Mengimbau Memori Persahabatan Yang Tak Pernah Hilang..

by - 9:20:00 am

Assalamualaikum! ^_^


Tetiba teringat zaman matrik dedoulu.. Aku ngan kazen duk matrik lain2.. Aku nun di ulu banat kat Kedah, kazen aku plak kat Melaka. So, ada satu hari tu kitorang main tukar2 no. fon dak2 laki praktikum kitorang, then miscall2.. Haha!

Budak2, jiwe tengah gedik lagi masa tu.. Siap dia boleh ter'couple' plak ngan budak praktikum aku nih.. Tapi aku?? Harem kena sembur ngan dak laki praktikum yg dia bagi no fon tu.. Cis!

Nak dijadikan citer, masa aku dah masuk sem II kat U tetibe plak dak laki tu kol.. Aku mmg tak pernah delete mana2 no. dari phone aku tu.. Tapi sumpah aku takde kaco2 die dah pas kena sembur time matrik dulu.. Tp x sangka plak dia still simpan no. aku tu.. Giler menggelabah masa tu kot.. Dahla tengah2 malam, org tgh sibuk study, aku mase tu tgh bz wat esaimen sambil layan lagu Kiroro.. Tp angkat gakla phone dgn terketar2.. Takot siot, manela tau disemburnya aku lagi skali wlupun dah lama aku tak ganggu gugat kehidupan dia..

Sekali elok plak dia berlembut cakap ngan aku, siap leh tanya nama aku yang selama ni dia tak pernah hingin nak tau pun & tanya kenapa kaco dia time matrik dulu.. Hullamak! Ingat lagi tuu.. Siyes mase tu aku dah tak terkata apa.. Taktau nak cakap apa.. Kang bagitau perkara sebenar takut dihamburnya plak kazen aku nih sebab bagi no. dia kat aku untuk dikaco.. Huhu..-_-

But, at last aku bgtau jgk citer sebenar & tgu jelah dia meletup lagi skali.. Hewhew!

Tapi apa yang aku takut sangat tu rupanya tak terjadi.. Dia boleh layan plak lagu Kiroro yang tengah terpasang di laptop aku masa tu.. Last2 kitorang nyanyi lagu tu sesama.. Sengal giler.. Lama kot kitorang bergayut.. Dari 12 malam sampai 6 pagi.. Tak tdo aku woii dek kerana melayan celoteh si mamat 'Onam' nih.. Aku gelarkan dia 'Onam'.. Nama sebenar dirahsiakan ye..

Dalam seminggu tu tiap2 malam dia kol aku & kitorang akan bersembang tiap2 malam tu sampai 5,6 pagi.. Bayangkan betapa banyaknya gelombang radioaktif yang dah terserap masuk ke dalam badan kitorang nih & betapa tak sihatnya situasi sebegitu.. Haih~~~ T_T

Tapi tak lama lepas tu, ntah cemana terlost contact.. Aku rasa dia merajuk sebab aku tak nak jumpa dia.. Yelah kitorang asal matrik lain2, U pun lain2.. Aku kat Sabah dia kat Johor. Giler kan? Tak pernah jumpa, tak pernah kenal muka, tapi boleh bersembang bagai nak rak berjam2 mcm dah kenal lama..

Kitorang terlost contact bila ada satu sem break tu, aku nak balikla semenanjung.. Biasa akan amik flight direct dari Sabah ke KL then transit ke airport Terengganu. Tapi masa tu dek kerana dia nak sangat kenal aku ni in person, so dia suh turun kat airport Senai & dia dgn sukarelanya nak dtg jemput aku & sponsor tiket bas aku balik Terengganu.. Aku cakp kat dia, "Nantilah aku pk dulu.." Oh ya, kitorang ber'aku'-'ko' je ea.. Takde jiwe2 feeling2 mana pun.. Tapi mungkin rasa serasi & sekepala, that's why kitorang boleh kamcing wlupun tak pernah kenal.. 

Ok, back to the story.. Last2 aku amik flight cam biasa turun KL.. Then aku mesej kat dia to say sorry coz tak dapat jumpe.. Maybe next time kononnya.. Padahal aku sebenarnya tak berani nak jumpa dia coz siyes kitorang tak pernah kenal then tetibe nak jumpa camtu.. Risau gak kan.. I know, maybe aku terlalu pk kan benda2 yang tak baik, ntah2 si member tu betul2 ikhlas nak kenal aku & takde niat buruk pun.. Hewhew..~~ -_-#


Since then, dia macam cuba mengelak dari reply mesej2 aku & dah tak kol lagi dah.. Maybe sebab kecik ati ke ape tak taulah.. So, the friendship ENDED just like that.. Lepas tu no contact2 lagi.. Dengar khabarnya dia dah couple balik ngan exgirl dia.. Aku pun tumpang happy for him.. ^^,

I hope dia dah kawen as I am & I wish dia berbahagia sampai ke syurga dgn pasangan.. Klulah dia terbaca karangan aku nih, I just wanna say You Are Always Be My Bestfriend Forever! No offend, no hard feeling anymore k..! Peace..! ^_~





You May Also Like

6 Shaklee Lovers Visit

  1. hehehe...sy sengih sorg2 kot baca cerita ni..best kan sesekali teringat balik kenangan dulu2..macam2 benda jadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Kalau nak citer bab kenangan manis, pahit, masam, masin semua nih memang tak cukup la page blog nih.. Silap2 boleh buat novel.. Hiks! ;)

      Delete
  2. ish , CP tak dapat describe , perasaan mis miza ni , adew macam sedih siket , adew macam pasrah siket , hehehehe ~ mane satu nih ... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Takdela.. Just remembering the memory.. Ramai dah kawan2 yang dah ter'lost' contact.. So, ada rasa terkilan sikitla.. =)

      Delete
  3. wawahh , hehe..best kan kadang2.. alah biasa lah buat kerja camnie.. just untuk suka-suka n tambah kawan.. :)

    *mesti sedih sebab lost contact kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu budak2 lagi.. Keja tau nak main & kenakan orang jer.. Kehkehkeh! ;p

      Delete