Urgh! Baunya Kaki..!

by - 4:35:00 pm

Assalamualaikum! ^_^

Gambar hiasan ehsan dari Mr. Google

"Haiyak! Muka dah cun/ensem tapi tang kaki tu hallamak ai macam bangkaila bau hoi!".. Pernah tak korang mengalami situasi cani? Bukan nak cakap apala kan.. Kadang2 kita kurang ambil berat tentang kebersihan & kesihatan kaki kita ni. Mentang2lah kaki tu duk tersorok jer kat bawah di sebalik ke'glamour'an kekasut yang gah lagi mahal tu kan..

.....tak boleh la macam tu ya kengkawan.. Kita kenalah jaga kebersihan & kesihatan tubuh badan kita keseluruhannya. Janganlah asik nak jaga penampilan dari segi pakaian & paras rupa jer. Aspek lain pun kena ambil kira jugak okay! ^_~

So, hari ni aku just nak share beberapa punca penyebab kaki berbau. Korang nak tau tak? Nak tau, meh scroll down.. 

Sebelum tu kita baca dulu sikit fakta tentang kaki berbau nih :-

Bromhidrosis merupakan nama perubatan untuk bau kaki. Kaki mengeluarkan kira2 570 ml peluh dalam sehari. Jumlah yang agak banyak bukan? Anda perlu tahu bahawa apa yang keluar itu bukan sekadar air semata2. Tetapi ia adalah peluh yang bercampur bakteria yang menghasilkan isovaleric acid (zat yang bebau kurang menyenangkan) sehingga menyebabkan kaki berbau!

Apa punca2 lain penyebab kaki berbau ni?
  • Pakai kasut semasa kaki masih basah atau lembap.
  • Memakai stoking yang sama berulang kali.
  • Memakai kasut bertutup terlalu lama.
  • Memakai stoking yang tidak serap peluh.
  • Jarang membasuh kasut.
  • Jarang memberus kaki/kuku.
  • Kuku kaki panjang & berdaki.




Nak tips elakkan kaki berbau tak? Tunggu next entri k!
Sebelum tu apa kata kita ke SINI dulu.. ^^,


WRITTEN BY : 

You May Also Like

2 Shaklee Lovers Visit