Mimpi.. Orang Kata Sekadar Mainan Tidur.. Tetapi Kadangkala Membawa 1001 Petanda..

by - 3:52:00 pm

Assalamualaikum!

Okay, first skali aku tak sure samada aku patut post pasal ni untuk pandangan & tatapan umum atau pun tidak.. Musykil jugak.. Sebab bimbang ianya merupakan satu petanda or alamat yang Allah bagi.. Orang tua2 kata kalau mimpi dapat petanda or alamat daripada Allah S.W.T tak boleh cerita kat orang.. Why..??

....coz if kita dah terbercerita kat orang lain, nanti kita takkan dapat apa2 petanda lagi dah lepas tu.. Kira it's somekind of your speciality.. Coz tak semua orang ada kelebihan macam ni.. Aku tak sure boleh pakai ke tak cakap orang2 tua tu.. But frankly speaking, aku memang pernah alami beberapa mimpi yang seakan memberi petanda pada diri sendiri.. Semua bermula since aku start masuk matrik.. Serius, beberapa kali aku mimpi benda yang hampir serupa sehinggalah aku menjejakkan kaki ke menara gading..

....tiap kali tersedar dari mimpi tu aku rasa sangat takut, berpeluh2, & teringat2 jer pasal mimpi aku tu..  Setiap kali tu jugaklah aku menangis ketakutan sambil menginsafi diri.. Mungkin terlalu banyak dosa yang dah aku lakukan tanpa aku sedari dan mungkin juga aku terlalu lalai dek arus dunia sehingga seringkali mengabaikan suruhanNYA.. *ye, aku tak malu mengaku yang aku hanyalah hamba yang lemah & hina yang selalu mengabaikan kewajipan aku terhadap Yang Maha Esa..

Mimpi terjatuh dari tempat tinggi tu selalu la.. Mungkin membawa maksud tertentu tetapi bukanlah satu petanda bagi aku..

....since aku sangat takut tiap kali bermimpi pasal alamat tu, aku mula membuka mulut & bercerita pada mak & kawan2 terdekat.. Dorang sendiri rasa gerun dengan apa yang aku ceritakan.. Bermula saat tu lah aku dah tak dapat lagi mimpi2 macam tu sampailah sekarang.. Mungkin ada benarnya cakap orang2 tua ni.. Bila difikirkan balik rasa rugi sangat sebab dah kehilangan satu kelebihan yang tak semua orang ada.. 

Tapi mimpi aku akhir2 ni selalu sangat berkenaan orang yang dah meninggal dunia.. Dan yang paling kerap hadir dalam mimpi aku adalah arwah abang aku yang baru meninggal dunia 2 tahun yang lepas.. Boleh dikatakan aku adalah antara orang yang paling rapat dengan arwah walaupun selalu bercakaran.. Adik beradik lain tak berapa rapat dengan dia kecuali mak.. Ibu mana tak kasihkan anak kan..? Sebusuk2 mana, sebesar mana pun dosa seorang anak terhadap ibunya, namun dalam hati ibu tak pernah sekelumit mendendami anak sendiri apatah lagi membenci..

....mungkin aku dah lama tak buat solat sunat hadiah untuk arwah termasuk arwah ayah & ahli keluarga yang lain.. Nampaknya, aku kena lebih melapangkan masa untuk memperbanyakkan amalan.. Permudahkanlah Ya Allah..


P/S : Apa petanda yang aku mimpikan tu rasanya tak perlulah aku ceritakan di sini.. Cukup aku katakan kita semua dah berada di penghujung zaman.. Persiapkanlah diri & bertaubatlah sebelum terlambat.. Semoga kita semua berada di bawah ampunanNYA.. InsyaAllah..


Pesanan untuk diri sendiri juga.. 



WRITTEN BY : 

You May Also Like

2 Shaklee Lovers Visit

  1. sye kn setiap hri mimpi.
    mse kecik2 je ade beberapa mimpi yg berulang.

    Yang sye ingat ayh beli kain wrne kuning yg kain tu realitinya kain baju kurung mak.Sye ingt lagi , ayh nk buat langsing pkai kain tu.

    Tpi mcm x pelik lah mimpi sye.Wlaupon setiap hari mimpi tapi mcm tengok drama.

    Seingat sye cuma 3 kali x mimpi.View mcm hitm je.Skrg dh 15 tahun.Byangkan berapa bnyk mimpi sye?

    ReplyDelete
  2. @ika sulaika (15 tahun x 365 hari) - 3 kali tak mimpi tu banyak tu dear.. Hewhew..

    ReplyDelete