Aku Bukan Blogger Glamour Untuk Ini..

by - 11:36:00 am

Assalamualaikum! ^_^

Hai korang! Pekaba? So, topik hari ni., urm juz nak bercerita pasal dunia blogger. Ye, aku bukan blogger glamour. Aku tau. Aku tak ramai follower.. Trafik pun taklah sekencang mana. Tapi aku happy bila ada orang yang sudi & suka berkunjung ke blog ni membaca setiap entri yang aku keluarkan walaupun tak semeriah blogger2 glamour yang ada.

Bagi aku, kita dalam berblog ni kena ada cara penulisan & cara penyampaian yang tersendiri. Orang kata, has to be on it own style. Kena ada keunikan tersendiri. That's how we attract others to come & visit our blog..

....if kita nak start menulis sesuatu entri tu kita kena banyak bermonolog dengan diri sendiri. Seolah2 kita tengah comunicate with others. Dengan kata lain, kita kena wujudkan komunikasi 2 hala. Means, bila kita keluarkan sesuatu entri tu, orang akan datang & baca entri kita right? So, try to make them reply to us. 

Tapi macamana?

....okay, cuba wujudkan persoalan supaya pembaca boleh react & reply pada soalan kita. Contohnya kita dah publish entri pasal demam campak. So, dalam entri tu sentiasa cuba wujudkan persoalan atau pertanyaan seperti, "Korang pernah ke kena demam campak?" or "Apa tips atau petua untuk redakan demam campak dengan cepat?" or "Demam campak ni boleh berjangkit tak?".. 

Nampak tak how to create 2 ways communication kat situ? So, if orang yang membaca tu pernah mengalami demam campak tu, mungkin dia akan tinggalkan komen dengan menjawab persoalan yang kita wujudkan tadi. Dan mungkin jugak dorang akan bagi cadangan2 yang bernas sebagai salah satu cara meredakan demam campak tu.. Secara tak langsung kita dah berjaya membentuk corak pemikiran kreatif di kalangan blogger.

Macamana pulak nak buat orang tertarik dengan entri yang kita tulis?

Okay, this is the important part bila nak menulis blog. Macam yang aku sebut awal2 tadi, cara penulisan & cara penyampaian tu penting. Cuba guna se-simple2 bahasa atau corak penulisan yang boleh. Nak guna shortform? Boleh, tapi pastikan orang lain boleh faham. Jangan terlalu nak simple sampai segala patah perkataan pun nak di'shortform'kan. Kadang2 orang tak biasa dengan shortform yang kita guna tu. So bila dorang tak biasa, dorang tak faham apa yang kita tulis or apa yang kita cuba sampaikan.. & bila dorang tak faham, dorang akan rasa bosan & tak mustahil dorang boleh tinggalkan blog kita tanpa sebarang komen. Silap2 haribulan, terus dorang unfollow kita. Dah kehilangan sorang penyumbang trafik. Sape rugi? Kita jugak..

Satu lagi, jenis font yang digunakan. Yang ni biasanya ladies la. As a lady, aku faham kita mesti suka benda2 yang comel, cute, cantik & bla3.. Aku dulu masa awal2 berblog pun sama. Tulisan kalau boleh nak yang berbunga2, blink2 sana sini sampai nak baca pun susah. Dahla background dah berbunga2, tulisan pulak bersimpul2, tak ke berpinar bijik mata orang nak baca..? Saiz font pun sama.. Kalau boleh janganlah terlampau kecik kalau nak orang baca blog kita.

Word Verification! Ni lagi satu benda yang aku cukup tak suka. Cuba chek kat bahagian komen korang tu, ada tak terselit 'word verification' nih? Kalau ada, aku sarankan korang 'disable' kanlah benda alah tu. Bukan apa, kadang2 buat orang tensen tau tak? Dah elok perah otak taip komen panjang2, tapi bila sampai part nak publish ada pulak mintak  'word verification' bagai. Kadang 4,5,6 kali duk taip pun tak betul2 jugak. Buat orang stress & give up.. Last2 terus cancel komen & tekan butang 'pangkah'. 

Another thing dalam dunia blogger yang aku rasa kita semua dah masak sangat is entri 'Copy & Paste'.. Selalu jer terjah mana2 blog ada jer entri cani. Okay, bagi aku tak salah nak buat entri 'Copy & Paste' ni. Tapi kenalah kena pada caranya. Aku sendiri pun ada buat entri cani tapi melalui 2 cara :-

Cara Pertama : 
Backlink or bagi credit pada sumber entri yang kita dapat. Contohnya, kita baca entri tu di ruangan Jemah.Com.. So, bila dah publish entri tu di blog kita, jangan lupa bagi kredit to the blog resource or backlink kan balik entri tu ke blog sumber tadi. So that, ada give & take kat situ.. Yela, kita dah copy entri dari blog orang tu, kita bagilah pulangan kat dia balik. Salah satu caranya adalah dengan bagi trafik ke blog dia. Barulah fair & square kan..?

Cara Kedua : 
Guna pemahaman & ayat sendiri. Contohnya if kita terbaca pasal sesuatu isu tu dalam sebuah majalah, suratkhabar, or portal2 rasmi lain, sila baca betul2 & fahamkan cerita di sebalik isu tu. Then if nak repost, huraikan balik isu tu mengikut pemahaman & ayat sendiri. TAPI INGAT! Haruslah berhati2 dengan setiap patah perkataan yang korang cuba keluarkan. Jangan sampai terpesong dari cerita asal. Kang jadi fitnah pulak.. Dah satu hal nak menjawab..


So kesimpulannya if nak selamat.. 
Perah otak! Cari idea sendiri! Tulis sendiri! Setel masalah. 


Jadi tulah sedikit sebanyak tips berkaitan dunia blogger yang boleh aku kongsikan kat sini. If ada tersalah & tersilap kata harap dimaafkan & sama2 diperbetulkan. If ada tambahan pun sangat di alu2kan.


Aku bukanlah blogger glamour, masih banyak tips dalam berblog yang belum aku fahami & dalami sepenuhnya. Minta tunjuk ajar dari semua. Peace! v^_~


You May Also Like

10 Silent Hunter's Footprints

  1. kalau wat entry bahagia.. kena sambil senyum2... kalau wat entry sedih.. kena wat muka sedih sambil menaip hehehe

    ReplyDelete
  2. tips yang baik...:)

    thanks dear :)

    ReplyDelete
  3. @Ardini Humaira Kekeke.. Tu pun tips gak tu.. Kadang tengah sedih bagai nak banjir depan laptop menahan tangis.. Ceh, ayat over jiwe.. Hiks! ^_~

    ReplyDelete
  4. @Arina Shamsul U are most welcome! Sama2 kita upgrade diri sebagai blogger.. ^_^

    ReplyDelete
  5. stuu dengan tips2 semua kat atas ni...
    erm.. blog saya ade penarik tak? entah lah, kekadang saya tulis ikut suka jer.. kekadang syok sendiri pon ade entry saya tu.. huhu.. thanks 4 sharing this tips...

    ReplyDelete
  6. Nice sharing lah !
    adik paling susah sekrang tak tahu nak update ape.. hehe..

    *banyak yg boleh digunakan.. :)

    ReplyDelete
  7. hahaha.. memang kena perah otak tu habis habisan.. baru entri original org cakap.. ^_^

    ReplyDelete
  8. @KorN Hehe..MM pun kekadang menulis ikut mood.. Kadang ter'emo' lebih.. Kadang jiwe lebih.. Tapi bila datang idea bernas, barulah mampu menulis dengan lebih kreatif.. Contoh mcam entri skang ni.. Huhu..

    ReplyDelete
  9. @Nurrul Samala.. Bila dah habis limit, pale otak tepu.. Takleh nak watpela.. Tu klu perasan blog akak senyap sunyi sepi tu maknanya takde idea ar tu.. Tak pun tengah mencari ilham.. Haha! ^_~

    ReplyDelete