Mereka Yang Berstatus Suami Atau Isteri Atau Bakal Bergelar Suami Atau Isteri, Sila Baca Ini..

by - 10:15:00 pm


Assalamualaikum..




Aku terbaca tentang kisah menyayat hati ni dalam FB.. Menitis airmata bila membaca setiap baris ayat yang dikeluarkan. Terasa terlalu naif diri ini yang bergelar isteri kepada sang suami yang bekerja keras siang dan malam demi mencari nafkah buat si isteri..


Mari sama2 kita hayati kisah menyayat hati ini..


Seorang isteri menangis ketika memandikan jenazah suaminya.. Sambil menangis isteri berkata,

"Inilah janji kami sebagai suami isteri.. Jika abang pergi dulu, maka engkaulah yang akan memandikan jenazah abang. Andai engkau yang pergi dulu, abang yang akan memandikan jenazahmu.."

Dari luar bilik mayat hospital, seorang ustaz masuk dan bertanya apakah isterinya mahu memandikan jenazah suaminya.. Ustaz tadi bersama beberapa orang menemani si isteri memandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayang padamu.. Wahai suamiku, semoga Allah ampunkan dosamu dan satukan kita di akhirat nanti..."

Saat membasuh tangan suaminya, isteri berkata.. "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami.. Semoga Allah memberi pahala untukmu wahai suamiku.."

Saat membasuh tubuh jenazah suaminya, ia pun berkata.. "Tubuh inilah yang memberikan pelukan kasih sayang padaku dan anak-anakku.. Semoga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku.."

Kemudian saat membasuh kaki jenazah suaminya, kembali ia berkata.. "Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi.. Terima kasih suamiku..  Semoga Allah memberikan kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali ganda.."

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata.. 

"Terima kasih suamiku.. Kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia.. Dan terima kasih kerana meninggalkan aku dengan bersama permata hatimu yang persis dirimu.. Dan aku sebagai seorang isteri redha akan kepergianmu kerana kasih sayang Allah kepadamu.."



Subhanallah.. Indahnya saling mencintai kerana Allah..


Semoga Allah merahmati pasangan suami isteri dan seluruh keluarga yang saling menyayangi dan mencintai kerana Allah ta'ala..  Dan semoga kita tergolong dalam golongan itu.. Aamin Allahu Yaa Karim..




WRITTEN BY : 

You May Also Like

2 Silent Hunter's Footprints