Mati Gara-Gara EURO..

by - 8:07:00 pm

Assalamualaikum! ^_^


BEIJING : Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam.

Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau. Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari.

Selepas perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang ke rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. “Dia kemudian mandi, tertidur dan tidak membuka matanya langsung selepas itu, lapor Sina.com.

Rakan Jiang berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka, Jiang “agak sihat” dan aktif bermain bola sepak mewakili universitinya beberapa tahun lalu. Namun, sumber lain berkata, kesan pengambilan alkohol dan rokok, bercampur faktor keletihan kerana berjaga menyebabkan sistem imunisasi Jiang lemah.-SUMBER



P/S : Adoi.. Korang janganlah jadi cani plak.. Time tidur tu tidurlah.. Tidur yang berkualiti mampu melahirkan tubuh badan yang sihat & cergas. Bila badan cergas barulah syok layan tengok bola. ^_^


WRITTEN BY : 

You May Also Like

4 Shaklee Lovers Visit

  1. aiyyoyoo , sanggup macam gtuh sekali kan.. dahsyat toll penangan euro nie..

    *betul2 ,apa2 pun kesihatan perlu dijaga.. :)

    ReplyDelete
  2. @Nurrul Tu ler pasal.. Aduyai, tak berbaloi langsung.. Minat2 jugak, tapi kesihatan tetap peru diutamakan.. =)

    ReplyDelete