Blogger templates

Monday, 2 July 2012

Siapa Lagi Kuat Bekerja??

Assalamualaikum!

Hai korang! Pekabar ari ni? Sihat tak? Ada yang demam ke? Alahai, ciannya.. Minum air kosong banyak2 & jangan lupa makan ubat tau.. Okay, as for today aku nak korang tolong baca & hayati dialog kat bawah ni :-

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak Encik Zainal ke sekolah bagaimana?
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak & kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak-anak, mengemas dan juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Dari dialog antara kaunselor dengan Encik Zainal kat atas ni, korang rasa siapa yang lebih banyak bekerja?  Encik Zainal mula bekerja bermula selepas subuh hingga ke petang. Rutin harian Halimah pulak bermula seawal sebelum subuh hinggalah lewat malam. Tu pun dikatakan TIDAK BEKERJA??


*Nota Untuk Para Suami & Bakal Suami Di Luar Sana : 
Surirumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranannya sangat besar dalam sesebuah rumahtangga. Oleh itu, HARGAILAH isteri anda kerana pengorbanannya besar tidak terkira. Jangan hanya tau merungut anda penat kerana seharian bekerja, fikirkan juga penat & lelah seorang isteri yang menguruskan segala keperluan & kebajikan anda di rumah.. 



Bagaimana sesebuah persahabatan boleh terbina?




WRITTEN BY : 

4 comments:

  1. Hanya yang celik sahaja tahu apa tugas sebenar surirumah (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya.. Ramai yang celik mata, tapi tak celik hati.. Sobs! T_T

      Delete
  2. ACT , surirumah lagi banyak kerja sebab sentiasa bekerja untuk kebaikan anak dan suaminya :)

    *betul tak kak Mieza ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nurrul.. Tapi tu lah, incit suami kata cik puan bini yang duk umah ni tak banyak keje.. Tau nak merungut die jer banyak keje.. Hewhew!~~

      Delete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com