Blogger templates

Tuesday, 19 June 2012

6 Mitos DIET Yang Perlu Dijauhi..!

Assalamualaikum! ^_^

Bercakap pasal DIET ni, aku rasa ramai antara kita yang sering salah faham dengan konsep DIET. Dalam mengikuti DIET ni, kita perlu mengambil kira mitos2 DIET yang sering mempengaruhi ramai dari kalangan kita. Walaupun still belum terbukti kebenarannya tapi kita tetap perlu mengawasi cara pemakanan kita & gunakan pola DIET yang lebih sihat. 




MITOS #1 : 
Sayuran akan mengurangkan berat badan.

FAKTA : Pengambilan sayuran juga boleh membuatkan anda GEMUK! Jika diambil sesuka hati, ia akan membuatkan anda mudah kehilangan nutrisi, vitamin & protein. Pengambilan seperti biskut sayuran. kerepek kentang atau aiskrim akan menambahkan beberapa kilogram berat badan anda.

--------------------------------------------------------------------------------------------


MITOS #2 : 
Makanan ringan tanpa lemak baik untuk mengecilkan pinggang.

FAKTA : Walaupun produk ini tidak mengandungi lemak tetapi ia mempunyai jumlah kalori yang sama. Penelitian dari Stamford University mendapati mereka yang mengambil secara sederhana dapat mengurangkan berat badan dua kali lebih banyak dari mereka yang mengambil makanan rendah lemak. Cubalah mengambil makanan rendah kalori seperti avocado, kacang & kelapa.

--------------------------------------------------------------------------------------------

MITOS #3 : 
High Protein Diet adalah cara terbaik mengurangkan lemak.

FAKTA : Cara ini akan menjurus kepada pengambilan kerbohidrat yang lebih banyak. Elakkan diet ini dengan cara mengambil protein, karbohidrat & lemak yang seimbang.

--------------------------------------------------------------------------------------------

MITOS #4 : 
Kurang pengambilan karbohidrat boleh mengurangkan berat badan.

FAKTA : Karbohidrat adalah sumber tenaga. Ada beberapa jenis kerbohidrat yang kaya dengan vitamin, nutrisi & serat untuk membuatkan anda merasa kenyang. Mengurangkan kerbohidrat bukan sahaja akan mengurangkan sumber vitamin B & serat tetapi boleh mengurangkan kapasiti badan untuk mendapatkan mood yang baik.

--------------------------------------------------------------------------------------------

MITOS #5 : 
Minuman diet lebih cepat mengurangkan kalori.

FAKTA : Minuman manis lebih cenderung meningkatkan nafsu makan. Kajian dari University of Texas mendapati 70% daripada anda yang mengambil minuman soda diet lebih 2 gelas sehari akan mempunyai lingkaran pinggang yang lebih besar berbanding dengan mereka yang tidak minum. Anda boleh gantikan minuman soda diet dengan teh lemon atau jus.

--------------------------------------------------------------------------------------------

MITOS #6 : 
Tidak makan akan membuatkan lemak terbakar lebih banyak sebelum bersenam.

FAKTA : Jika anda bersenam dengan perut yang kosong tentu sekali lemak dibakar lebih banyak kerana anda tidak mempunyai karbohidrat. Satu kajian telah dilakukan di University of Birmingham dengan membandingkan 2 kelompok orang yang berbasikal. Kelompok pertama makan sebelum bersenam manakala kelompok yang kedua tidak makan. Didapati kelompok kedua membakar lebih banyak lemak tetapi kelompok pertama yang makan terlebih dahulu lebih banyak membakar kalori & mampu berbasikal dengan intensiti yang tinggi.

--------------------------------------------------------------------------------------------


Itulah beberapa mitos tentang diet yang sering kita dengar & diamalkan oleh kebanyakan daripada kita tanpa mengetahui fakta sebenar di sebalik mitos2 tersebut. Jadi kesimpulannya di sini, kaji & dalami dulu satu2 perkara yang kita dengar secara teliti sebelum melakukan sesuatu.




WRITTEN BY : 

11 comments:

  1. oo..byk gak mitos yer...tapi sng cite nk diet slalu je bsenam kan.bsenam leh maintain kan berat.klu bab mkn ni nk jg mmg ssh la..hihii :)

    ReplyDelete
  2. info yg sangat berguna.. terima kasih berkongsi.. :)

    ReplyDelete
  3. Nurrul pun baru tahu.. thanks for sharing.. sbelum ini bukan kemain.. ingat semua ini adalah yg terbaik..

    *ada duri daamnya... Amalkan diet yang baik.. :)

    ReplyDelete
  4. @ayut Betul.. MM tak pernah diet2 nih.. Taram jer semua selagi tengah berselera.. Tapi klu faham betul2, pengertian diet ni sebenarnya amalan pemakanan yang sihat & seimbang.. Makan secara sihat & seimbang InsyaAllah badan pun sihat & cergas..! ^_^

    ReplyDelete
  5. @Nurrul Amalkan pemakanan sihat & seimbang.. Ikut sukatan atau keperluan badan masing2 coz setiap individu mempunyai keperluan tubuh badan yang berbeza antara satu sama lain.. =)

    ReplyDelete
  6. wah!! baru tahu benda ni.Thanks

    Thanks letakkan saya dalam bloglist
    Hanif blog bloglist
    Check It Out!!!!
    Check blog anda berdasarkan bloglist abjad

    ReplyDelete
  7. Diet pun ada mitos ek. nak caya yg mana ni :)

    ReplyDelete
  8. @ERYZA Hehe.. Perlukan lebih banyak rujukan.. =)

    ReplyDelete
  9. bagus entry ni..saya pon selalu diet cara yang salah.

    ReplyDelete
  10. @Liza Razak Jom diet dengan cara yang lebih sihat! ^_^

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com