Kasih Yang Kian Pudar.. Mengapa..?

by - 8:45:00 am

Assalamualaikum..


Hai semua! Tajuk dah macam tajuk novel nih.. Agak2 mampu tak aku hasilkan sebuah novel berbekalkan tajuk  & isi kandungan entri aku kali ni..? Hoho..! Okay, tak payah nak melalut sangatlah kan.. Back to topik kita hari ni.. Cea, macam host rancangan Wanita Hari Ini pun ade nih.. Lalalalalalala..~~~

Okay2, serius.. Dalam mengharungi sesebuah hubungan tu 'gangguan' pasti wujud. Betul tak? Tipu la klu korang cakap takde.. Mana ada relationship dalam dunia ni yang takde masalah or 'gangguan' langsung ye tak? Adat la tu.. Asam garam kehidupan. Yang penting, jangan cepat sangat melatah. Sebab 'gangguan' macam ni bukan saja melibatkan orang ketiga, tetapi mungkin berpunca dari sikap kita sendiri yang terlalu memandang enteng akan perasaan orang lain di sekitar kita.

Aku bagi contohla ea :
Ketika bercinta, Meon cukup romantik. Tarikh perkenalan pun dia ingat. Tetapi apabila Jemah sudah dinikahinya. tiada lagi sifat romantik itu. Meon mula mengambil mudah perasaan Jemah sehingga terlupa  akan tarikh lahir isterinya itu. Ia nampak remeh, tetapi sebagai seorang wanita hati Jemah cukup terguris.

See? Kadang2 lelaki suka pandang benda2 macam ni sebagai perkara remeh yang tak perlu difikirkan sangat. Tetapi haruslah diingat jugak, wanita ni hati dia fragile. Kadang2 benda kecik pun boleh bawak merajuk sampai berbulan. Kalau masa bercinta segala birthday mak, pak, opah, oyang awek diafalnya. Takkanla dah kawen birthday bini sorang pun tak boleh nak ingat ye dak?  

Tu salah satu contohla. Apa lagi sebab2 lain yang boleh menyebabkan perasaan kasih tu pudar? Ha, meh scroll down.


Pengalaman

Pengalaman mematangkan seseorang. Ye betul. Mungkin kerana pernah dikhianati membuatkan rasa kasih & sayang tu sukar untuk wujud. Rasanya ramai kot yang pernah lalui situasi cani. Rasa takut ditipu sekali lagi secara automatik akan menjadi benteng pertahanan dalam hati supaya tidak mudah menerima & menyayangi seseorang dalam hidup kita. Betul tak?


Kurang Masa

Bayangkan apabila kurang masa dihabiskan bersama-sama, kita akan semakin menjauh. Paling teruk, kita serumah tetapi tak berjumpa or takde masa bertegur sapa antara satu sama lain. Ha, ni memang bencana..!


Wujud Orang Ketiga

Okay, ni antara penyebab utama yang selalu berlaku di kalangan kita. Baik dalam percintaan mahupun persahabatan, wujudnya orang ketiga boleh merenggangkan sesebuah hubungan. Bahkan dalam keluarga juga boleh berlaku situasi serupa. Contoh situasi, si abang akan menjadi marah apabila ibu & bapanya terlalu banyak menumpukan perhatian kepada adik yang baru lahir. Namun begitu, jika ia diselesaikan dengan cara baik, hubungan tersebut masih boleh diperbaiki.


Rasa Tidak Percaya

Apabila kita tidak mempercayai orang2 di sekeliling kita, dah tentu kita akan sentiasa rasa curiga. Betul tak? Sikap macam ni akan buat orang di sekeliling kita bosan & rasa tak selesa. Yela, mana taknya. Pantang ada yang tak kena, kita mulalah melenting, lepas tu tuduh dorang yang bukan2. Sape pun mesti bengang & bosan dengan kita. Even kita sendiri pun kalau kena macam tu mesti tak suka kan?


Tiada Persefahaman

Benar kata orang, pasangan yang baik adalah apabila kita tidak sama seperti dia. Kerana ia bertujuan untuk melengkapkan kekurangan pada diri kita. Tetapi bila dah terlalu banyak yang tidak sama, kita mula rasa takde persefahaman. Bila dah start rasa macm tu, timbullah pulak rasa bosan dengan pasangan kita yang lama kelamaan membuatkan kita lebih cenderung untuk mencari 'minat' lain. Ni bahaya nih! So, seboleh2nya cubalah kembalikan persefahaman yang kita ada walaupun sedikit untuk 'menyelamatkan' perhubungan tu.


Selisih Faham

Bila dah takde persefahaman, mulalah berselisih faham. Orang cakap lain, ko paham lain. Lepas tu mengamuk. Jika tak diatasi dari awal, masalah ni akan berlanjutan & akan jadi lebih rumit lagi. Tak mustahil kita akan mula menjauh dari mereka yang kita sayangi. Selisih faham tu memang perlu kerana ia umpama pengikat yang menguatkan sesebuah hubungan. Tetapi jangan dibiarkan berlanjutan. If tak diperbaiki dari awal, menyesal puntak guna..!




Jadi ada tak di kalangan kita yang pernah or sedang mengalami situasi2 macam kat atas nih? Apa pun permasalahannya, atasilah dengan bijak berlandaskan akal fikiran yang waras. Jangan terlalu mengikut nafsu. Ambil masa untuk berfikir k. ^_^



WARNING! Gig Untuk 18 Tahun Ke Atas Sahaja.


WRITTEN BY : 

You May Also Like

4 Shaklee Lovers Visit

  1. laki ni selalunya bila dh dpt mmg x macam dulu...
    mybe dorg pk wanita tu dia yg punya

    ReplyDelete
  2. buat mase ni tak lagi dah rasa macam tu . hahaha

    P/s : lumrah dalam perhubungan mesti ada "ganguan" cume kita jela kena pandai solve kan "gangguan" tu kan ;)

    ReplyDelete
  3. @eintan nurfuzie Maybe sebab dorang rasa dah secure.. Dah jadi bini dia, takyah nak ayat power2 sangatlah.. Lain la masa tengah bercinta, takut kena sambar segala benda di hafalnya.. Haha..

    Tp, certain2 lelaki jelah kot macam tu.. Tak semua.. =)

    ReplyDelete
  4. @Yasmin Aris Betul tu.. Harus rasional dalam bertindak.. =)

    ReplyDelete