Blogger templates

Tuesday, 31 July 2012

Will Be Back..

Assalamualaikum &
Salam Ceria 11 Ramadhan silent Hunters!


Aku akan bercuti & pulang ke kampung untuk beberapa hari... seminggu++ maybe untuk berpuasa dengan ibunda tersayang.. Yeayyy!!! ^^,

So selama seminggu tu blog ni akan sunyi sekejap coz kat kampung takde line internet.. Nak buat auto publish pon tak sempat.. Sori ye korang.. Harap korang rajin2lah singgah & jenguk2 blog ni sepanjang ketiadaan aku..

Sehingga bertemu lagi.. Oh ya! Segmen Promot Blog masih berjalan seperti biasa.. Teruskan hantar link penyertaan ye.. Senarai penyertaan terbaru akan dikemaskini next week.. Jangan marah if terlambat update ea.. I'll try my best to keep on track coz aku dah set untuk update setiap Ahad.

Ok, till then selamat berpuasa & jangan nakal2..! Sayang korang semua..! ^_^ 




WRITTEN BY : 
Read More

Saturday, 28 July 2012

Migrain Attack!



Assalamualaikum &
Salam 8 Ramadhan Silent Hunters..


Sorry ye korang, semalam tak berupdate coz tetiba aku diserang migrain.. Nasib baik kelmarin sempat aku up 2,3 post. Takdela sunyi sangat blog ni. Actually, lepas up entri2 tu aku & hubby terus gerak bertolak ke KL atas urusan rasmi yang hubby kena attend.

Dalam perjalanan tu memang dah start rasa berdenyut tapi boleh tahan lagi.. Elok sampai KL terus ke Semenyih untuk berbuka dengan family SIL. Memang langkah kanan la kitorang time tu husband SIL belanja berbuka di hotel. Mau tak pecah usus aku makan bagai nak pengsan. 

....lepas tu apa lagi, menjawap ler aku menahan migrain yang makin kuat menyerang. Sampai2 umah SIL, duduk kejap agak2 dah tak tahan terus naik atas masuk bilik, mandi2 basahkan kepala. Lepas tu bajet nak terus tidur tapi tak boleh nak tidur sebab dah sakit sangat. Mintak tolong hubby gi belikan panadol, telan 2 bijik, dalam 10 minit camtu dah start lalok. Barulah dapat tidur.

Bangun2 pagi tu dah ok sikit.. Petang tu start sakit balik. Mungkin sebab panas sangat ke apa tak tau lah.. Lepas berbuka semua, layan kepala nonton tv jap. Agak2 dah tak tahan, terus naik atas mandi2 basahkan kepala cam biasa then tidur..

....sekarang ni pun still denyut2 tapi kurangla sikit berbanding kelmarin. Ni yang aku laju2 taip entri baru supaya blog ni tak sunyi sangat & korang pun takdela tercari2 aku kerinduan.. Haha! Okaylah, kepala dah berat.. Still tak berapa nak center, so aku tidur dulu ye..

Doakan migrain aku cepat2 hilang ye korang. If esok lusa blog ni tak berupdate tu paham2 la ye.. Nanti aku dah betul2 sihat baru aku up citer banyak2 k.. Kbai! Selamat malam.. Jangan lupa bangun sahur.. 





WRITTEN BY : 
Read More

Tuesday, 24 July 2012

Menggelabah Sesaat!


Assalamualaikum korang!


Menggelabah sesaat aku ko tetiba tengok status Glitterati di Nuffnang dilucutkan.. Ni pun citer pepagi buta subuh2 sepiee semalam.. 

....mula2 tak perasan pun bab status tu.. Yang aku duk sibukkan nak tengok top referal minggu ni.. Alhamdulillah, earning nampaknya makin bertambah.. Walaupun tak berkepuk macam orang lain, aku tetap bersyukur dengan rezeki yang ada.. Syukur ya Allah.. =)

Oh ya! Berbalik kepada kisah perlucutan status Glitterati aku tu.. Aku baru perasan bila aku nak tengok topik2 menarik di halaman utama.. Terjelepok sekejap aku dibuatnya.. Okay, over.. Takdelah sampai terjelepok.. Tapi ala2 terkesima jugaklah aku time tu..

....terus menggelabah tak ketahuan arah.. Kepala otak bukan main ligat lagi berpikir, kenapa pulak status Glitterati aku dilucutkan? Apa salahku? Apa dosaku? Kenapa..? Kenapa..? Kenapa..?!!!

Kalah drama tv kan? Kahkahkah! Last sekali aku wat2 cool jelah.. Nak hantar tiket ke Nuffnang helpdesk, dah bertimbun dah kot tiket yang aku hantar tak bereply.. So, aku decide untuk bertenang & tunggu..

Petang tadi dengan lafaz bismillah, perlahan2 aku try sign in balik ke Nuffnang.. Alhamdulillah, status aku dah dikembalikan..! Horay..! Terima kasih Nuffnang..! ^_~

Motip la kan tempek gambar tengah modelling tudung dari blogshop sendiri.. Ahaks!





WRITTEN BY : 
Read More

Personaliti Di Sebalik Gaya Busana Pilihanmu..

Assalamualaikum &
Salam 4 Ramadhan Ladies! ^_^

Hai, ladies je? Gentlemen nya mana? Sebab apa aku greet ladies je? Haha..! Sebab tadi pagi awal2 dah janji nak berkongsi pasal maksud yang tersirat di sebalik pemilihan gaya busana cik2 puan ni.. So, gentlemen no offend k..? Nanti aku wat entri khas untuk u all pulok.. Boleh gitu..?

Okay, tak payah nak mukaddimah pepanjang sangatlah ye.. Perit tekak nak membebel bulan2 pose nih.. Sebenarnya orang lelaki pon boleh baca ni.. Mana tau, boleh bantu korang kenali personaliti wanita gadis pujaan hati.. Jom kita go straight to the point..!

Penampilan yang menarik tidak semestinya bersandarkan kepada gaya solekan semata-mata, sebaliknya ia boleh terserlah melalui gaya pemakaian busana. Malah, busana yang dipilih andai sesuai dikenakan, pasti mengundang mata memandang tak kurang juga mulut yang memuji..

....ia juga akan menambahkan keyakinan dalam diri seseorang. Pun begitu, masih ada sesetengah wanita yang tertanya2 bagaimana cara mudah untuk mengaplikasikan gaya mereka sendiri. Apakah hanya bersandarkan minat, selesa, trend terkini dan sebagainya?

Jom aku dedahkan jenis-jenis gaya yang mungkin sesuai dengan personaliti korang..! ^^,


  • Romantis
Soft Pink Wedding Dress 
*Image Credit To Google*

Romantis adalah wanita yang mempunyai kebiasaan yang sangat feminin. Golongan ini selesa tampil dengan pakaian yang sederhana namun cantik dan feminin selain fokus utama lebih ke arah menonjolkan kecantikannya.

Kebiasaannya, wanita ini gemar dengan busana bermotif, jaket lembut, blaus renda, gaun dan sebagainya. Pilihan warnanya akan cenderung lebih lembut seperti merah jambu, langit baru, hijau atau kebiru-biruan. Untuk kasut pula, mereka selesa memilih jenis bertumit tinggi berbanding jenis sandal.


  • Diva

*Image Credit To Google*

Gaya diva adalah wanita yang ingin tampil menjadi sorotan di hadapan semua orang. Walaupun mungkin tidak memiliki wajah yang menarik, namun mata yang memandang pasti akan tertarik kerana cara wanita tersebut yang bijak mengekspresikan gayanya & memancarkan keyakinan serta daya tarikan.

Kebiasaannya, busana dengan rona cerah menjadi pilihan selain rekaan yang ceria dengan banyak gemerlapan & aksesori yang mempesona. Nama pun ingin menonjol, haruslah pilih aksesori yang bling2! ^^,


  • Aktif

*Image Credit To Google*

Pencinta alam terbuka adalah wanita yang tampil dengan karakter yang ramah yang sesuai dengan penampilan mereka. Wanita kategori ini sememangnya sangat aktif, riang & bukan seorang yang malas!

Jenis busana yang menjadi pilihan pastinya yang sporty seperti jean atau cenderung menggunakan baju dengan gaya klasik, kasut atau sandal. Selain itu, mereka juga kurang gemar dengan aksesori memandangkan wanita ini kurang gemar berdandan. Sebaliknya, mereka lebih selesa dengan gaya sederhana asalkan mudah & selesa tatkala dikenakan.


  • Tradisional

*Image Credit To Google*
Pssst! Cantik kan Heliza ni.? Suka sangat tengok dia.. ^_^

Tradisional adalah wanita yang mempunyai gaya klasik & sesuatu yang sangat tradisional & konservatif. Wanita sebegini dapat mengekspresikan gayanya dengan praktis & fungsional. *Ape kebende nih? Aku pun taktau, copy paste jer ayat nih.. Tak reti nak elaborate.. Kekekeke.. 

Untuk mengenali wanita jenis tradisional ni mudah saja. Lihat dari segi pakaian mereka yang bertemakan klasik, gaya sangat konservatif & tidak mempunyai banyak variasi warna. Bagi mereka, itu bukan sesuatu yang penting!  So, kepada yang suka bermain dengan colour block tu, u all bukan jenis yang tradisional ye.. Hehe..


  •      Pintar dan Berwibawa

*Image Credit To Google*

Wanita dalam kategori ini amat menghargai busana kerana bagi mereka ia adalah lambang status. Wanita sebegini akan selalu kelihatan sempurna tanpa ada cacat mulai dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki.

Selain itu, mereka juga tidak kisah melaburkan ribuan ringgit hanya untuk pakaian & rawatan kerana bagi mereka kedua2nya paling penting dalam gaya hidup mereka. Tidak hairanlah jika dibuka almari pakaian mereka, pasti kelihatan busana dari jenama yang mahal & rekaan eksklusif dari pereka terkenal memandangkan wanita jenis ini amat mementingkan kualiti untuk bergaya.


  • Si Penggoda

*Image Credit To Google*

Wanita ini suka tampil dengan gaya yang seksi & kelihatan cukup menggoda. Dia memancarkan sensualiti & tidak memilih busana yang akan dipakai. Mereka lebih gemar baju dengan rekaan bergaris atau bermotif kulit haiwan. Mereka juga selalunya tampil dengan kasut bertumit tinggi malah dilihat seksi.


Jadi anda dalam kategori wanita yang mana..? ^_~


WRITTEN BY : 
Read More

Apa Busana Pilihan Korang Tahun Ni?

Assalamualaikum &
Salam 4 Ramadhan Semua!


Awfiya (Black & Pink)
Gambar kidnap dari Asylla Collections & Design

Hari ni dah masuk 4 Ramadhan.. Sekejap je kan? Pejam celik pejam celik dah 4 hari kita berpuasa.. Kita? Walaupun.... -_-

Okay, tak payah nak berwalau2 sangatlah bulan2 puasa ni kan.. Yang aku nak kongsikan di sini hari ni adalah mengenai pemilihan busana. Korang dah tempah baju raya belum? Biasa awal2 lagi orang dah tempah kan? Lewat2 nanti tailor dah tak terima.. Lain lah yang beli siap tu.. Hehe..

...so busana yang bagaimana jadi pilihan korang tahun ni? Aku biasa2 je.. Kurung jugaklah jadi pilihan.. Ura2nya nak berjubah sakan, tapi pikir2 balik jubah bukan aku pakai selalu pun.. Nak ke kenduri kawen ke apa, kurung jugak yang aku sarung.. Simple2 sudah.. Tak gitu..? Tapi terpulangla dengan selera & keselesaan masing2 kan..?

Oh ya! Bercakap pasal pemilihan gaya busana ni kan, sebenarnya ada maksud di sebalik setiap gaya pilihan korang tu tau? Maksud apa? Ha, nanti aku update jap lagi ye.. Nak gi basuh pinggan mangkuk pas bersahur tadi dulu.. Kekekekek..~~

Sementara menunggu tu, apa kata korang pilih dulu gaya busana bagaimana jadi pilihan korang as listed kat bawah ni.. Pilih jangan tak pilih..! Jap lagi kita reveal one by one apa maksud tersirat di sebalik gaya2 yang korang dah pilih tu..


  • Gaya feminin seperti jaket lembut berwarna baby blue atau kebiru2an.
  • Blaus renda bunga2 berona lembut.
  • Gaun berwarna pink lembut.
  • Baju warna cerah2 dengan aksesori bling2.
  • Sporty style seperti jeans dan t-shirt serta berkasut or bersandal.
  • Gaya klasik seperti baju kurung, or baju2 tradisional lain.
  • Pakaian berjenama & mahal.
  • Pakaian yang bermotif kulit haiwan or bergaris dan ber'high' heels.



....gaya yang manakah pilihan anda..? Nantikan next entri untuk mengetahui rahsia di sebaliknya... Tunggu.......~~~~^_^




WRITTEN BY : 
Read More

Sunday, 22 July 2012

Pesta Ayor Di Bulan Ramadhan.. Ish2..!


Assalamualaikum &
Selamat Berbuka Puasa Semua!


Hah. berbuka lauk apa tadi? Aku ari ni berbuka ngan familiy in law kat umah FIL.. Hajat di hati nak meronda ke Bazaar Ramadhan pas asar tu.. Tapi tetiba perut tak berapa selesa plak.. So, aku with kakak ipar & biras stay umah jer siapkan apa yang patut.. Hanya incit2 laki jer yang gi.. Puan2 bini duk umah suda.. Haha! 

Alih2 incit2 laki wat balik air mak aiii, sikitlah punya banyak..! Macam2 jenis air yang dibeli.. Dah rupa pesta air pun hado... Ada air bandung, air milo 2 bungkus, air asam boi 2 bungkus, air cincau sebungkus, air soya sebungkus, cendol 3 bungkus.. Sudahnya konyang ngan ayor je berbuka tadi..

Tu belum masuk macam2 mak nenek kuih muih segala bagai.. Ish2, tu lah namanya nafsu mata.. Lapor mata.. Semua yang ditengok nak dibelinya.. Pastu makan tak abis.. Sabo jela haku.. Tu pun ada hati lagi Mr. Chenta nak ajak aku kuar lagi skali cari kuih apa yang aku nak makan.. Nasib aku tak berselera mana nak makan.. Tak jadi keluar.. Jimat duit.. Kalau tak, membazir jer hoii makan tak abess...

So, ni lah serba sedikit lauk pauk berbuka kitorang tadi.. Selamat menjamu mata.. Kekekekek..!! ^_~


Kurma ni biasalah kan, menu wajib bulan puasa.. =)

Lauk pauk air tangan my SIL & her husband.. 

Aku jadi co-chef jer ari ni.. Tolong2 kupas bawang, blend bawang, kacau2 kuah.. Buat2 sibuk kat dapour.. Kuikuikui.. Owh, donat tu tak termasuk ye.. Tu antara kuih muih tersesat masuk kat tempat lauk pauk plak.. Ahaks! ^_~

Antara kuih muih yang disambar oleh kaum2 adam yang meronda di Bazaar petang tadi.. 


Gambar pelbagai spesies & kaler air, tak mampu den nak snap.. Dah banyak bebenor.. Hahaha! Erm, aku update ni dah lewat malam sebenarnya.. Eh, lewat malam kebende, dah awal pagi.. Kul 1.30 pagi ko.. Al-maklumler, bertolak balik dari umah FIL pun dah kat kul 12.. Harap maaf ye terlewat meng'update'..

Selamat bersahur jap lagi ye sayang2ku! Tata! ^^,




WRITTEN BY : 
Read More

Saturday, 21 July 2012

Fadhilat Tarawih#2


Assalamualaikum &
Salam Ramadhan Al-Mubarak! ^_^



Sayyidina Ali Abi Talib r.a meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Rasulullah S.A.W, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa :  


Malam Kedua :-
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya. 









WRITTEN BY : 
Read More

Ramadhan Pertama 2012!


Assalamualaikum &
Salam 1 Ramadhan Semua! ^_^

Eyp! Cane 1st day puasa? Harap takde la yang buat2 lupa buka peti ais plak.. Hehe.. Tapi memang selalu 1st day cani betul2 lupa kan? Pagi2 lagi dah buka peti ais cari jus oren.. Kuikuikui..~~

Aku tahun ni opening jer dah MC.. How come? Haiyakk.. Sabar jelah hati.. Berkobar2 la konon nak berterawih kat masjid malam tadi.. Namun apakan daya, dah dapat surat MC awal2 dari 'Big Bos'.. 

Petang ni kompem2 berderet entri pasal menu or juadah berbuka.. Kan? Kan? Kan? Awal lagi ye sayang2ku.. Rehat2 dulu.. Nanti2 baru pikir nak makan apa..

Okaylah, saja jer nak update pasal 1st day puasa tahun ni walaupun...... Ermm.. Oh ya! Puasa jangan puasa perut je ye.. Puasa mata, telinga, hidung, lidah... semualah! Extra checklist macam kat bawah ni pun jangan lupa.. ^_~





WRITTEN BY : 
Read More

Fadhilat Tarawih#1


Assalamualaikum &
Salam Ramdhan Al-Mubarak! ^_^


Sayyidina Ali Abi Talib r.a meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Rasulullah S.A.W, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa :  


Malam Pertama :-
  • Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.





WRITTEN BY : 
Read More

Friday, 20 July 2012

7 Mata Yang Dicintai ALLAH..


Assalamualaikum &
Salam Jumaat Semua! ^_^


Adakah mata anda tergolong dalam sebahagian dari mata-mata mereka yang dicintai?





WRITTEN BY : 
Read More

Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan!


Assalamualaikum &
Salam Penghulu Segala Hari Semua! ^_^

Antara ganjaran besar yang dijanjikan di bulan Ramadhan yang mulia ini :-

  • PINTU SYURGA dibuka, ditutup pintu Neraka.
"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

  •  DIAMPUNI segala dosanya yang lalu.
"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu." (HAdith riwayat An-Nasai'e)

  •  PAHALA berlipat ganda.
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman :"Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-KU dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)

  •  JAUH dari api neraka.
"Barangsiapa berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." (Hadith riwayat Al-Bukhari)


  • PERISAI dari seksaan.
"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." (HAdith riwayat Imam Ahmad)

  • Beroleh dua KEGEMBIRAAN.
"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

  • Doa sangat MUSTAJAB.
"Tiga doa yang sangat mustajab; doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Hadith riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

  •  Masuk dalam SYURGA.
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun daripada mereka memasukinya..." (Hadith riwayat Al-Bukhari)





~WALLAHU'ALAM~




WRITTEN BY : 
Read More

Jom Hapuskan Dosa!


Assalamualaikum &
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari! ^_^

Bersempena kedatangan Ramadhan yang mulia ni, apa kata kita sama2 mempertingkatkan amalan dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.. 

Antara amalan2 yang boleh kita amalkan untuk menghapuskan dosa dan mendapat keampunan dari Allah S.W.T :-

  1. Mengelokkan wudhu'.
  2. Mengerjakan solat sunat tasbih.
  3. Berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.
  4. Mengucapkan syukur (Alhamdulillah) setiap kali selepas makan dan memakai pakaian.
  5. Duduk sebentar di dalam masjid selepas solat.
  6. Berzikir selepas solat.
  7. Berjalan dari rumah menuju ke masjid dalam keadaan berwudhu'.
  8. Berzikir kepada Allah S.W.T secara bersendirian atau berkumpulan.
  9. Memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
  10. Mengerjakan solat secara berjemaah.
  11. Solat di saf hadapan.
  12. Mandi sunat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat (bagi muslimin).
  13. Membelanjakan harta ke jalan Allah S.W.T.
  14. Bersedekah dengan hati yang ikhlas.
  15. Membaca Al-Quran.


Selamat beribadah.. =)




WRITTEN BY : 
Read More

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! ^_^


Assalamualaikum &
Salam Pagi Jumaat Semua! ^_^

Alhamdulillah, esok kita semua akan mula berpuasa! Terujanya nak sambut kedatangan Ramadhan kali ni..! ^_^

Korang dah sedia belum? Sedia tak sedia wajib tunaikan jugak okey.. Jangan nak ngelat.. No! No! No! Jom tengok Top 10 Productive Ramadhan Tips kat bawah bagi menyemarakkan lagi bulan yang mulia ni.. 


Jom sama2 memperbanyakkan amal..! Salam Ramadhan & selamat berpuasa semua..! ^^,





WRITTEN BY : 
Read More

Wednesday, 18 July 2012

Wordless Wednesday#40









WRITTEN BY : 
Read More

Wordless Wednesday#39










WRITTEN BY : 
Read More

Wordless Wednesday#38











WRITTEN BY : 
Read More

Wordless Wednesday#37






WRITTEN BY : 
Read More

Wordless Wednesday#36






WRITTEN BY : 
Read More

Wordless Wednesday#35






WRITTEN BY : 
Read More

Wordless Wednesday#34







WRITTEN BY : 
Read More

Wordless Wednesday#33







WRITTEN BY : 
Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com