8 Fakta Tentang Kesihatan

by - 11:21:00 pm

Assalamualaikum! ^_^

Malam ni aku nak berkongsi beberapa fakta yang aku dapat melalui beberapa pembacaan. Hope dapat  membantu menambahkan  maklumat & panduan berguna buat korang yang setia membaca di blog aku ni. =)

*Gambar hiasan sumber Google.
  • ROKOK membunuh 5,000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubungkait dengan rokok.
  • DUDUK TERLALU LAMA juga boleh menyebabkan sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan peling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang.
  • KAJIAN KEMENTERIAN KESIHATAN mendapati, rakyat Malaysia mengambil gula kira2 125 gram sehari atau 875 gram seminggu iaitu lebih 2 kali ganda daripada had disarankan iaitu hanya 50 gram sehari atau tidak melebihi 10 camca teh.
  • PENGAMBILAN GARAM BERLEBIHAN akan meningkatkan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.
  • MASALAH KEGUGURAN RAMBUT sering dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70% lelaki sensitif dengan hormon ini & seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif semakin lemah.
  • KETAWA terbukti dapat menurun atau mengimbangkan tekanan darah & meningkatkan aliran darah vaskular. Ia membantu untuk melancarkan peredaran darah & meningkatkan oksigen dalam darah. Selain itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.
  • MINUM KOPI SELEPAS BERSUKAN. Menurut satu kajian, minum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangkan rasa sakit & lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.
  • HIJAU LENYAPKAN KELETIHAN. Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasanan harmoni di dalam badan.
 



1 Pentas, 2 Negara.. Ape pulak tu?



WRITTEN BY : 

You May Also Like

8 Shaklee Lovers Visit

  1. hehe.. jom amalkan gaya hidup sihat

    ReplyDelete
  2. adik baru tahu lah pasal fakta kopi..

    *tapi tak suka minum kopi :/

    ReplyDelete
  3. tang rokok tu mmg mslh kan kak :) knalah amalkan cara idup sehat!hihihi..ijau mmg nmpk tenang!

    ReplyDelete
  4. @Nurrul Akak pun baru tau nih.. Mmg suka kopi malangnya takleh minum slalu.. Nanti sakit kepala menyerang. Huhu..

    ReplyDelete
  5. @ayut Memang masalah besar.. Huhu..

    ReplyDelete
  6. @cweet pinky Lepas ni jangan duduk lama2 sangat ye.. Sesekali bawakla berbaring 5-10 minit setiap 1 or 2 jam.. If kat opis, bawak2lah bangun & berjalan bancuh kopi ke ape.. =)

    ReplyDelete