Blogger templates

Sunday, 1 July 2012

Masalah Cepat Lupa & Cara Pencegahannya!

Assalamualaikum!


Okay, sape kat sini yang ada masalah cepat lupa? Biasanya orang kaitkan masalah cepat lupa ni dengan mereka yang dah berumur je kan? Tapi jangan lupa, kita yang muda ni pun kerap mengalami masalah yang serupa. Erm, aku ni muda ke? Ahahahha! Dalam kategori muda lagi hokeh, cuma dah terkeluar dari kategori remaja.. Erks, dewasa dah aku rupanya.. Tetiba teringat lagi skolah rendah ni :

Bila aku telah dewasa,
Aku akan membalas jasa,
Ibu ayah tercinta,
Jasamu tak ku lupa,
Mendidikku hingga sempurna..
Ibu ayah tercinta,
Jasamu takku lupa,
Mendidikku hingga sempurna..

Haha! Aku ingat semua lagu2 masa aku skolah rendah dulu tau.. Korang ingat ke? Sape yang seangkatan dgn aku tu mesti tau lagu ni kan? 

Eh, dah terkeluar topik nih.. Hurm, ni pun salah satu simptom 'Cepat Lupa' gak nih.. Aigoo..~~ Okay, tinggalkan dulu lagu tu.. Kita berbalik kepada topik kita hari ni iaitu 'Masalah Cepat Lupa & Cara Pencegahannya!' Hurmm..

Biasanya selain berpunca dari pertambahan usia, aktiviti seharian yang padat pun kadang2 boleh buat tumpuan kita semakin berkurang hingga kita lupa beberapa perkara yang boleh dikatakan penting. Betul tak?

Kajian yang diterbitkan di American Journal of Epidemology menyatakan makanan yg dimakan boleh menjadi punca perubahan pembuluh  dari otak ke pusat pengingat. 

Sebenarnya utk mengatasi masalah lupa ni, ada banyak bahan makanan yang dikenal pasti bermanfaat bagi otak & salah satu daripadanya adalah kacang tanah. Ha, sape yang suka makan kacang tanah tu untunglah.. ^^,

Untuk pengetahuan korang, kacang tanah atau juga dikenali sebagai Arachis Hypogaea L ni merupakan tanaman perdu yang banyak menyumbangkan tenaga positif untuk daya ingatan. Kacang tanah kaya dengan Vitamin E yang amat diperlukan untuk meningkatkan ketajaman daya ingatan. Bukan tu jer, kacang tanah juga mengandungi Magnesium, Folat, tembaga, arginin dan serat.

So, kalau korang taknak daya ingatan korang merosot rajin2lah makan kacang tanah ni. Kalau tak suka makan yang dah siap peket tu korang boleh beli kat mana2 yang ada jual kacang tanah ni, then balik rumah korang rebuslah. Tak pun buang kulit dia pastu goreng or panggang. Sedap wooo! ^o^



Ha, dah dapat TIPS tu janganlah buat2 LUPA plak untuk tolong aku 


WRITTEN BY : 

10 comments:

  1. CP pelupe , tai makanan paling baik tuh bukan ker kismis dan kurma ?? hehehe

    masalah lupa nih jugak boleh berpunca dari sikap kita yang pandangan kiter fikiran kiter yang suka berfikir perkara2 yang kotor , :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurma & kismis adalah yang terbaik.. Ni antara alternatif bagi mereka yang tak suka benda2 manis macam kismis & kurma... ;)

      Delete
  2. owhh..biasa la kacang2 ni memang banyak kelebihannya...tp McD jua yang dicari..hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. Benda2 yang menyihatkan memang selalu kurang jadi perhatian.. Yang tak sehat tu jugaklah yang sedap ye dak? Hakhak! ^o^

      Delete
  3. hmm. interesting. didn't know peanuts can help with memory ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same here.. I only knew about this when reading an articles about it.. Thinking maybe it would be nice & bring some good info for others.. ;)

      Delete
  4. Kacang pun boleh jadi penguat memory ehh ? Nurrul baru tahu..
    selalunya owg cakap kismis or kurma tak pun badam :)

    ReplyDelete
  5. Akak pun baru tau.. Kekeke.. Selalunya orang kata makan kacang boleh buat jerawat.. Macam2.. :)

    ReplyDelete
  6. Kcng juga x leh d mkn leh pskit gout..

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com