Personaliti Di Sebalik Gaya Busana Pilihanmu..

by - 10:30:00 am

Assalamualaikum &
Salam 4 Ramadhan Ladies! ^_^

Hai, ladies je? Gentlemen nya mana? Sebab apa aku greet ladies je? Haha..! Sebab tadi pagi awal2 dah janji nak berkongsi pasal maksud yang tersirat di sebalik pemilihan gaya busana cik2 puan ni.. So, gentlemen no offend k..? Nanti aku wat entri khas untuk u all pulok.. Boleh gitu..?

Okay, tak payah nak mukaddimah pepanjang sangatlah ye.. Perit tekak nak membebel bulan2 pose nih.. Sebenarnya orang lelaki pon boleh baca ni.. Mana tau, boleh bantu korang kenali personaliti wanita gadis pujaan hati.. Jom kita go straight to the point..!

Penampilan yang menarik tidak semestinya bersandarkan kepada gaya solekan semata-mata, sebaliknya ia boleh terserlah melalui gaya pemakaian busana. Malah, busana yang dipilih andai sesuai dikenakan, pasti mengundang mata memandang tak kurang juga mulut yang memuji..

....ia juga akan menambahkan keyakinan dalam diri seseorang. Pun begitu, masih ada sesetengah wanita yang tertanya2 bagaimana cara mudah untuk mengaplikasikan gaya mereka sendiri. Apakah hanya bersandarkan minat, selesa, trend terkini dan sebagainya?

Jom aku dedahkan jenis-jenis gaya yang mungkin sesuai dengan personaliti korang..! ^^,


  • Romantis
Soft Pink Wedding Dress 
*Image Credit To Google*

Romantis adalah wanita yang mempunyai kebiasaan yang sangat feminin. Golongan ini selesa tampil dengan pakaian yang sederhana namun cantik dan feminin selain fokus utama lebih ke arah menonjolkan kecantikannya.

Kebiasaannya, wanita ini gemar dengan busana bermotif, jaket lembut, blaus renda, gaun dan sebagainya. Pilihan warnanya akan cenderung lebih lembut seperti merah jambu, langit baru, hijau atau kebiru-biruan. Untuk kasut pula, mereka selesa memilih jenis bertumit tinggi berbanding jenis sandal.


  • Diva

*Image Credit To Google*

Gaya diva adalah wanita yang ingin tampil menjadi sorotan di hadapan semua orang. Walaupun mungkin tidak memiliki wajah yang menarik, namun mata yang memandang pasti akan tertarik kerana cara wanita tersebut yang bijak mengekspresikan gayanya & memancarkan keyakinan serta daya tarikan.

Kebiasaannya, busana dengan rona cerah menjadi pilihan selain rekaan yang ceria dengan banyak gemerlapan & aksesori yang mempesona. Nama pun ingin menonjol, haruslah pilih aksesori yang bling2! ^^,


  • Aktif

*Image Credit To Google*

Pencinta alam terbuka adalah wanita yang tampil dengan karakter yang ramah yang sesuai dengan penampilan mereka. Wanita kategori ini sememangnya sangat aktif, riang & bukan seorang yang malas!

Jenis busana yang menjadi pilihan pastinya yang sporty seperti jean atau cenderung menggunakan baju dengan gaya klasik, kasut atau sandal. Selain itu, mereka juga kurang gemar dengan aksesori memandangkan wanita ini kurang gemar berdandan. Sebaliknya, mereka lebih selesa dengan gaya sederhana asalkan mudah & selesa tatkala dikenakan.


  • Tradisional

*Image Credit To Google*
Pssst! Cantik kan Heliza ni.? Suka sangat tengok dia.. ^_^

Tradisional adalah wanita yang mempunyai gaya klasik & sesuatu yang sangat tradisional & konservatif. Wanita sebegini dapat mengekspresikan gayanya dengan praktis & fungsional. *Ape kebende nih? Aku pun taktau, copy paste jer ayat nih.. Tak reti nak elaborate.. Kekekeke.. 

Untuk mengenali wanita jenis tradisional ni mudah saja. Lihat dari segi pakaian mereka yang bertemakan klasik, gaya sangat konservatif & tidak mempunyai banyak variasi warna. Bagi mereka, itu bukan sesuatu yang penting!  So, kepada yang suka bermain dengan colour block tu, u all bukan jenis yang tradisional ye.. Hehe..


  •      Pintar dan Berwibawa

*Image Credit To Google*

Wanita dalam kategori ini amat menghargai busana kerana bagi mereka ia adalah lambang status. Wanita sebegini akan selalu kelihatan sempurna tanpa ada cacat mulai dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki.

Selain itu, mereka juga tidak kisah melaburkan ribuan ringgit hanya untuk pakaian & rawatan kerana bagi mereka kedua2nya paling penting dalam gaya hidup mereka. Tidak hairanlah jika dibuka almari pakaian mereka, pasti kelihatan busana dari jenama yang mahal & rekaan eksklusif dari pereka terkenal memandangkan wanita jenis ini amat mementingkan kualiti untuk bergaya.


  • Si Penggoda

*Image Credit To Google*

Wanita ini suka tampil dengan gaya yang seksi & kelihatan cukup menggoda. Dia memancarkan sensualiti & tidak memilih busana yang akan dipakai. Mereka lebih gemar baju dengan rekaan bergaris atau bermotif kulit haiwan. Mereka juga selalunya tampil dengan kasut bertumit tinggi malah dilihat seksi.


Jadi anda dalam kategori wanita yang mana..? ^_~


WRITTEN BY : 

You May Also Like

16 Shaklee Lovers Visit

  1. deqla kategori romantis kot... hahaha... prasantan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uuuu.. Romantis gitu.. Kira Deqla ni jenis yang suka gaya2 feminin la kan? =)

      Delete
  2. aduhh. Ety yg mana ni ? rasa macam campur2 pulak. hihihihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooops! Kalau cenggitu, kira 1 wanita pelbagai kategorilah Ety ni.. Hehe..

      Delete
  3. tradisional.hikhik

    nampak sgt sopan dan cantik ^^

    ReplyDelete
  4. gaya pengemis tak der ke?? huhuhu saya selalu bergaya mcm tuh huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh? Gaya pengemis? Achaner pulak tu dear..?

      Delete
  5. Replies
    1. Yeah! MM pon lebih kurang dalam kategori aktif! Hehehe.. ;)

      Delete
  6. eyqa suke simple mimple..
    x yah serabut pale
    hehehehe

    ReplyDelete
  7. betul tu..tradisional je kut sesuai dgn kita.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? MM prefer sporty & tradisional.. =)

      Delete
  8. Aku suka si penggoda..kekekekekke

    ReplyDelete