Blogger templates

Thursday, 28 June 2012

TIPS : Mencegah Bau Kaki

Assalamualaikum! ^_^

Gambar hiasan ehsan dari Mr. Google

Hai korang! Dah baca entri tentang punca2 kaki berbau sebelum ni? If belum korang boleh go back HERE to recall k. So, ada tak antara korang yang mempunyai masalah kaki berbau yang berpunca dari salah satu punca yang aku senaraikan dalam entri sebelum ni? 

Jangan risau, korang still boleh cegah masalah ni dengan beberapa tips yang aku akan senaraikan kat bawah ni jap lagi. Mencegah kan lebih baik dari merawat.. Just kena lebih rajin memanjakan diri termasuk bahagian kaki anda k!^_^

Tak perlu nak sembang kencang sangat la kan. Jom kita tengok tips2 kat bawah nih:-
  • Gosok celah2 jari kaki.
    Jangan lupa untuk membersihkan celah2 jari kaki setiap kali korang mandi. Kaki ni merupakan kawasan paling lembap dari anggota badan kita. If terlalu kotor, ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Gunakan sabun atau gel mandian & berus menggunakan berus lembut untuk menggosok. 

  • Potong kuku.
    Jangan biarkan kotoran berkumpul di bawah kuku kaki korang yang panjang tu. Seboleh2nya potonglah kuku kaki & tangan korang seminggu sekali. Janganlah biar kuku tu panjang lama2. Tak elok pun. Kotoran mudah melekat, kuman pun senanglah nak hinggap. Penyakit pulak keraplah datang bertandang. Orang tengok pun kotor.. So, pastikan kuku tangan & kaki kita sentiasa pendek.

  • Gunakan teh, garam atau kopi.
    Teh dipercayai boleh menghilangkan bau yang kurang enak pada kaki. Rendamkan kaki ke dalam besen berisi air panas/suam yang mengandungi hampas teh selama 10 minit. Selain tu garam jugak boleh digunakan dengan cara yang sama bagi menggantikan teh. Tapi if korang nak cuba guna kopi, bungkus kopi tu dengan kain bersih then masukkan ke dalam kasut semalaman. Amalkan seelok2nya setiap hari untuk dapatkan kesan yang lebih efektif atau sekurang2nya 3 kali seminggu.

  • Pemakanan.
    Pola pemakanan yang tidak seimbang akan mempengaruhi bau pada kaki. Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan yang pedas & berkalori tinggi kerana ia membuatkan tubuh & kaki mudah berpeluh sekaligus membiakkan bakteria.

  • Kasut.
    Pemilihan kasut yang diperbuat daripada material yang salah juga menjadi penyebab kepada bau kaki. Elakkan membeli kasut yang diperbuat daripada material plastik/getah kerana ia berpotensi menyebabkan kaki cepat berpeluh disebabkan tiada pengudaraan yang baik. Digalakkan korang memilih material dari jenis kain if nak beli kasut kerana material jenis ni lebih bagus dari segi pengudaraan supaya kaki korang lebih mudah bernafas.

  • Simpan kasut di tempat yang betul.
    Jangan sesekali menyimpan kasut di tempat sebarangan. Pastikan ia di simpan di tempat pengudaraannya lancar. Gunakan gel pemerangkap bau if korang punya rak kasut tu bertutup & kurang ruang pengudaraan. Kalau nak simpan dalam kotak pulak, gunakan silica gel supaya kasut korang bebas bau, tahan lama & tak cepat rosak.  

  • Gunakan Foot Patch.
    Antara penyebab lain kaki berbau adalah jumlah toksin dalam badan yang terlalu banyak.  Sebagai alternatif, korang boleh gunakan foot patch untuk menghilangkan toksin dalam badan. Tampalkan sebelum tidur & lihat toksin yang berjaya disedut keluar keesokan paginya. Di samping mencegah kaki berbau, ia juga mampu membantu mengembalikan kulit badan & wajah yang lebih sihat.

  • Rawatan kaki.
    If korang ada duit lebih bolehla ke mana2 spa atau pusat kecantikan yang ada meyediakan rawatan untuk kaki. Kat sana nanti dorang punyer specialist akan bantu menyelesaikan masalah korang dengan tips2 yang lebih terperinci & menyediakan rawatan yang sesuai untuk keperluan kaki korang.

  • Jumpa pakar.
    If korang dah cuba semua tips kat atas ni tapi still menghadapi masalah yang sama, aku sarankan korang pergilah berjumpa mereka yang lebih pakar. Nanti dorang akan mengesahkan apa punca sebenar masalah bau kaki korang tu & mungkin jugak korang akan diberikan antibiotik untuk menghapuskan bakteria yang membiak pada kaki korang.

So, cane? Rasa2 boleh membantu tak? Korang cuba dulu mana2 tips yang korang rasa mudah nak diamalkan then rasakan perbezaannya k! Selamat mencuba! ^_~



Sape orang Ipoh kat sini?Jom jumpa di Jusco Kinta Ipoh 8 Julai nih!
Apa ada kat sana? Terjah SINI for more info! ^_^



WRITTEN BY : 

2 comments:

  1. nice tips..sesuai utk org yg pkai kasut dlm msa yg lama. ^^

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com