Blogger templates

Wednesday, 26 September 2012

Cerita Ceriti Zaman Muda2 - PART 1


WARNING! 
Sape Yang Tak Sedia Jangan Baca Entri Nih!!!



Tadi masa sibuk bw sana sini tak ketahuan hala, tetiba terbaca satu entri dari sorang rakan blogger ni.. Bila baca entri dia, teringat pulak zaman2 sewaktu aku bergelar student dulu.. 

Sebelum aku mula bercerita aku nak warning awal2, entri kali ni mungkin akan panjang berjela sampai nun ke negeri Cina.. Dan mungkin ada pengisian yang tak berfaedah untuk korang baca.. *Memang tak berfaedah pon*.. Sekadar perkongsian kisah hidup aku untuk diabadikan kat  sini untuk tatapan masa hadapan.. Mana tau, nanti anak2 cucu cicit aku boleh baca kan? Baru dorang tau yang moyang dorang ni dulu legend.. *Cis, hantuk pale atas meja -..-* 


So, sesape yang takde persediaan dari segi mental, fizikal & emosi tu sila jangan teruskan.. Tiada paksaan di sini. Dengan itu marilah kita mulakan.. Sebelum tu tempek gambar dulu seketul..


Sebahagian dari budak2 praktikum aku.. Aku rasa ada yang takde dalam gambar ni..
Psst! Dalam ni ada best friend & manager aku.. Kalau korang terer cubalah teka.. & kalau korang bijak bistari jugak carilah aku kat mana! Muehehehe!


Aku masa zaman student dulu agak glamer jugaklah. *Ceh, mintak puji sungguh ayat ini.. Sila muntah laju2..* Sorilah ye, aku dah pesan awal2 kalau tak bersedia nak baca jangan teruskan. Nanti korang muntah. Tapi korang degil nak baca jugak2.. Nah, amik baldi satu sorang tadah depan muka kalau nak sambung baca..


Bermula dari kolej matrikulasi, aku memang sangat aktif dengan aktiviti kebudayaan. Ntah cemana boleh terlibat aku pun tak tau. Haha! So, apa2 jer aktiviti terutama yang melibatkan stage performance aku join. Kalau aku tak join pon, dorang akan cari. So, nak tak nak kenalah aku join. *Humpf.. sangat tak boleh blah alasan ini..*


Bermula dengan join pertandingan karaoke secara suka suki untuk cari wakil for our college for KAKOM, sampailah pertandingan karaoke suka jiwa join masa sambutan aidilfitri. Semuanya aku menang. Masa nak cari wakil untuk KAKOM tu aku dapat no. 2 jer.. Lagi pun aku taknak pun, sebab aku nak join persembahan tarian.. Kahkahkah! Nama pun suka2 kan? Eh, korang tahu ke pun KAKOM tu hape? KAKOM itu adalah shortform for Karnival Kokurikulum Matrikulasi. So, semua kolej matrikulasi akan hantar wakil lah masa tu. Aku tak tau sekarang ni wujud lagi ke tak KAKOM nih..


Berbalik kepada cerita aku tadi. *Huk aloh, gelojoh sungguh plak aku nak bercerita-..-* Yang masa sambutan aidilfitri tu sebenarnya aku taknak join. Sebab?? Sebabnya aku nak melantak makanan yang terhidang depan mata puas2 tanpa diganggu oleh perasaan nebes tak ketahuan.. Namun sadisnya, aku kena paksa ngan budak2 praktikum. Kena hambat naik atas stage dalam keadaan tak bersedia. Paling takleh blah, screen tempat aku nak tengok lirik video karaoke tu padam time aku nyer turn. Dengki sungguh screen itu dengan aku.. Menggelabah sejenak aku nyer manager.. *Pergh! Tak menahan siap ada manager.. Dah macam retis dah aku nih dulu..* Tapi aku chillex jer sebab lagu yang aku pilih tu aku dah hafal.. 


Maka, aku syok2 sendirilah buat macam aku punyer showcase.. Kahkahkah! See betapa coolnya aku di kala itu? Masa tu korang jangan tak caya aku nyanyi lagu Airmata Syawal by Dato' Siti Nurhaliza.. Sungguh aku tak espect ada orang yang meraung menangis teresak merembes mukos ke lengan baju rakan sebelah dek kerana touching.. Ni bukan aku yang cakap ekk, member aku yang cakap.. Aku manalah nak sedar ada orang duk meraung kat bawah sedangkan aku tengah syok feeling2 retis kat atas stage.. Wahkahkah!


Dari situlah aku glamer kot.. Tihihihi...! *menyampah kan dengar ayat ini..? Boo MM Boo..!* Oh, aku dapat no. 1 tau masa sambutan aidilfitri tu. Aku sendiri pon taktau dorang judge cemana.. Sebab aku memang tak buat persediaan pape pon. Join semata2 nak puaskan hati kengkawan aku. Yang aku tau aku hanya fokus nak mencekik makanan yang sedap2 jer. Tu salah satu contoh bila kita tak berhasad dengki & cemburu dengan kejayaan orang lain.. Nape aku cakap camtu? Adelah citer di sebaliknya.. Ada benda kita boleh kongsi, ada benda kita tak patut kongsi.. =)


Banyak lagi citer masa aku kat matrik ni. Dari part 2 ketul mamat hampir bertumbuk sebab aku, sampailah ke part aku ngan best fren aku plak hampir bergusti sebab seketul mamat nih. Nantilah aku sambung.. Tu pun kalau ada yang sudi nak baca.. Kalau takde pon, suka ati akulah aku nak sambung.. Blog aku kot.. Bukan blog ko.. *Ayat aku sangat gerek kan? Mohon bagi penyepak sepam dua.. Dush! -_-# *


Sekian....








WRITTEN BY : 

No comments:

Post a Comment

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com