Review SAMSUNG Smart Camera WB150F

by - 12:58:00 am

Assalamualaikum! ^_^

Hey peeps! Hari ni aku nak review tentang sejenis smart camera yang tengah hangat di pasaran sekarang ni.. Aku ni nak kata minah gadget tak la jugak..Tapi kalau yang ada kaitan dengan dunia fotografi ni aku memang suka walaupun skill fotografi aku masih di tahap kritikal..Haha!

Sape kat sini yang tengah tercari2 smart camera tu, aku sarankan korang beli SAMSUNG Smart Camera WB150F. Kenapa? Ha, mestilah ada sebabnya. Jom review!



SAMSUNG Smart Camera WB150F ni dia punya kelebihan is dari segi performance. Kalau korang inginkan camera yang Smart Zooming & Smart Sharing, ha inilah dia camera yang korang patut pilih. 

Antara ciri2 menarik yang terdapat pada SAMSUNG Smart Camera WB150F ni adalah :-

  • 18x Optical Zoom, OIS - Dengan adanya perincian ni korang boleh snap apa saja imej dengan lebih jelas walaupun dari jauh. Sebab tu lah ia dipanggil Smart Zooming!  If korang jenis yang darah gemuruh sikit tu, bila tangkap gambar ada shaky2 sikit kan? Ha, itulah kepentingan adanya OIS atau 'Optical Image Stabilisation' ni. Ia membantu menstabilkan imej yang korang tangkap tadi. So no matter how shaky your hands are, the photos won't be! Wah gitu..! ^^,
  • 24mm Wide Angel Lens - Sudut kanta yang luas sehingga 24mm ni dapat membantu korang cover the whole-horizon field of view. Korang nak tangkap gambar pemandangan seluas2 alam pun boleh. So lepas ni takde lah lagi isu muka member terkeluar dari frame gara2 angel lens camera yang tak cukup luas. Nak tangkap gambar bangunan yang tinggi melangit macam KLCC tu pun takde masalah. Korang boleh dapatkan skala penuh bangunan tu dari bawah sampailah ke puncaknya dengan sekali snap jer! ^_^
  • Wi-Fi Connectivity - Wow! Yang ni aku suka. Zaman sekarang ni kalau takde internet connection rasa macam tak lengkap pulak kan? Inilah antara kelebihan yang ada pada SAMSUNG Smart Camera WB150F yang mungkin takde pada camera2 lain. Korang boleh lakukan instant sharing & saving dengan mudah & pantas! Pergi je lepak mana2 restoran yang ada sediakan perkhidmatan WI-FI, then korang dah boleh terus upload gambar2 korang ke mana2 laman sosial yang korang suka. Macam smartphone la juga, tangkap gambar terus upload ke FB. Pantas gitu! Barulah namanya Smart Sharing! ^_~ 
  • Full Manual Mode (A, S, M) - Korang boleh set kan Aperture Priority & Shutter Priority untuk dapatkan imej exactly macam yang korang nak. Contohnya, korang nak tangkap gambar kereta yang sedang bergerak dari balkoni kondo korang tanpa hasilkan efek blur (kabur), then itulah kegunaan Aperture Priority & Shutter Priority ni. Dengan quick snap, korang boleh dapatkan imej yang cantik tanpa sebarang efek kabur. Best kan? =)
  • 3.0" hVGA LCD - Perincian ini dapat mengesan iluminasi imej secara automatik & secara langsung akan membantu memperbaiki kecerahan LCD untuk mendapatkan view imej yang lebih optima. Selain tu jugak, ia  menyediakan  improved contrast & colour reproduction untuk imej yang lebih luas & jelas.  

Antara kelebihan lain SAMSUNG Smart Camera WB150F ni, ia mampu merakam  720p HD quality video   pada 30 frame per saat  dengan masa rakaman 4x lebih panjang berbanding MJPEG Video.  Korang juga hanya perlu gunakan perincian Smart Auto 2.0 untuk dapatkan professional-style results seperti seorang pakar!


So, apa pening2 lagi. Dapatkan SAMSUNG Smart Camera WB150F ni sekarang! The simple way to go pro! Yeah! ^^, 





WRITTEN BY : 

You May Also Like

10 Shaklee Lovers Visit

  1. Huihhhh maksudnya if kita snap gambar boleh terus upload fb lerr. bagus ni hehehe

    ReplyDelete
  2. tak mampu pakai camera lawa2..pakai camera henset je.ihihik :P

    ReplyDelete
  3. @CikMai Takpe.. Nanti mana tau ada rezeki lebih, boleh la sambar satu.. ^_~

    ReplyDelete
  4. nuffnang ada bg email kat raihan juga soh buat review. tp malas. TT.TT

    ReplyDelete
  5. @rAIHan Hehe.. Usaha tangga kejayaan! ^_~

    ReplyDelete
  6. Brape harga dia erk. Agak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erks.. Tak ingat la wak.. Cuba tru google dalam website Samsung..

      Delete