Kisah Seorang Anak Yang Membangkang Perintah Ayahnya

by - 3:31:00 pm


Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bik Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa2 itu panggilan seperti itu tidak selalu mengahairankan. Kaum muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah & jihad fisabilillah.

Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang & kau tinggal di rumah menjaga wanita & anak2."

"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar & tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."

Khaitsamah marah & berkata kepada anaknya, "Kau membangkang & tidak mentaati perintahku."

Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad & Rasulullah memanggilku untuk berangkat perang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi menentang Allah & Rasulullah."

Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita haru ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."

Saad menjawab, "Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga maka aku akan mendahulukanmu."

Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia & anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar & mati syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. 

Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, "Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, & aku telah menerima janji Allah.".. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut & aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."

Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid & berjumpa dengan anaknya di syurga.



~Wallahu'alam~ 


WRITTEN BY : 

You May Also Like

6 Silent Hunter's Footprints

  1. terima kasih dengan citer ni... mmg best baca citer mati syahid ni.. seronok n berkobar2 untuk bjihad di jalan Allah

    ReplyDelete
  2. @amengs88 Alhamdulillah.. Sama2lah kita berjihad fisabilillah.. =)

    ReplyDelete
  3. subhanaallah..awak terima kasih singgah teratak ija;s life stories..syukran..

    nice stories..

    ReplyDelete
  4. @ijA Salam! Ur welcome! terima kasih jugak singgah sini! Sudi2lah singgah lagi.. =)

    ReplyDelete