Blogger templates

Monday, 4 June 2012

Rumah Besar Or Kecik Penting Ke?

Assalamualaikum!

Ha, bercerita pasal rumah ni kan aku nak tanya sikitla rumah yang macamana menjadi idaman korang? Besar ke..? Kecik ke..? Setingkat ke..? Bertingkat2 ke..? Rumah batu (konkrit) ke..? Rumah papan ke..? 

.... bagi aku, aku tak kesah sangat rumah tu bertingkat ke berlapis ke.. besar or kecik, rumah batu or papan.. yang penting bersih & kemas..! Aku cakap terus terang la kat sini ea, aku memang kurang berkenan kalau rumah aku bersepah sana sini, berselerak macam baru lepas perang dunia.. Owh! Runsingnya..! 

Serius aku akan jadi cepat marah & moody tak semena2 bila berada dalam situasi cani.. Tak tau kenapa, just can't stand the messy places.. Rasa macam nak giler pun ada woi..! Aku bukanlah nak cakap aku ni rajin ke apa.. Aku pun ada tahap kemalasan yang takleh blah gak.. But one thing yang aku amat titik beratkan dalam kehidupan aku seharian adalah kebersihan & kekemasan.. Maybe sebab dah terdidik dari kecik macam tu kot..

Aku kalau seminggu duduk dalam persekitaran macam ni boleh naik hantu kot.. Jangan kata seminggu la..2,3 hari pun aku dah cukup runsing..(gambar ehsan Mr. Google)


Bagi aku jugak, tak perlu terlalu banyak perabot dalam rumah.. Semak weyh..! Nak mengemas pun payah, serabut..! The simplest is the best! Kalau boleh rumah aku, aku hanya perlu set bilik tidur yang lengkap, untuk ruang tamu plak aku lebih prefer takde perabot2 lain kecuali TV, meja TV, permaidani, & kusyen.. Kalau nak ada sofa pun, yang paling simple jela.. Khas for tetamu yang datang.. Takkan nak biar tetamu duk atas lantai plak ye dak..?

....as for kitchen plak items yang wajib ada is mesin basuh, peti ais & perkakasan memasak termasuk dapur gas, cerek & periuk nasi elektrik.. That's all.. Meja makan pun aku prefer japanese table jer.. Simple & tak semak.. Tapi kalau boleh aku nak satu set kitchen kabinet yang lengkap.. Baru seronok masuk dapur kan..? Kekekekeke..

Kalau kemas cani kan bagus.. Sejuk jer mata memandang.. Hati pun tenang.. (gambar ehsan Mr. Google)



P/S : Korang pulak macamana?

WRITTEN BY :

4 comments:

  1. tak kisah besa atau kecik... janji rumah sendiri... dan yg penting rumah kemas... :)

    ReplyDelete
  2. zie pun tak kesah rumah besa ke kecik. janji hado rumah. tp yg plg penting, zie nk rumah setingkat je. tak nak 2 tingkat...coz zie ni penakut, kang tingkat atas dok hantu tinggal kang. hahaha :P

    ReplyDelete
  3. @Zie Madini Haha! Lawak ar Zie nih.. Tapi samala.. MM pun klu boleh taknak umah 2 tingkat.. Imaginasi tinggi sangat, nanti kang mulalah duk pk bukan2.. Kang kita duk atas, perompak pecah masuk umah kat bawah pun tak sedar.. Duk kat bawah kang, orang panjat bumbung kat tingkat atas tak sedar kang.. Ntah pape ntah.. Ngahahahha..

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com