untuk membersihkan celah2 jari kaki setiap kali korang mandi. Kaki ni merupakan kawasan paling lembap dari anggota badan kita. If terlalu kotor, ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Gunakan sabun atau gel mandian & berus menggunakan berus lembut untuk menggosok. 

  • Potong kuku.
    Jangan biarkan kotoran berkumpul di bawah kuku kaki korang yang panjang tu. Seboleh2nya potonglah kuku kaki & tangan korang seminggu sekali. Janganlah biar kuku tu panjang lama2. Tak elok pun. Kotoran mudah melekat, kuman pun senanglah nak hinggap. Penyakit pulak keraplah datang bertandang. Orang tengok pun kotor.. So, pastikan kuku tangan & kaki kita sentiasa pendek.

  • Gunakan teh, garam atau kopi.
    Teh dipercayai boleh menghilangkan bau yang kurang enak pada kaki. Rendamkan kaki ke dalam besen berisi air panas/suam yang mengandungi hampas teh selama 10 minit. Selain tu garam jugak boleh digunakan dengan cara yang sama bagi menggantikan teh. Tapi if korang nak cuba guna kopi, bungkus kopi tu dengan kain bersih then masukkan ke dalam kasut semalaman. Amalkan seelok2nya setiap hari untuk dapatkan kesan yang lebih efektif atau sekurang2nya 3 kali seminggu.

  • Pemakanan.
    Pola pemakanan yang tidak seimbang akan mempengaruhi bau pada kaki. Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan yang pedas & berkalori tinggi kerana ia membuatkan tubuh & kaki mudah berpeluh sekaligus membiakkan bakteria.

  • Kasut.
    Pemilihan kasut yang diperbuat daripada material yang salah juga menjadi penyebab kepada bau kaki. Elakkan membeli kasut yang diperbuat daripada material plastik/getah kerana ia berpotensi menyebabkan kaki cepat berpeluh disebabkan tiada pengudaraan yang baik. Digalakkan korang memilih material dari jenis kain if nak beli kasut kerana material jenis ni lebih bagus dari segi pengudaraan supaya kaki korang lebih mudah bernafas.

  • Simpan kasut di tempat yang betul.
    Jangan sesekali menyimpan kasut di tempat sebarangan. Pastikan ia di simpan di tempat pengudaraannya lancar. Gunakan gel pemerangkap bau if korang punya rak kasut tu bertutup & kurang ruang pengudaraan. Kalau nak simpan dalam kotak pulak, gunakan silica gel supaya kasut korang bebas bau, tahan lama & tak cepat rosak.  

  • Gunakan Foot Patch.
    Antara penyebab lain kaki berbau adalah jumlah toksin dalam badan yang terlalu banyak.  Sebagai alternatif, korang boleh gunakan foot patch untuk menghilangkan toksin dalam badan. Tampalkan sebelum tidur & lihat toksin yang berjaya disedut keluar keesokan paginya. Di samping mencegah kaki berbau, ia juga mampu membantu mengembalikan kulit badan & wajah yang lebih sihat.

  • Rawatan kaki.
    If korang ada duit lebih bolehla ke mana2 spa atau pusat kecantikan yang ada meyediakan rawatan untuk kaki. Kat sana nanti dorang punyer specialist akan bantu menyelesaikan masalah korang dengan tips2 yang lebih terperinci & menyediakan rawatan yang sesuai untuk keperluan kaki korang.

  • Jumpa pakar.
    If korang dah cuba semua tips kat atas ni tapi still menghadapi masalah yang sama, aku sarankan korang pergilah berjumpa mereka yang lebih pakar. Nanti dorang akan mengesahkan apa punca sebenar masalah bau kaki korang tu & mungkin jugak korang akan diberikan antibiotik untuk menghapuskan bakteria yang membiak pada kaki korang.

So, cane? Rasa2 boleh membantu tak? Korang cuba dulu mana2 tips yang korang rasa mudah nak diamalkan then rasakan perbezaannya k! Selamat mencuba! ^_~



Sape orang Ipoh kat sini?Jom jumpa di Jusco Kinta Ipoh 8 Julai nih!
Apa ada kat sana? Terjah SINI for more info! ^_^



WRITTEN BY : 
Read More

Urgh! Baunya Kaki..!

Assalamualaikum! ^_^

Gambar hiasan ehsan dari Mr. Google

"Haiyak! Muka dah cun/ensem tapi tang kaki tu hallamak ai macam bangkaila bau hoi!".. Pernah tak korang mengalami situasi cani? Bukan nak cakap apala kan.. Kadang2 kita kurang ambil berat tentang kebersihan & kesihatan kaki kita ni. Mentang2lah kaki tu duk tersorok jer kat bawah di sebalik ke'glamour'an kekasut yang gah lagi mahal tu kan..

.....tak boleh la macam tu ya kengkawan.. Kita kenalah jaga kebersihan & kesihatan tubuh badan kita keseluruhannya. Janganlah asik nak jaga penampilan dari segi pakaian & paras rupa jer. Aspek lain pun kena ambil kira jugak okay! ^_~

So, hari ni aku just nak share beberapa punca penyebab kaki berbau. Korang nak tau tak? Nak tau, meh scroll down.. 

Sebelum tu kita baca dulu sikit fakta tentang kaki berbau nih :-

Bromhidrosis merupakan nama perubatan untuk bau kaki. Kaki mengeluarkan kira2 570 ml peluh dalam sehari. Jumlah yang agak banyak bukan? Anda perlu tahu bahawa apa yang keluar itu bukan sekadar air semata2. Tetapi ia adalah peluh yang bercampur bakteria yang menghasilkan isovaleric acid (zat yang bebau kurang menyenangkan) sehingga menyebabkan kaki berbau!

Apa punca2 lain penyebab kaki berbau ni?
  • Pakai kasut semasa kaki masih basah atau lembap.
  • Memakai stoking yang sama berulang kali.
  • Memakai kasut bertutup terlalu lama.
  • Memakai stoking yang tidak serap peluh.
  • Jarang membasuh kasut.
  • Jarang memberus kaki/kuku.
  • Kuku kaki panjang & berdaki.




Nak tips elakkan kaki berbau tak? Tunggu next entri k!
Sebelum tu apa kata kita ke SINI dulu.. ^^,


WRITTEN BY : 
Read More

Wednesday, 27 June 2012

Wordless Wednesday#24

Read More

Wordless Wednesday#23

Assalamualaikum! ^_^




WRITTEN BY : 
Read More

Wordless Wednesday#22

Assalamualaikum! ^_^





WRITTEN BY : 
Read More

Tuesday, 26 June 2012

Invitation To Genting's Press Conferences

Assalamualaikum..!

Arghhhhh! First time dapat invitation dari pihak Nuffnang ni tau.. Tapi yang sedihnya tak dapat nak attend coz jarak & masa event tu dah dekat sangat.. Tak kena time ar pulak.. Stress ar cani! Huhu..

Dah lama kot aku duk menunggu events invitation from Mr. Nuffnang ni.. Sobs! T_T

Kalaulah aku still duk kat KL, dah tentu2 aku join this event. Hope Mr. Nuffnang tak serik untuk invite aku lagi pasni.. I'll try my best to attend any event invitation next time! Janji..! 

Tengok betapa terujanya aku nak pegi tapi cannot just becoz of the kekangan jarak & masa..

Ok, sekarang aku dalam mood terkilan & kuciwa.. Bye! T_T


WRITTEN BY : 
Read More

Awal Perkahwinan Vs. Hujung Perkahwinan

Assalamualaikum! ^_^



Saat indah awal perkahwinan...

SUAMI : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu setelah sekian lama!
ISTERI : Apakah kau rela kalau aku pergi?
SUAMI : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu..!
ISTERI : Apakah kau mencintaiku?
SUAMI : Tentu! Selamanya akan tetap begitu..!
ISTERI : Apakah kau pernah berlaku curang?
SUAMI : Tidak! Aku takkan melakukan hal seburuk itu..!
ISTERI : Mahukah kau menciumku?
SUAMI : Ya!
ISTERI : Sayangku..

Apa berlaku sesudah 5 tahun perkahwinan? Sila baca dialog di atas secara 'reverse' (dari bawah ke atas)..





WRITTEN BY : 
Read More

Monday, 25 June 2012

Kata Mereka Cinta Itu......

Assalamualaikum! ^_^

Found this on Facebook.. 
Kata mereka......


Kata kamu?




WRITTEN BY : 
Read More

Sunday, 24 June 2012

1,2,3 Transform!!!

Assalamualaikum! ^_^

Yuuhuuu! See my new header.. Transform lagi aku jah.. Ahaks! Pepagi buta tadi dalam kul 3 takleh tdo lagi.. So, untuk mengisi masa terluang aku teruslah buka Adobe Photoshop CS5.1 aku nih.. Maka terhasillah this new header. Saja mengasah skill.. Dah lama tak main edit2 gambar.. Okey tak? Aku sangat suka walaupun simple.. Heheh.. =)

Siap pakej dengan new watermark jugak! Hoho! Kali ni aku design watermark pun simple2 jer.. Tengah berusaha nak menyimplekan ruangan blog.. Cuma template jer tak berjaya ditransform lagi.. Dalam perancangan jugak tu.. Tunggu kerajinan datang menerpa, nanti bertukarlah wajah blog aku yang serabut teramat nih..


Tu jer nak canang.. Ngahahaha! Poyo nyer la hai Cik Puan Meeja nih..
Kbai! ^^,v




WRITTEN BY : 
Read More

Sape Boleh Baca?

Assalamualaikum! ^_^

Sila Klik Untuk Tumbesaran.

Sape yang boleh baca ni sila komen dengan memberi translation dari ayat2 di atas.

Gudluck! ^_^



WRITTEN BY : 
Read More

Saturday, 23 June 2012

Mati Gara-Gara EURO..

Assalamualaikum! ^_^


BEIJING : Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam.

Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau. Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari.

Selepas perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang ke rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. “Dia kemudian mandi, tertidur dan tidak membuka matanya langsung selepas itu, lapor Sina.com.

Rakan Jiang berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka, Jiang “agak sihat” dan aktif bermain bola sepak mewakili universitinya beberapa tahun lalu. Namun, sumber lain berkata, kesan pengambilan alkohol dan rokok, bercampur faktor keletihan kerana berjaga menyebabkan sistem imunisasi Jiang lemah.-SUMBER



P/S : Adoi.. Korang janganlah jadi cani plak.. Time tidur tu tidurlah.. Tidur yang berkualiti mampu melahirkan tubuh badan yang sihat & cergas. Bila badan cergas barulah syok layan tengok bola. ^_^


WRITTEN BY : 
Read More

Friday, 22 June 2012

Lupusnya Zaman Pemerintahan Terakhir Khalifah Islam

Assalamualaikum..

Khalifah Sultan Abdul Hamed II  (Khalifah terakhir)


Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM..

Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 MAC 1922.

Tahun ini bersamaan 3 MAC 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. 

Dengan sokongan & kekuatan dari British & Zionis, Mustafa Kamal Atartuk telah mengumumkan penghapusan khalifah & pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis & tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah & memaksa Khalifah memasuki kereta & seterusnya  membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah & mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan dilaungkan dalam bahasa Turki & undang2 sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British & Zionis untuk meruntuhkan Khalifah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya Khalifah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis & pihak barat.

Kini telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan & pimpinan Khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina & negara2 yang lain di seluruh dunia termasuk negara tercinta Malaysia.

Rata2 umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan & hala tuju perjuangan walaupun jumlah mereka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 billion daripada jumlah 7 billion)-SUMBER.



Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan & kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat & dunia antarabangsa pada ketika ini? 




~WALLAHU'ALAM~





WRITTEN BY : 
Read More

Review SAMSUNG Smart Camera WB150F

Assalamualaikum! ^_^

Hey peeps! Hari ni aku nak review tentang sejenis smart camera yang tengah hangat di pasaran sekarang ni.. Aku ni nak kata minah gadget tak la jugak..Tapi kalau yang ada kaitan dengan dunia fotografi ni aku memang suka walaupun skill fotografi aku masih di tahap kritikal..Haha!

Sape kat sini yang tengah tercari2 smart camera tu, aku sarankan korang beli SAMSUNG Smart Camera WB150F. Kenapa? Ha, mestilah ada sebabnya. Jom review!



SAMSUNG Smart Camera WB150F ni dia punya kelebihan is dari segi performance. Kalau korang inginkan camera yang Smart Zooming & Smart Sharing, ha inilah dia camera yang korang patut pilih. 

Antara ciri2 menarik yang terdapat pada SAMSUNG Smart Camera WB150F ni adalah :-

  • 18x Optical Zoom, OIS - Dengan adanya perincian ni korang boleh snap apa saja imej dengan lebih jelas walaupun dari jauh. Sebab tu lah ia dipanggil Smart Zooming!  If korang jenis yang darah gemuruh sikit tu, bila tangkap gambar ada shaky2 sikit kan? Ha, itulah kepentingan adanya OIS atau 'Optical Image Stabilisation' ni. Ia membantu menstabilkan imej yang korang tangkap tadi. So no matter how shaky your hands are, the photos won't be! Wah gitu..! ^^,
  • 24mm Wide Angel Lens - Sudut kanta yang luas sehingga 24mm ni dapat membantu korang cover the whole-horizon field of view. Korang nak tangkap gambar pemandangan seluas2 alam pun boleh. So lepas ni takde lah lagi isu muka member terkeluar dari frame gara2 angel lens camera yang tak cukup luas. Nak tangkap gambar bangunan yang tinggi melangit macam KLCC tu pun takde masalah. Korang boleh dapatkan skala penuh bangunan tu dari bawah sampailah ke puncaknya dengan sekali snap jer! ^_^
  • Wi-Fi Connectivity - Wow! Yang ni aku suka. Zaman sekarang ni kalau takde internet connection rasa macam tak lengkap pulak kan? Inilah antara kelebihan yang ada pada SAMSUNG Smart Camera WB150F yang mungkin takde pada camera2 lain. Korang boleh lakukan instant sharing & saving dengan mudah & pantas! Pergi je lepak mana2 restoran yang ada sediakan perkhidmatan WI-FI, then korang dah boleh terus upload gambar2 korang ke mana2 laman sosial yang korang suka. Macam smartphone la juga, tangkap gambar terus upload ke FB. Pantas gitu! Barulah namanya Smart Sharing! ^_~ 
  • Full Manual Mode (A, S, M) - Korang boleh set kan Aperture Priority & Shutter Priority untuk dapatkan imej exactly macam yang korang nak. Contohnya, korang nak tangkap gambar kereta yang sedang bergerak dari balkoni kondo korang tanpa hasilkan efek blur (kabur), then itulah kegunaan Aperture Priority & Shutter Priority ni. Dengan quick snap, korang boleh dapatkan imej yang cantik tanpa sebarang efek kabur. Best kan? =)
  • 3.0" hVGA LCD - Perincian ini dapat mengesan iluminasi imej secara automatik & secara langsung akan membantu memperbaiki kecerahan LCD untuk mendapatkan view imej yang lebih optima. Selain tu jugak, ia  menyediakan  improved contrast & colour reproduction untuk imej yang lebih luas & jelas.  

Antara kelebihan lain SAMSUNG Smart Camera WB150F ni, ia mampu merakam  720p HD quality video   pada 30 frame per saat  dengan masa rakaman 4x lebih panjang berbanding MJPEG Video.  Korang juga hanya perlu gunakan perincian Smart Auto 2.0 untuk dapatkan professional-style results seperti seorang pakar!


So, apa pening2 lagi. Dapatkan SAMSUNG Smart Camera WB150F ni sekarang! The simple way to go pro! Yeah! ^^, 





WRITTEN BY : 
Read More

Thursday, 21 June 2012

Woww! Tak Sangka Tiz Zaqyah Ada Bakat Menyanyi!

Assalamualaikum! ^_^

Boring2 semalam gi godek Tiz Zaqyah Fanpage.. Jumpa la beberapa video yang dirakam oleh TiZzaholic ni tau. Rupa2nya dalam diam si Tiz Zaqyah yang cute ni boleh menyanyi jugaklah korang..!

Tak caye? Jom layan one of the video yang aku jumpa kat bawah ni.. Berganding ngan Aqasha yang smart tu pulak lagi.. Adessss, jellessss I.. Okey, drama jer.. Jom layan.. ^_^


Ha, amacam? Best tak? Aku rasa boleh tahan jugak suara Tiz.. Husky2 sket.. Dah la berbakat besar dalam dunia lakonan, pandai menyanyi pulak lagi.. Ini barulah, selebriti serba boleh.. I loikeeee.. ^_~

Nak dengar lagi Tiz nyanyi? KLIK SINI dulu... 
v
v
v
v
Nah, gi dengar pepuas!
v
v
v


Nak lagi? Gi cari KAT SINI atau SINI k! ^_~


WRITTEN BY :
Read More

Wednesday, 20 June 2012

Aku Bukan Blogger Glamour Untuk Ini..

Assalamualaikum! ^_^

Hai korang! Pekaba? So, topik hari ni., urm juz nak bercerita pasal dunia blogger. Ye, aku bukan blogger glamour. Aku tau. Aku tak ramai follower.. Trafik pun taklah sekencang mana. Tapi aku happy bila ada orang yang sudi & suka berkunjung ke blog ni membaca setiap entri yang aku keluarkan walaupun tak semeriah blogger2 glamour yang ada.

Bagi aku, kita dalam berblog ni kena ada cara penulisan & cara penyampaian yang tersendiri. Orang kata, has to be on it own style. Kena ada keunikan tersendiri. That's how we attract others to come & visit our blog..

....if kita nak start menulis sesuatu entri tu kita kena banyak bermonolog dengan diri sendiri. Seolah2 kita tengah comunicate with others. Dengan kata lain, kita kena wujudkan komunikasi 2 hala. Means, bila kita keluarkan sesuatu entri tu, orang akan datang & baca entri kita right? So, try to make them reply to us. 

Tapi macamana?

....okay, cuba wujudkan persoalan supaya pembaca boleh react & reply pada soalan kita. Contohnya kita dah publish entri pasal demam campak. So, dalam entri tu sentiasa cuba wujudkan persoalan atau pertanyaan seperti, "Korang pernah ke kena demam campak?" or "Apa tips atau petua untuk redakan demam campak dengan cepat?" or "Demam campak ni boleh berjangkit tak?".. 

Nampak tak how to create 2 ways communication kat situ? So, if orang yang membaca tu pernah mengalami demam campak tu, mungkin dia akan tinggalkan komen dengan menjawab persoalan yang kita wujudkan tadi. Dan mungkin jugak dorang akan bagi cadangan2 yang bernas sebagai salah satu cara meredakan demam campak tu.. Secara tak langsung kita dah berjaya membentuk corak pemikiran kreatif di kalangan blogger.

Macamana pulak nak buat orang tertarik dengan entri yang kita tulis?

Okay, this is the important part bila nak menulis blog. Macam yang aku sebut awal2 tadi, cara penulisan & cara penyampaian tu penting. Cuba guna se-simple2 bahasa atau corak penulisan yang boleh. Nak guna shortform? Boleh, tapi pastikan orang lain boleh faham. Jangan terlalu nak simple sampai segala patah perkataan pun nak di'shortform'kan. Kadang2 orang tak biasa dengan shortform yang kita guna tu. So bila dorang tak biasa, dorang tak faham apa yang kita tulis or apa yang kita cuba sampaikan.. & bila dorang tak faham, dorang akan rasa bosan & tak mustahil dorang boleh tinggalkan blog kita tanpa sebarang komen. Silap2 haribulan, terus dorang unfollow kita. Dah kehilangan sorang penyumbang trafik. Sape rugi? Kita jugak..

Satu lagi, jenis font yang digunakan. Yang ni biasanya ladies la. As a lady, aku faham kita mesti suka benda2 yang comel, cute, cantik & bla3.. Aku dulu masa awal2 berblog pun sama. Tulisan kalau boleh nak yang berbunga2, blink2 sana sini sampai nak baca pun susah. Dahla background dah berbunga2, tulisan pulak bersimpul2, tak ke berpinar bijik mata orang nak baca..? Saiz font pun sama.. Kalau boleh janganlah terlampau kecik kalau nak orang baca blog kita.

Word Verification! Ni lagi satu benda yang aku cukup tak suka. Cuba chek kat bahagian komen korang tu, ada tak terselit 'word verification' nih? Kalau ada, aku sarankan korang 'disable' kanlah benda alah tu. Bukan apa, kadang2 buat orang tensen tau tak? Dah elok perah otak taip komen panjang2, tapi bila sampai part nak publish ada pulak mintak  'word verification' bagai. Kadang 4,5,6 kali duk taip pun tak betul2 jugak. Buat orang stress & give up.. Last2 terus cancel komen & tekan butang 'pangkah'. 

Another thing dalam dunia blogger yang aku rasa kita semua dah masak sangat is entri 'Copy & Paste'.. Selalu jer terjah mana2 blog ada jer entri cani. Okay, bagi aku tak salah nak buat entri 'Copy & Paste' ni. Tapi kenalah kena pada caranya. Aku sendiri pun ada buat entri cani tapi melalui 2 cara :-

Cara Pertama : 
Backlink or bagi credit pada sumber entri yang kita dapat. Contohnya, kita baca entri tu di ruangan Jemah.Com.. So, bila dah publish entri tu di blog kita, jangan lupa bagi kredit to the blog resource or backlink kan balik entri tu ke blog sumber tadi. So that, ada give & take kat situ.. Yela, kita dah copy entri dari blog orang tu, kita bagilah pulangan kat dia balik. Salah satu caranya adalah dengan bagi trafik ke blog dia. Barulah fair & square kan..?

Cara Kedua : 
Guna pemahaman & ayat sendiri. Contohnya if kita terbaca pasal sesuatu isu tu dalam sebuah majalah, suratkhabar, or portal2 rasmi lain, sila baca betul2 & fahamkan cerita di sebalik isu tu. Then if nak repost, huraikan balik isu tu mengikut pemahaman & ayat sendiri. TAPI INGAT! Haruslah berhati2 dengan setiap patah perkataan yang korang cuba keluarkan. Jangan sampai terpesong dari cerita asal. Kang jadi fitnah pulak.. Dah satu hal nak menjawab..


So kesimpulannya if nak selamat.. 
Perah otak! Cari idea sendiri! Tulis sendiri! Setel masalah. 


Jadi tulah sedikit sebanyak tips berkaitan dunia blogger yang boleh aku kongsikan kat sini. If ada tersalah & tersilap kata harap dimaafkan & sama2 diperbetulkan. If ada tambahan pun sangat di alu2kan.


Aku bukanlah blogger glamour, masih banyak tips dalam berblog yang belum aku fahami & dalami sepenuhnya. Minta tunjuk ajar dari semua. Peace! v^_~


Read More

Best Sangat Ke Duk Mencucuk Orang Sana Sini Ni..?

Assalamualaikum!^_^


Okey, tajuk kali ni hanya untuk perkongsian bersama. Sebelum tu aku nak tanya sikit, korang pernah tak mengalami situasi kene 'cucuk' ni? 

....maksud 'cucuk' kat sini bukanlah cucuk guna jarum, susuk, or segala mak nenek tu.. Tapi kena cucuklah. Ala, orang lain yang suka jadi batu api atau suka mengeluarkan isu supaya korang melenting. Takpun supaya korang bergaduh dengan kawan2 korang, or dengan adik-beradik korang.. Dan yang paling teruk boleh buat korang bergaduh dengan suami or isteri korang..

....pernah tak kena macam tu..? Aku bukanlah nak memburukkan sesape kat sini.. Tapi tu lah, kadang aku pelik.. Dalam dunia serba canggih macam ni pun still ada lagi manusia berhati busuk.. Lebih busuk dari bau bangkai.. 

Aku selalu jer kena. Tapi aku malas nak layan. Selalunya aku akan buat taktau or elakkan diri dari spesies2 manusia cani. Aku pun tak tau la apa intention diorang yang sebenarnya. Suka jaga tepi kain orang satu hal la, lepas tu nak cucuk2 orang lagi. Ape hal?!

Sometimes bengang jugak, tapi aku malas nak buka mulut. Coz aku hormat. & aku sabar. Sebab kalau aku dah start buka mulut nanti kang ramai plak yang bernanah telinga ngan jiwa tu. Dah kata aku kurang ajar plak kang.. So, lebih baik diam dari bersuara. Kurang dosa aku. Haha!


P/S : AWAS dengan golongan manusia yang suka men'cucuk' ni! Korang nak dengar boleh, tapi jangan sekali2 'pakai' kata2 diorang nih. Sebab mereka ni lah antara penyebab keruntuhan rumahtangga orang lain. So, think & act wisely..! ^_~ 


  Sape kaki chatting boleh join chit chat FREE


WRITTEN BY : 
Read More

Tuesday, 19 June 2012

6 Mitos DIET Yang Perlu Dijauhi..!

Assalamualaikum! ^_^

Bercakap pasal DIET ni, aku rasa ramai antara kita yang sering salah faham dengan konsep DIET. Dalam mengikuti DIET ni, kita perlu mengambil kira mitos2 DIET yang sering mempengaruhi ramai dari kalangan kita. Walaupun still belum terbukti kebenarannya tapi kita tetap perlu mengawasi cara pemakanan kita & gunakan pola DIET yang lebih sihat. 




MITOS #1 : 
Sayuran akan mengurangkan berat badan.

FAKTA : Pengambilan sayuran juga boleh membuatkan anda GEMUK! Jika diambil sesuka hati, ia akan membuatkan anda mudah kehilangan nutrisi, vitamin & protein. Pengambilan seperti biskut sayuran. kerepek kentang atau aiskrim akan menambahkan beberapa kilogram berat badan anda.

--------------------------------------------------------------------------------------------


MITOS #2 : 
Makanan ringan tanpa lemak baik untuk mengecilkan pinggang.

FAKTA : Walaupun produk ini tidak mengandungi lemak tetapi ia mempunyai jumlah kalori yang sama. Penelitian dari Stamford University mendapati mereka yang mengambil secara sederhana dapat mengurangkan berat badan dua kali lebih banyak dari mereka yang mengambil makanan rendah lemak. Cubalah mengambil makanan rendah kalori seperti avocado, kacang & kelapa.

--------------------------------------------------------------------------------------------

MITOS #3 : 
High Protein Diet adalah cara terbaik mengurangkan lemak.

FAKTA : Cara ini akan menjurus kepada pengambilan kerbohidrat yang lebih banyak. Elakkan diet ini dengan cara mengambil protein, karbohidrat & lemak yang seimbang.

--------------------------------------------------------------------------------------------

MITOS #4 : 
Kurang pengambilan karbohidrat boleh mengurangkan berat badan.

FAKTA : Karbohidrat adalah sumber tenaga. Ada beberapa jenis kerbohidrat yang kaya dengan vitamin, nutrisi & serat untuk membuatkan anda merasa kenyang. Mengurangkan kerbohidrat bukan sahaja akan mengurangkan sumber vitamin B & serat tetapi boleh mengurangkan kapasiti badan untuk mendapatkan mood yang baik.

--------------------------------------------------------------------------------------------

MITOS #5 : 
Minuman diet lebih cepat mengurangkan kalori.

FAKTA : Minuman manis lebih cenderung meningkatkan nafsu makan. Kajian dari University of Texas mendapati 70% daripada anda yang mengambil minuman soda diet lebih 2 gelas sehari akan mempunyai lingkaran pinggang yang lebih besar berbanding dengan mereka yang tidak minum. Anda boleh gantikan minuman soda diet dengan teh lemon atau jus.

--------------------------------------------------------------------------------------------

MITOS #6 : 
Tidak makan akan membuatkan lemak terbakar lebih banyak sebelum bersenam.

FAKTA : Jika anda bersenam dengan perut yang kosong tentu sekali lemak dibakar lebih banyak kerana anda tidak mempunyai karbohidrat. Satu kajian telah dilakukan di University of Birmingham dengan membandingkan 2 kelompok orang yang berbasikal. Kelompok pertama makan sebelum bersenam manakala kelompok yang kedua tidak makan. Didapati kelompok kedua membakar lebih banyak lemak tetapi kelompok pertama yang makan terlebih dahulu lebih banyak membakar kalori & mampu berbasikal dengan intensiti yang tinggi.

--------------------------------------------------------------------------------------------


Itulah beberapa mitos tentang diet yang sering kita dengar & diamalkan oleh kebanyakan daripada kita tanpa mengetahui fakta sebenar di sebalik mitos2 tersebut. Jadi kesimpulannya di sini, kaji & dalami dulu satu2 perkara yang kita dengar secara teliti sebelum melakukan sesuatu.




WRITTEN BY : 
Read More

Monday, 18 June 2012

TIPS Alihkan Rasa Lapar..

Assalamualaikum! ^_^

Crepes prepared with Prime Salmon

'Baru lepas makan.. Dah lapar balik? Tapi takut nak makan. Nanti berat bertambah lagi..! Arghhhh!!!'

Ha, mesti ramai yang sering mengalami situasi macam ni kan? Jangan risau, hari ni aku berbaik hati nak berkongsi TIPS untuk alihkan rasa lapar tu. Semoga dapat membantu korang kekalkan berat badan ideal & tubuh kekal langsing menawan. ^^,

  1. MANDI ketika anda berasa lapar. Ini kerana mandi mampu menenangkan anda & menjadikan tubuh lebih tenang. Lakukan sehingga rasa lapar itu hilang.
  2. HUBUNGI RAKAN yang 'kaki sembang' jika anda sedang lapar. Berbual di luar rumah & teruskan sehingga anda tidak lagi memikirkan soal makanan di dapur.
  3. MINUM AIR dalam gelas yang tinggi sebelum mula makan. Ini juga merupakan antara cara paling sihat untuk mengatasi rasa lapar yang tak menentu.
  4. LEKATKAN GAMBAR anda yang kurus di pintu peti sejuk. Ia mengingatkan anda betapa cantiknya anda jika kekal langsing.



Cubalah! Anda pasti berjaya! ^_^
Macamana Nak Survive Dalam EURO 2012 Ni?









WRITTEN BY : 
Read More

Kenapa Lelaki Naik Berat Badan Selepas Berkahwin?

Assalamualaikum! ^_^

Menurut kajian terhadap 125,000 orang, mereka yang berkahwin lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Mungkin ia disebabkan kebahagiaan atau ada isteri yang menjaga pemakanan mereka.

....di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun & ke atas pula, 12% tahap kesihatan mereka berada dalam lingkungan baik atau teruk. Tahap kesihatan duda & janda pula dikategorikan paling teruk.


Huh? Gitu ye.. Huhu..



Jom tengok Michael Jordan beraksi di NBA Finals 2012!


WRITTEN BY : 
Read More

Sayang Aku Atau Hartaku?

Assalamualaikum! ^_^

Jika anda menyayangi seseorang kerana hartanya, maka anda tidak matang! Itu bukanlah kasih sayang yang sebenar. Anda hanya mengejar kemewahan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan keikhlasan dalam sesuatu perhubungan. 

....kasih sayang itu harus seimbang & digarap daripada pengalaman lalu yang mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa. Dengan keikhlasan, sudah tentu rasa kasih sayang itu lebih mudah untuk di dalami & dihayati bersama orang2 di sekeliling kita. 

Hubungan berlandaskan harta benda mudah goyah. Jika keinginan tidak dapat dipenuhi, seseorang itu akan cenderung untuk memberontak. 


Fikir-fikirkan & selamat berkasih sayang!^_^




Nak tengok gajah panjat pokok?



WRITTEN BY : 
Read More

Kasih Yang Kian Pudar.. Mengapa..?

Assalamualaikum..


Hai semua! Tajuk dah macam tajuk novel nih.. Agak2 mampu tak aku hasilkan sebuah novel berbekalkan tajuk  & isi kandungan entri aku kali ni..? Hoho..! Okay, tak payah nak melalut sangatlah kan.. Back to topik kita hari ni.. Cea, macam host rancangan Wanita Hari Ini pun ade nih.. Lalalalalalala..~~~

Okay2, serius.. Dalam mengharungi sesebuah hubungan tu 'gangguan' pasti wujud. Betul tak? Tipu la klu korang cakap takde.. Mana ada relationship dalam dunia ni yang takde masalah or 'gangguan' langsung ye tak? Adat la tu.. Asam garam kehidupan. Yang penting, jangan cepat sangat melatah. Sebab 'gangguan' macam ni bukan saja melibatkan orang ketiga, tetapi mungkin berpunca dari sikap kita sendiri yang terlalu memandang enteng akan perasaan orang lain di sekitar kita.

Aku bagi contohla ea :
Ketika bercinta, Meon cukup romantik. Tarikh perkenalan pun dia ingat. Tetapi apabila Jemah sudah dinikahinya. tiada lagi sifat romantik itu. Meon mula mengambil mudah perasaan Jemah sehingga terlupa  akan tarikh lahir isterinya itu. Ia nampak remeh, tetapi sebagai seorang wanita hati Jemah cukup terguris.

See? Kadang2 lelaki suka pandang benda2 macam ni sebagai perkara remeh yang tak perlu difikirkan sangat. Tetapi haruslah diingat jugak, wanita ni hati dia fragile. Kadang2 benda kecik pun boleh bawak merajuk sampai berbulan. Kalau masa bercinta segala birthday mak, pak, opah, oyang awek diafalnya. Takkanla dah kawen birthday bini sorang pun tak boleh nak ingat ye dak?  

Tu salah satu contohla. Apa lagi sebab2 lain yang boleh menyebabkan perasaan kasih tu pudar? Ha, meh scroll down.


Pengalaman

Pengalaman mematangkan seseorang. Ye betul. Mungkin kerana pernah dikhianati membuatkan rasa kasih & sayang tu sukar untuk wujud. Rasanya ramai kot yang pernah lalui situasi cani. Rasa takut ditipu sekali lagi secara automatik akan menjadi benteng pertahanan dalam hati supaya tidak mudah menerima & menyayangi seseorang dalam hidup kita. Betul tak?


Kurang Masa

Bayangkan apabila kurang masa dihabiskan bersama-sama, kita akan semakin menjauh. Paling teruk, kita serumah tetapi tak berjumpa or takde masa bertegur sapa antara satu sama lain. Ha, ni memang bencana..!


Wujud Orang Ketiga

Okay, ni antara penyebab utama yang selalu berlaku di kalangan kita. Baik dalam percintaan mahupun persahabatan, wujudnya orang ketiga boleh merenggangkan sesebuah hubungan. Bahkan dalam keluarga juga boleh berlaku situasi serupa. Contoh situasi, si abang akan menjadi marah apabila ibu & bapanya terlalu banyak menumpukan perhatian kepada adik yang baru lahir. Namun begitu, jika ia diselesaikan dengan cara baik, hubungan tersebut masih boleh diperbaiki.


Rasa Tidak Percaya

Apabila kita tidak mempercayai orang2 di sekeliling kita, dah tentu kita akan sentiasa rasa curiga. Betul tak? Sikap macam ni akan buat orang di sekeliling kita bosan & rasa tak selesa. Yela, mana taknya. Pantang ada yang tak kena, kita mulalah melenting, lepas tu tuduh dorang yang bukan2. Sape pun mesti bengang & bosan dengan kita. Even kita sendiri pun kalau kena macam tu mesti tak suka kan?


Tiada Persefahaman

Benar kata orang, pasangan yang baik adalah apabila kita tidak sama seperti dia. Kerana ia bertujuan untuk melengkapkan kekurangan pada diri kita. Tetapi bila dah terlalu banyak yang tidak sama, kita mula rasa takde persefahaman. Bila dah start rasa macm tu, timbullah pulak rasa bosan dengan pasangan kita yang lama kelamaan membuatkan kita lebih cenderung untuk mencari 'minat' lain. Ni bahaya nih! So, seboleh2nya cubalah kembalikan persefahaman yang kita ada walaupun sedikit untuk 'menyelamatkan' perhubungan tu.


Selisih Faham

Bila dah takde persefahaman, mulalah berselisih faham. Orang cakap lain, ko paham lain. Lepas tu mengamuk. Jika tak diatasi dari awal, masalah ni akan berlanjutan & akan jadi lebih rumit lagi. Tak mustahil kita akan mula menjauh dari mereka yang kita sayangi. Selisih faham tu memang perlu kerana ia umpama pengikat yang menguatkan sesebuah hubungan. Tetapi jangan dibiarkan berlanjutan. If tak diperbaiki dari awal, menyesal puntak guna..!




Jadi ada tak di kalangan kita yang pernah or sedang mengalami situasi2 macam kat atas nih? Apa pun permasalahannya, atasilah dengan bijak berlandaskan akal fikiran yang waras. Jangan terlalu mengikut nafsu. Ambil masa untuk berfikir k. ^_^



WARNING! Gig Untuk 18 Tahun Ke Atas Sahaja.


WRITTEN BY : 
Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com