Blogger templates

Friday, 31 August 2012

Dear Readers..


Salam Merdeka..




Dear readers, aku akan menyepi buat beberapa ketika atas urusan rasmi keluarga. Ceh, macam gempaq sangat plak bunyinya.. Ahaks!


This week until next week aku akan busy dengan kenduri kawen sepupu belah husband. So, mungkin aku akan jarang online, update blog & blogwalk ke blog2 korang.. Harap semua faham la ye..


Btw, insyaAllah lepas semua selesai i'll be back in action! Seyh, boleh gitu..?? Oklah, mata dah rabak tak cukup tido.. Nak rehatkan mata jap (*dalam bahasa kasarnya membuta.. Ngahaha!) 10 minit only ma! Jap lagi kang after Jumaat nak gerak ke majlis nikah dah..


Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-55..! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!! =)


Sampai jumpa lagi..  Daaaah! ^__~




WRITTEN BY : 
Read More

Tuesday, 28 August 2012

SnowWorld Di Malaysia!


Hey peeps! ^__^


Teringin nak main salji? Tak payah pegi jauh2 sampai ke luar negara dah. Kat Malaysia pon boleh main salji. Boleh feeling2 musim sejuk macam di oversea. Jimat duit. Hehe..




Kat mana nak pegi? Selain dari rumah 4 musim yang ada kat Shah Alam nun, skang korang dah boleh bersejuk2 main salji di SnowWorld di First World Plaza! Dekat kan? Naik kereta pun boleh sampai.. Kalau nak tau, SnowWorld ni baru lagi tau. Ianya menjadi antara daya tarikan terbaru di Malaysia.


Terdapat beberapa tarikan utama yang ada di SnowWorld ni. Kat sini korang boleh merasai sendiri pengalaman musim sejuk sebenar dengan berkonsepkan Winter Downtown & World Heritage. Wah! Best kan?


Sambil2 berjalan dalam SnowWorld ni, korang bolehla usha2 deretan kedai ala2 heritage yang disediakan seperti English Tea Shop, French Bakery, dan Italian Pizzeria. Tengok, dalam satu tempat korang boleh merasai pengalaman berada di beberapa buah negara berbeza.. Best kan? ^^,




Di sana jugak ada disediakan LED Light Animation Scheme untuk memberikan pengalaman berbeza untuk  kepuasan para pengunjung. Sambil2 korang berjalan dalam dunia penuh salji ni, korang akan dihidangkan dengan pemandangan menarik dengan skim pencahayaannya yang unik di mana suasana di dalam SnowWorld ni akan bertukar secara perlahan2 dari pemandangan waktu siang yang menceriakan ke pemandangan waktu malam yang penuh magik! Pasti mengagumkan..! 




Ada banyak spot2 & sudut2 menarik yang disediakan untuk para pengunjung. Korang boleh snap2 gambar dengan gembiranya di SnowWorld ni. Lepas tu bolehla tayang kat kawan2. Mesti dorang jellessss... Ahaks! Ooops! Niat menyimpang di situ.. Ngeeeee..~~~




Antara lain yang menarik, ada juga disediakan Warm House untuk kita berehat & memanaskan badan. Almaklumlah, orang Malaysia ni kan tak biasa dengan musim2 sejuk bagai nih.. Mana tahan sejuk2 melampau lelama. Suhu -6°C kot.. Tahan ke? Ha, jangan risau.. Kalau agak2 dah beku kebas abis dah kaki tangan tu bolehla berhenti rehat panaskan badan dalam Warm House ni. ^_^




Ice Sculpture, Play Slide, Cresta Run Slide, Snowball Time pun hado. Apo tu? Ha, ni part yang paling best.. Aku suka! Haha! Tengah korang duk sibuk bermain salji tu nanti jangan terkesima plak dengan ukiran2 ais kat dalam tu.. Memang korang akan kagum abis.. 


Nak lagi adventure? Cubalah naik Play Slide & Cresta Run Slide plak.. Maunya putus nyawa sesaat.. Hakhak! Dah puas penin2 ngan Cresta Run Slide tadi, apa kata kita main perang bola salji plak. Barulah rock! Weeeeehuuuu! Best3! ^__^


Jom tengok harga tiket!




Kepada sesiapa yang berniat nak bawak anak2 or family bercuti sambil berhibur tu sangatlah disarankan ke SnowWorld di First World Plaza ni. Pasti tak menghampakan. Harga tiket pun berpatutan. 


Aku tak pergi lagi tau. Tapi dah dengar macam2 yang best kat SnowWorld ni mesti nak kena pegi jugak nih. Erm, cane nak bodek incit suami ekk??






WRITTEN BY : 
Read More

Monday, 27 August 2012

VENUS, Kucing Dua Wajah..


Hai korang! 


Tadi duk tinjau2 FB terjumpa pasal si Venus ni..

Mula2 tengok gambar terus fikir, "Ah, photoshop ar tu.." Tapi bila jumpa video ni, hati terdetik.."Subhanallah, indahnya ciptaan Yang Maha Esa.."..


Muka dua warna, mata pun dua warna.. 
Semuanya bukti kekuasaan Allah..
Agungnya ciptaanMU..




WRITTEN BY : 
Read More

Saturday, 25 August 2012

My Fashion and Beauty Inspiration


Assalamualaikum & Good Day All! ^__^


Hari ni aku nak berkongsi serba sedikit tentang inspirasi aku dalam berfesyen & dalam memelihara kecantikan. Sebagai seorang wanita, aku rasa semua orang pun suka cantik-cantik kan? Samalah macam aku.

Dalam dunia fesyen, design & rekaan pakaian sentuhan seorang pereka fesyen muda menjadi inspirasi aku iaitu Hatta Dolmat.

Photo
Hatta Dolmat

Bagi aku, rekaan pakaian sentuhan Hatta ni sangat fresh & trendy. Bila tengok artis-artis menggayakan pakaian-pakaian rekaan Hatta ni, nampak sangat anggun & gorgeous! Antara pakaian rekaan Hatta yang menjadi kegemaran aku adalah dress nikah Irma Hasmie yang diilhamkan dari kisah agung Puteri Balqis. 

Sentuhan yang sangat fresh dari Hatta.Very awesome & so sophisticated! 

Dress ni diperincikan dengan taburan berlian yang sarat & tampak mewah. Ia menggambarkan pemakaian seorang wanita muslimah yang anggun & sopan. 


Terbaru yang menjadi favourite aku adalah dari koleksi Hatta Dolmat yang diberi nama 'RAYA: LA DOLCE VON TEESE PRET-A PORTER 2012' yang menampilkan ciri-ciri moden. Kali ni Hatta mengetengahkan polkadot pattern yang menjadi kegilaan aku. Sangat-sangat sweet & gorgeous untuk digayakan di Aidilfitri. Antara yang menjadi inspirasi aku adalah :

Polka Ruffle White


Polkadelic Pink Peach


Russian Red Satin with detail on shoulder sequin waist band.



Dalam menjaga penampilan & kecantikan diri pula, aku selalu rujuk pada dua majalah kegemaran aku iaitu RAPI & MINGGUAN WANITA. Banyak info-info berguna yang disediakan terutamanya dari segi  kesihatan & kecantikan. Ia juga banyak membantu aku mengenalpasti & mengatasi masalah-masalah dalaman & kecantikan wanita. Selain dari itu, ia juga banyak menyediakan tip-tip menarik untuk diamalkan bersama.

   
Majalah RAPI 


Majalah Mingguan Wanita


Jadi itulah dia sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan. 3 inspirasi aku dalam berfesyen dan menjaga penampilan serta kecantikan. HATTA DOLMAT, majalah RAPI dan MINGGUAN WANITA. Korang pula bagaimana..? ^_^ 





WRITTEN BY : 
Read More

Friday, 17 August 2012

New CROCS Hadiah Dari Si Dia! ^_^


Assalamualaikum Korang! ^____^


Nampak betapa lebarnya senyuman dahku saat ini..? ^_______^ See? Senyum lagi tuu.. Hiks! Haruslah senyuman lebar sampai ke telinga. Dapat hadiah dari hubby semalam.. Sangat2 happy ko haku hari ni. Dapat hadiah apa? Meh aku tayang..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaa...!!!!
New CROCS Shoe From Mr. Chenta! ^_____^ 
Saiz 5 only coz my kaki memang sangat kecik comey.. Lalalalala~~ 

Inilah dia my new favourite shoe! Crocs tetap menjadi pilihan.. Sebab? Sangat selesa di kaki. Pakai dengan apa or gi memana pon sesuai. Dengan jeans & t-shirt pon boleh, dengan skirt or dress pun masuk, dengan baju kurung pon okay! That's why la aku pilih Crocs..

Flat & Comfort Menjadi Pilihan..

Walaupun harga dia boleh buat parkinson, tapi pejam mata jelah hubby hulur duit demi keselesaan kaki cik puan bini. Lagi satu, kasut2 Crocs ni tahan lasak. Maklumlah, aku ni boleh tahan lasak gak orangnya. Nampak jer ayu cenggini. Korang tak nampak lagi kalau aku ni terlebih gula. Bukan takat parkinson, silap2 kena strok pulok demo. Sape nak jawab?

Now dah ada new favourite shoe.. Tak meroyan lagi dah. Hehe.. Will take care of it sebaik2nya.. Terima kasih Mr. Chenta! Sayang kamoo ketat2..! Bolehla pakai wat raya..! ^__^



MESTI KLIK kalau nak raya..! ^^,





WRITTEN BY : 
Read More

Jeep Pengganti Crocs Yang Hilang


Assalamualaikum warga blogger semua! ^__^


Korang tau kan, sebelum ni aku ada sepasang kasut Crocs yang aku sangat suka pakai ke mana saja aku pergi. Keluar jalan2 aku pakai, buat basahan harian pon aku belasah kasut tu juga, balik kampung pon aku sarung kasut tu jugak, pergi fieldwork redah semak, panjat bukit bagai pun aku belasah pakai kasut tu jugak.. Nampak tak betapa serasinyer diriku dengan Crocs..

Malangnya, disebabkan INSIDEN KAT SINI lah aku kehilangannya buat selama2nya. So stressful ko haku time tu. Kasut favourite kot weyh! Mahal plak tu.. Mau tak sedih? Berbulan aku meroyan hoi..! -..-

My Jeep Flat Shoe

Selepas kejadian tu, kasut Jeep ni lah yang aku redah pakai sampai hancur. *Kasut hantaran kawen ni tau..Heee..* Disebabkan kaki aku ni tak berapa betah nak pakai heels bagai, maka aku pilih flat shoe jer untuk hantaran coz kompem aku tak pakai heels2 ni nanti coz tumit aku memang tak tahan kasut2 tumit tinggi. Kalau boleh pon hanya dari jenis2 wedges jer.. Tu pun tak boleh pakai lelama jugak.. Manja kan kaki i..

....wlaupun kasut ni flat, tapi dia tak comfit cam Crocs coz dia punya tapak sangat nipis. Aku pakai kejap jer tumit dah start sakit. Nyesal plak pilih kasut ni dulu.. Tapi apakan daya, nasik sudah menjadi tapai.. Eh!

Rabak di sana sini dek kelasakan ku yang tiada tolok bandingnya..

See the red circle? Nampak kan betapa lasaknya aku..? Lebur kasut woi.. Belum lagi ko tengok kat bahagian depan. Rabak habis.. Nanges tengok. Yela, walaupon bukan kasut favourite tapi kasut ni tinggi sentimental value dia. Hantaran kawen kot. Mana tak sentimental. 

....maka untuk mengekalkan nilai2 kesentimentalan itu, Mr. Chenta gantikan dengan kasut baru! Hoyeay2! Sudah tentulah akan jadi my new favourite shoe nanti. Nak tengok? Tunggu next entri k.. Till then, chiow! ^_~





WRITTEN BY : 
Read More

Review Kad Raya Dari Rakan Blogger!


Assalamualaikum! ^_^


Hari tu aku ada janji nak review kad raya from 2 orang rakan blogger ni kan? Memakan masa 2 hari tu nak up pasal ni jer. Huhu.. Biasalah bila penyakit 'M' melanda, maka simptom2 'L' pon join ler sekaki.. 

....but no worries, penyakit & simptom itu berjaya aku atasi selepas 2 hari... Ngahaha! Okeyla, dah tengok pic kat atas tu kan? Inilah dia 2 orang rakan blogger yang baik hati bagi aku kad raya tahun ni. Special thanks to both of them! Jom tengok..! ^__^


 The 1st one is from :-
Shida dari blog DUNIA SEBENAR SHIDA
v
v
v
Aku dapat kad ni sebagai tanda penghargaan on my sponsorship dalam GA anjuran Shida dulu. Tak sangka plak ada special gift cani.. Limited Edition lagi u.. Kellassss kau Shida..! ^_~



Yang ni plak dari :-
Syazwana dari blog SYAZWANA JAMAL
v
v
v
Kemas ko tulisan dia.. Syazwana bagi kad ni katanya saja2 sebagai tanda kenalan rakan blogger. So baik hati kan uolls? Aku jugaklah yang harem tak balas satu hape pon.. HewHew.. -_-#

Sempat create E-CARD RAYA ni je untuk korang sume.. Harap korang terimalah seadanya ea.. InsyaAllah next year I'll try my best untuk hantar kad raya kat semua pembaca setia blog ZPC ni k! Tu pun kalau panjang umurlah. Huhu.. So, kalau nak rajin2lah jenguk blog ni. Ahaks! Menyempat ajer promot2 bagai.. ;p


Btw, thanks to Shida & Syazwana for ur cards! 
Really appreciate it.. ^____^



Jom Jenguk Sesaat!






Psst! Quality pic kali ni cam kureng plak kan? Nape ek? Adakah skill photographing aku sudah semakin hilang..?

WRITTEN BY : 
Read More

Wednesday, 15 August 2012

Nak Update Tapi....


Assalamualaikum! ^_^

Semalam dapat kad raya lagi.. Dari sorang lagi rakan blogger. Terima kasih ye yunk! ^_^

....memang berniat nak update pasal kad2 raya tu tapi berat betul plak tangan ni nak snap gambar.. Penyakit M datang lagi. Haih..~~

Takpe2, nanti memalam sikit kalau mood ada ok sikit nanti kang aku review ye. Sementara tu cer bagi cadangan sikit apa menu berbuka untuk petang ni? 

Blank plak pale otak ari nih. Taktau nak masak apa.. -_-








WRITTEN BY : 
Read More

Tuesday, 14 August 2012

E-Card Raya Untuk Kamu! ^__^


Assalamualaikum!

Tinggal lagi lebih kurang 5 hari kita semua akan menyambut kedatangan Aidilfitri.. Di kesempatan ni, sempat aku create e-kad raya ni atas bantuan PROTON khas untuk korang semua! Nak hantar kad macam dah tak sempat. So, here's my e-card especially for all my silent hunters! 


Selamat Menyambut Aidilfiti yang bakal menjelang lagi beberapa hari..
Ingat, jangan membazir! ^_~


CLICK HERE to watch the Video! ^_^



Kalau korang teringin nak create e-kad raya berbentuk video macam ni, korang boleh mintak tolong Proton Sepanjang Raya

Mudah jer.. 
Klik3! Siap! Dah boleh hantar kat kawan2.. ^__^





WRITTEN BY : 
Read More

Beberapa Kesalahan Berhari Raya


Assalamualaikum..

Klik Untuk Tumbesaran





WRITTEN BY : 
Read More

Sunday, 12 August 2012

Kad Raya Maya Dari Miss Z! ^^,



Tadaa! Dapat kad raya maya dari blogger Miss Z.. Untuk pengetahuan korang, aku ada join satu GA dari blog Miss Z ni.. Nama GA dia, "Giveaway : Saya Nak Kad Raya". Kena berpantun2 lagi kau.. Aku main hentam jer pantun tu. Hilang skill ar nak reka pantun ni. Dulu masa zaman skolah memang jaguh ar. Tapi dah tua2 ni makin tumpul plak skill berpuisi aku.. Huhu..

....tapi yang aku nak cerita ni bukanlah sebab aku menang ke apa. Tak menang pon. Haha! Korang baca pantun aku pun  boleh tergelak, apetah lagi nak menang weyh.. Akakakaka! ^o^

Walaubagaimanapun, cik penganjur kita ni masih berbaik hati bagi aku kad raya maya ni. Terima kasih sangat2 ye Miss Z! Nanti kalau ada GA lagi jangan lupa jerit kat kite.. Hehe..

....oh ya! hip2-horey.blogspot.com ni ruangan blog khas untuk aku join2 contest & GA cani jer.. So, takdela semak sangat blog personal aku ni ngan longgokan contest yang aku join.. Eheh.. ;p





WRITTEN BY : 
Read More

TIP Sihat Yang Ringkas

Assalamualaikum! ^_^

Aku ada terbaca beberapa tip untuk sihat ni. Ringkas sangat. Rasanya elok jugak aku kongsikan dengan semua.. Jom baca! ^^,


  • Bawang Putih : Bagi sesiapa yang belum tahu, bawang putih adalah ibu kepada semua penawar. Penyelidik dari Liverpool mendapati bahawa 5 ml ekstrak bawang putih mampu merendahkan tahap penyakit yang disebabkan oleh bahan kimia sehingga 48%.




  • Gandum : Pastikan menu harian anda turut mengandungi khasiat tinggi bijirin. Makanlah produk gandum penuh. Ambil sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu. Tindakan ini mampu merendahkan risiko anda mendapat kenser sehingga 40%.




  • Ikan : Jangan lupa makan ikan. Ianya sangat disyorkan untuk hidup sihat. Kajian telah mendapati bahawa mereka yang kerap makan ikan kurang mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang jarang mengambilnya.




  • Teh : Cubalah juga teh! Teh sememangnya bagus. Kesan perlindunga dalam teh diakui berkesan untuk mengurangkan risiko poenyakit serangan jantung.




  • Kulit : Jagalah kulit anda. Sentiasa pakai losyen tabir suria terutama ketika anda ingin berjemur di bawah terik matahari.


Harap dapat berkongsi sedikit tip yang berguna ni. ^^,




WRITTEN BY : 
Read More

Jangan Jadi Mangsa Fashion..

Assalamualaikum! ^_^


Raya dah nak dekat. Mesti ramai yang dah tak sabar nak menyambut ketibaan Aidilfitri kali ni kan? Tak kurang juga bagi mereka yang dah siap dengan koleksi baju raya & tudung raya yang bermacam2 fesyen sekarang ni.

....berfesyen tak menjadi kesalahan, asal menepati kehendak syarak. Dan yang paling penting jangan sampai jadi mangsa fesyen. Apa pun, bersederhanalah tak kira dari segi pemakaian, perbelanjaan, pemakanan, mahupun persiapan2 lain.

Semoga kedatangan Syawal kali ni membawa 1000 rahmat & kegembiraan buat semua! ^^,





WRITTEN BY : 
Read More

I'm Back! ^_^

Assalamualaikum & 
Salam 23 Ramadhan Silent Hunters! ^_^
Hai korang! Apa khabar? Harap semuanya sihat2 belaka hendaknya.. Uiseh, macam nak mengarang surat cinta plak.. Heheh.. Maklumla lama bercuti, skill menulis pun dah hilang.

Ada yang rindu aku tak? Haha.. Poyos jugak soalan aku nih.. Lama kot aku menyepi, takkan la sorang pon takde yang nak merindu..? Huhu.. 

Aku rindu sangat dengan korang semua. Rindu nak kongsi cerita dengan semua silent hunters aku nih, rindu nak blogwalk ke blog2 korang, rindu nak komen2 kat entri korang, rindu nak tenung2 blog2 korang yang semuanya ohsem2 tu..

Sungguh! Aku rindu.. 

Pergh! Ayat aku..! Ada unsur2 sastera di situ.. Sebenarnya risau pon ada. Risau kalau2 korang semua cabut lari & tinggalkan blog capuk aku nih.. Wuuuu..~~ T_T

Okeylah, sebelum aku mula melalut ke laut, baiklah kiranya aku berhenti di sini dulu. Sajalah kasi warm up sikit.. Lama tu tak up story.. Mana boleh up skali harung. Maunya berpuluh2 page plak karang entri aku nih.. Ni pun aku rasa dah masuk kategori berjela.. Baiklah, adios! ^o^

Oh ya! Kepada semua peserta2 baru "SEGMEN : Misz Mieza Nak Promot Blog Anda!" tu, stay tune ye! Update senarai peserta menyusul selepas ini.. ^^, 




WRITTEN BY : 
Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com