Blogger templates

Thursday, 27 September 2012

Jangan Terlalu Bergantung Pada Orang Lain..



Found this quote on FB.. Thinking it would be nice to share with my silent hunters! Don't you think so? ^_^ 





WRITTEN BY : 
Read More

Wednesday, 26 September 2012

Cerita Ceriti Zaman Muda2 - PART 1


WARNING! 
Sape Yang Tak Sedia Jangan Baca Entri Nih!!!



Tadi masa sibuk bw sana sini tak ketahuan hala, tetiba terbaca satu entri dari sorang rakan blogger ni.. Bila baca entri dia, teringat pulak zaman2 sewaktu aku bergelar student dulu.. 

Sebelum aku mula bercerita aku nak warning awal2, entri kali ni mungkin akan panjang berjela sampai nun ke negeri Cina.. Dan mungkin ada pengisian yang tak berfaedah untuk korang baca.. *Memang tak berfaedah pon*.. Sekadar perkongsian kisah hidup aku untuk diabadikan kat  sini untuk tatapan masa hadapan.. Mana tau, nanti anak2 cucu cicit aku boleh baca kan? Baru dorang tau yang moyang dorang ni dulu legend.. *Cis, hantuk pale atas meja -..-* 


So, sesape yang takde persediaan dari segi mental, fizikal & emosi tu sila jangan teruskan.. Tiada paksaan di sini. Dengan itu marilah kita mulakan.. Sebelum tu tempek gambar dulu seketul..


Sebahagian dari budak2 praktikum aku.. Aku rasa ada yang takde dalam gambar ni..
Psst! Dalam ni ada best friend & manager aku.. Kalau korang terer cubalah teka.. & kalau korang bijak bistari jugak carilah aku kat mana! Muehehehe!


Aku masa zaman student dulu agak glamer jugaklah. *Ceh, mintak puji sungguh ayat ini.. Sila muntah laju2..* Sorilah ye, aku dah pesan awal2 kalau tak bersedia nak baca jangan teruskan. Nanti korang muntah. Tapi korang degil nak baca jugak2.. Nah, amik baldi satu sorang tadah depan muka kalau nak sambung baca..


Bermula dari kolej matrikulasi, aku memang sangat aktif dengan aktiviti kebudayaan. Ntah cemana boleh terlibat aku pun tak tau. Haha! So, apa2 jer aktiviti terutama yang melibatkan stage performance aku join. Kalau aku tak join pon, dorang akan cari. So, nak tak nak kenalah aku join. *Humpf.. sangat tak boleh blah alasan ini..*


Bermula dengan join pertandingan karaoke secara suka suki untuk cari wakil for our college for KAKOM, sampailah pertandingan karaoke suka jiwa join masa sambutan aidilfitri. Semuanya aku menang. Masa nak cari wakil untuk KAKOM tu aku dapat no. 2 jer.. Lagi pun aku taknak pun, sebab aku nak join persembahan tarian.. Kahkahkah! Nama pun suka2 kan? Eh, korang tahu ke pun KAKOM tu hape? KAKOM itu adalah shortform for Karnival Kokurikulum Matrikulasi. So, semua kolej matrikulasi akan hantar wakil lah masa tu. Aku tak tau sekarang ni wujud lagi ke tak KAKOM nih..


Berbalik kepada cerita aku tadi. *Huk aloh, gelojoh sungguh plak aku nak bercerita-..-* Yang masa sambutan aidilfitri tu sebenarnya aku taknak join. Sebab?? Sebabnya aku nak melantak makanan yang terhidang depan mata puas2 tanpa diganggu oleh perasaan nebes tak ketahuan.. Namun sadisnya, aku kena paksa ngan budak2 praktikum. Kena hambat naik atas stage dalam keadaan tak bersedia. Paling takleh blah, screen tempat aku nak tengok lirik video karaoke tu padam time aku nyer turn. Dengki sungguh screen itu dengan aku.. Menggelabah sejenak aku nyer manager.. *Pergh! Tak menahan siap ada manager.. Dah macam retis dah aku nih dulu..* Tapi aku chillex jer sebab lagu yang aku pilih tu aku dah hafal.. 


Maka, aku syok2 sendirilah buat macam aku punyer showcase.. Kahkahkah! See betapa coolnya aku di kala itu? Masa tu korang jangan tak caya aku nyanyi lagu Airmata Syawal by Dato' Siti Nurhaliza.. Sungguh aku tak espect ada orang yang meraung menangis teresak merembes mukos ke lengan baju rakan sebelah dek kerana touching.. Ni bukan aku yang cakap ekk, member aku yang cakap.. Aku manalah nak sedar ada orang duk meraung kat bawah sedangkan aku tengah syok feeling2 retis kat atas stage.. Wahkahkah!


Dari situlah aku glamer kot.. Tihihihi...! *menyampah kan dengar ayat ini..? Boo MM Boo..!* Oh, aku dapat no. 1 tau masa sambutan aidilfitri tu. Aku sendiri pon taktau dorang judge cemana.. Sebab aku memang tak buat persediaan pape pon. Join semata2 nak puaskan hati kengkawan aku. Yang aku tau aku hanya fokus nak mencekik makanan yang sedap2 jer. Tu salah satu contoh bila kita tak berhasad dengki & cemburu dengan kejayaan orang lain.. Nape aku cakap camtu? Adelah citer di sebaliknya.. Ada benda kita boleh kongsi, ada benda kita tak patut kongsi.. =)


Banyak lagi citer masa aku kat matrik ni. Dari part 2 ketul mamat hampir bertumbuk sebab aku, sampailah ke part aku ngan best fren aku plak hampir bergusti sebab seketul mamat nih. Nantilah aku sambung.. Tu pun kalau ada yang sudi nak baca.. Kalau takde pon, suka ati akulah aku nak sambung.. Blog aku kot.. Bukan blog ko.. *Ayat aku sangat gerek kan? Mohon bagi penyepak sepam dua.. Dush! -_-# *


Sekian....








WRITTEN BY : 
Read More

Wordless Wednesday#41











WRITTEN BY : 
Read More

Tuesday, 25 September 2012

Mereka Yang Berstatus Suami Atau Isteri Atau Bakal Bergelar Suami Atau Isteri, Sila Baca Ini..


Assalamualaikum..




Aku terbaca tentang kisah menyayat hati ni dalam FB.. Menitis airmata bila membaca setiap baris ayat yang dikeluarkan. Terasa terlalu naif diri ini yang bergelar isteri kepada sang suami yang bekerja keras siang dan malam demi mencari nafkah buat si isteri..


Mari sama2 kita hayati kisah menyayat hati ini..


Seorang isteri menangis ketika memandikan jenazah suaminya.. Sambil menangis isteri berkata,

"Inilah janji kami sebagai suami isteri.. Jika abang pergi dulu, maka engkaulah yang akan memandikan jenazah abang. Andai engkau yang pergi dulu, abang yang akan memandikan jenazahmu.."

Dari luar bilik mayat hospital, seorang ustaz masuk dan bertanya apakah isterinya mahu memandikan jenazah suaminya.. Ustaz tadi bersama beberapa orang menemani si isteri memandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayang padamu.. Wahai suamiku, semoga Allah ampunkan dosamu dan satukan kita di akhirat nanti..."

Saat membasuh tangan suaminya, isteri berkata.. "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami.. Semoga Allah memberi pahala untukmu wahai suamiku.."

Saat membasuh tubuh jenazah suaminya, ia pun berkata.. "Tubuh inilah yang memberikan pelukan kasih sayang padaku dan anak-anakku.. Semoga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku.."

Kemudian saat membasuh kaki jenazah suaminya, kembali ia berkata.. "Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi.. Terima kasih suamiku..  Semoga Allah memberikan kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali ganda.."

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata.. 

"Terima kasih suamiku.. Kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia.. Dan terima kasih kerana meninggalkan aku dengan bersama permata hatimu yang persis dirimu.. Dan aku sebagai seorang isteri redha akan kepergianmu kerana kasih sayang Allah kepadamu.."



Subhanallah.. Indahnya saling mencintai kerana Allah..


Semoga Allah merahmati pasangan suami isteri dan seluruh keluarga yang saling menyayangi dan mencintai kerana Allah ta'ala..  Dan semoga kita tergolong dalam golongan itu.. Aamin Allahu Yaa Karim..




WRITTEN BY : 
Read More

Penakut..




Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja


Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya


Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan


Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku


Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Ku bukan milikmu...



P/S : Sekadar hiburan di senjakala.. Hehe.. Sambil2 tu sila hayati video di atas.. Moga mampu memberi sedikit kesedaran 
kepada ibu bapa di luar sana..









WRITTEN BY : 
Read More

Sunday, 23 September 2012

Cara Memakai Cincin Mengikut Sunnah Nabi..


Sekarang ni ramai yang suka pakai cincin.. Tapi ikut suka dia je.. Ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu sila habiskan pembacaan anda. Yang dah tahu tu Alhamdulillah.. =)




Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali a.s sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu jikalau memakai cincin pakailah di :-


  1. Jari manis
  2. Jari kelingking (anak jari)


....dan jangan memakai pada :-


  1. Jari tengah
  2. Jari telunjuk




Nabi Muhammad S.A.W melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.





Kawan2, marilah kita saling berpesan2 sesama kita. Kalau terperasan ada dalam kalangan keluarga, kawan2, saudara mara ataupun anak2 kita yang berhias dengan cara yang salah, tegurlah mereka dengan berhemah. Semoga kita semua mendapat hidayah dariNYA. InsyaAllah..




Perhatian!!!

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki mahupun perempuan.






WRITTEN BY : 
Read More

Friday, 21 September 2012

Kisah Romeo & Juliet Moden..



Ahem.. Sape dah tengok citer ni? Katanya cerita ni mengisahkan kisah Romeo & Juliet Moden versi Malaysia.. Ape cerita di sebalik 'Untuk 3 Hari' ni? Jom kita baca sinopsis pendek tentang cerita ni! 


Zafrin & Ujie ialah pasangan muda yang bertemu ketika menuntut di sebuah universiti. Mereka telah merancang untuk berkahwin. Tetapi, muncul dilema apabila ibubapa masing2 telah mengaturkan perkahwinan dengan pilihan mereka. Pasangan tanpa jodoh ini mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinan dengan pilihan keluarga tetapi berjanji sesama sendiri untuk bercerai selepas 3 hari..


Apakah kesudahan kisah mereka? Adakah mereka memegang janji & bercerai selepas 3 hari perkahwinan mereka? Adakah Zafrin & Ujie kembali bersama & meneruskan perancangan mereka untuk berkahwin..? 


Nak tau apa kesudahan cerita ni? Apa lagi, terjah la pawagam2 berdekatan & saksikannya sendiri! Tayangan telah pun bermula pada 20 September.. ^^,



Nah trailer untuk halwa mata uolls! ^_~






WRITTEN BY : 
Read More

Tuesday, 18 September 2012

Bukan Tak Nak, Tapi......

Hey silent hunters! Hari ni aku nak buat sesi keluhan hati sikit. No worries, just a short quick update..


Aku ni sebenarnya dulu rajin jer join GA ni. Pantang nampak ada orang buat GA, laju2 aku up entri & submit link. Tapi lately ni aku cam liat2 sikit nak join.


Korang tau sebab apa? Base on pengalaman, dalam banyak2 GA yang aku join pernah lah dua kali aku bertuah. Yang aku kecewanya, dua2 yang aku menang tu aku tak dapat apa2. Faham kan maksud aku..?


Kalau faham bagus... Kalau tak faham meh aku kasi faham.. Aku tak dapat hadiah seperti yang dijanjikan. Kalau kata nak tukar hadiah ke aku tak kesah pon. Aku terima jer. Tapi ni langsung harom nan hado hadiah sampai kat aku.


*Pic ehsan Mr. Goole.. Takde kena mengena.. Ngeh2! :p


Since that la aku tak berapa berminat nak join. Ramai jugak yang invite aku untuk join GA dorang. Aku mintak maaf sangat2 ye kat korang2 yang invite aku tapi aku tak join.. Macam ala2 fobia plak aku ni ngan GA2 nih..


Tapi bukanlah bermaksud aku tak join langsung. Ada jugaklah yang aku join. Tapi tak seaktif dulu. The latest yang aku join HERE. So, sape2 nak turut serta tu bolehla cuba.. Aku pun saja suka2.. Dah boring2 takde idea nak up citer ape..


Oklah, thanks sudi dengar keluhan aku yang ntah hape2 nih.. Haha!


Jangan lupa sesi promot blog ke-3 kul 10:00am nanti! Till then chiow..! ^__~ 





WRITTEN BY : 
Read More

Sunday, 16 September 2012

Imbak Canyon


Welcome to Imbak Canyon!





Imbak Canyon? Apo tu? Woo, jangan salah faham.. Aku sendiri tak pernah sampai lagi sini.. Aku pun baru dengar nih sebenarnya.. Sepanjang hampir 4 tahun aku bermastautin di Sabah, ni lah 1st time aku dengar pasal Imbak Canyon..


FYI, Imbak Canyon ni merupakan sebuah kawasan hutan semulajadi yang menjadi salah satu nadi keunikan & keindahan floral & fauna yang terdapat di negeri Sabah. Aku berani cakap, Sabah memang kaya dengan bentuk muka bumi yang menarik dengan populasi hidupan yang unik dan jarang kita dapat lihat kat tempat2 lain..


Aku dulu sempatlah merasa ke Kinabatangan. Salah satu kawasan pemuliharaan yang best! Kat sana malam2 kul 9 or 10 dah tutup lampu weyh.. Tu pun guna generator tau.. Sape yang takut gelap tu, menjawap ler ko terkencing dalam seluar.. Kahkahkah! Tempat tdo dia jangan cakapla.. Aku taknak citer, korang nak tau gi lah sendiri.. Haha!


Memang satu pengalaman yang sangat berbeza bila dapat ke sana.. Aku pergi dulu pun as conservation students. Ditaja sepenuhnya oleh sape ekk..? Alamak, hampeh tul.. Boleh pulak lupa.. Huhu.. Kalau nak pergi sendiri melancong or bercuti boleh gak.. Best *bagi mereka yang suka adventure..! Paling best pagi2 korang kena lincah sikit.. Kalau tak, tak merasa la nak breakfast.. Habis semua kena samun ngan 'orang atas'... Siapakah? Bak kata Nabil rajalawak, Lu pikirla sendiri.. Wah3! ;p


Satu lagi tempat yang aku teringin sangat nak pergi is Meliau Basin.. Penah la sorang lecturer aku offer untuk buat research kat sana dulu.. Tapi bila memikirkan tempat tu teramat jauh ke pedalaman & kitorang masa tu tak ramai, takde lelaki plak tu, so our lecturer tarik balik offer tu.. Bahaya katanya kalau pegi 2,3 orang je.. Pompuan plak tu semua.. Dah la nak ke tempat tu kena naik heli.. Kang jadi ape2 payah nak kuar.. Maka berkuburlah hasrat nak ke Meliau basin.. Sobs! T_T


Ni lagi satu tempat best.. Imbak Canyon! Arina Ahmad, klu doc bawak korang gi fieltrip sini  mesti best kan? Aku nak ikot woiiii..! Sekiannn... (*penutup cam harom jer) -..- ~~



More about Imbak Canyon HERE!




WRITTEN BY : 
Read More

Bunga2 La Pulak..


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia! ^__^


Ahemm.. Apa yang berbunga2 tu? Haha! Sebagai penggemar aksesori brooch tegar, haruslah yang berbunga itu adalah brooch baru..! Muehehehe.. ^_^


Kalau dulu aku pernah buat entri pasal bow brooch (*CLICK untuk baca..) yang cute2 tu, kali ni aku nak tayang flower brooch baru aku ni pulak. Ye, aku memang kecoh.. Benda2 cani pon nak canang 1 Malaysia.. Eh, suka ati kita la blog kita.. Bluekkkk..! :p


Okay stop,.. tak seswai kot aku nak gedik2 cenggitu.. Geli plak rasa.. Erm..


Malas nak stori pepanjang, mesti korang tak sabar nak tengok brooch baru aku ni kan? Haha.. Meh aku tayang meh..



Tadaaaa...!!!


Aku rembat 2 ketul ni je.. Cukuplah tu buat koleksi tambahan.. Hehe., ^^,


Kalau korang berkenan, bolehla try usha2 FB Afnan Collection ni..
Borong terus.. Hikhik! ^_^


Terus pakai.. Editing yang melampau.. SHINEE forever..! Lalalalala..~~
Abaikan mukaku yang pucat..  Malas nak tempek bedak tebal2..


Lawa tak lawa tak? Kekekeke.. Eh, bukan akulah, brooch tu ha.. Lawa ke tak..? Ish, kamooo nih..


Okay aku bagi summary sikitla kat mana aku beli brooch ni k.. Ni aku beli di R&R Rawang masa otw balik dari Semenyih ke Ipoh.. Masa tu baru selesai kenduri kawen cousin belah hubby.. Singgah isi perut, *walaupun aku dah belasah nasi lemak sebelum bertolak tu.. -..- 


Sambil tu menyempat plak aku melencong ke kedai brooch ni.. Apa lagi, mintak pau hubby la.. Heheheh.. 


Mekasih Mr. Chenta belikan brooch baru..! ^____^





WRITTEN BY :
Read More

Saturday, 15 September 2012

Pencuci Mulut Hasil Rembatan Lebihan Doorgifts..



Ni lah dia pencuci mulut aku hari ni. Dan mungkin untuk seminggu or dua minggu or 3 minggu lagi.. Kahkahkah! Biasa orang pencuci mulut makan puding or kuih2 manis kan? Aku ini pon jadi.. Ngah3!


Actually, semua ni hasil rembatan dari lebihan doorgifts masa kawen sepupu hubby ari tu. Banyak kot extra. Apa lagi, rembat la wei.. Boleh gak kunyah2 time layan Running Man.. KLIK untuk baca kisah aku dan Running Man..


Gambar ni pun tengah siap sedia nak sambung layan Running Man la ni.. Punggah semua letak depan lappy.. Siap dengan sebotol air kosong.. Kot2 la haus, malas nak bangun gi dapur amik air.. RM punyer pasal, xleh tinggal bila dah start tengok.. Haks!


K, tu je aku nak canang.. Kecoh kan? Muahahaha...! ^o^




WRITTEN BY : 
Read More

Ke Manakah Arah Tuju Hidup Kita?

Tidak menunggu sakit atau tua,
Tapi menunggu bila masanya Allah berkehendak..
Kanak2, remaja, dewasa dan yang tua semua mengalaminya..


Apakah persiapan kita untuk ke 'sana'?




P/S : Sekadar peringatan untuk diri sendiri..





WRITTEN BY : 
Read More

Thursday, 13 September 2012

Kembali Bersiaran..


Morning peeps!



Misz Mieza dah kembali..! Hoho..! Panjang cuti kan? Satu je kelemahan bila dah terlampau lama offline ni.. Malas.. Yes! M.A.L.A.S..! 


Biasalah kan, bila dah lama tak mengarang ni otak pun froz skali. Kalau nak ikutkan banyak jer cerita nak dikongsi, tapi tu la.. Dah lama sangat peram, sampai dah tak tau nak mula dari mana..


Cerita bulan puasa hari tu pun tak abis up lagi. Inikan pulak cerita raya, open house, kenduri kawen bagai.. Haih.. Pasrah jela korang ekk kalau tetiba aku longgokkan korang dengan cerita2 basi ni nanti.. Kahkahkah! ;p 


Apa pun tunggu jelah ye.. Tengah dalam proses mengembalikan mood.. Nanti aku up satu2 stori yang tertunggak tu..


Oh, btw kepada semua peserta segmen promot blog aku hari tu, di sini aku nak mintak maaf banyak2 coz lambat mempromosikan blog korang.. But no worries.. Pembahagian kumpulan aku dah buat. Cuma tinggal nak start je..


InsyaAllah, aku akan mulakan sesi mempromosi blog korang semua secepat mungkin. Kalau boleh dalam bulan ni jugak. Sudah ko bajanji, musti mo dikota bah! Jan la diriso.. Nah, kan keluar suda sakap sabah.. Hehehe..


Tunggu next update dari Misz Mieza k! Bai! ^__~




WRITTEN BY : 
Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com