Blogger templates

Wednesday, 31 October 2012

Gedangnya Tulang Itu.. Erks !


Selamat petang warga blogger! ^_^


Cea.. Tetiba gah jer tempek gambar sup tulang sulung aku ni. Musim2 raya korban ni biasalah kan. Kalau tak daging, tulang.. Kalau tak tulang, daging. Tu je la menu femes bila tiba musim raya korban.. Aku pun tak ketinggalanlah nak bertulang bagai.. Kehkehkeh..


Nama sup ni Sup Tulang Gedang.. Mana tak gedang, aku main campak jer sebesar2 alam tulang tu masuk periuk. Bhahahaha! Nak potong kecik2 takde pisau besar.. Penuh satu periuk ngan tulang sajer.. Muehehe !~


Aku kan amatur lagi bab2 nak masak sup tulang temulang bagai ni. Hentam jelah masak. Dah orang bagi kan, takkan nak dibuang pulak tulang nih. Sayang woo.. Nasib baik lulus. Kesian incit suami.. Dah rupa zombi aku tengok duk mengokak si tulang gedang. Kekekekeke.. 




Dah kenyang2, pekena pulak mangga lemak manis yang MIL bawakkan. 


Dah siap2 potong & masuk fridge. Makan sejuk2 syorga ko. Sambil mencekik mangga, sambil layan blog.. Hikhik.. Tapi tak sempat nak update blog tetiba kilat sabung menyabung plak, tu yang off jap tu.. Ni baru berkesempatan nak update blog.. Selamat menjamu mata ye semua! Hehe.. ^___~









WRITTEN BY : 
Read More

Tuesday, 30 October 2012

PUTEH Oh PUTEH!

Selamat petang semua ! Macam dah beberapa hari tak berupdate kan blog ni ? Macam ? Memang dah berhari pun tak berusik.. Ngahahha! Nak kata sibuk idok ler sibuk mana.. Ade jer duk jenguk2 blog ni ha.. Tapi sekadar menjelajah ke blog kengkawan jelah.. Nak update blog sendiri jauh sekali.. Kahkahkah !


Comey tak si PUTEH ni ? Hikhik.. Kalau sape2 penah terbaca status aku kat FB pasal si PUTEH MUEZA tempoh hari, ni lah dia makhluk itu.. Tido nak sodap2 yo si kocik ni.. See the bakul tempat tido dia ? Siap ngan bunga beriben bagai aku hiaskan..


PUTEH ni asalnya anak kucing liar yang selalu datang makan kat umah aku. Mak dia lah yang bawak dia ni makan kat umah aku.. Setiap pagi mesti tercongok depan pintu dapur mintak makan. Hui, time kecik2 bukan main liar lagi ko. Jenuh aku buat baik nak bagi jinak. Nan harom dia nak layan. Jangan kata nak pegang nak dukung, nak gi dekat pun tak boleh. Aku rasa mungkin sebab dia fobia ngan manusia coz budak2 kat belakang umah ni suka pukul kucing2 liar ni.. Kesian...


Skang dah jadi kucing peliharaan aku dah.. Si MAMA bunting lagi. Mulalah cengey tak keharuan. Asal nampak je anak2 dia mualalah dia dah marah merengus2.. Oh! MAMA tu nama panggilan aku bagi kat ibu si PUTEH ni. Hehe.. ^^,


PUTEH ada abang tau.. Nama dia BOOLAT a.k.a GENDUT.. Hikhik.. Tapi abang dia tak duk ngan aku. Aku nak bela, tapi liar boleh tahan gak tu. Pepagi dia datanglah teman PUTEH main2.. Makan kenyang2.. Dah petang2 kang dia baliklah.. Ntah balik mana pun aku tak tau.. Nanti aku stori pasal si BOOLAT plak ekk ? ^_^




P/S : Masa aku tangkap gambar ni, si PUTEH tengah demam.. Mata berair, hidung tersumbat.. Kesian sampai skang selsema tak baik2.. 







WRITTEN BY : 
Read More

Tuesday, 23 October 2012

Ohhh! Mai Inggelishhhh...




Sekian, terima kasih.. -_-







WRITTEN BY : 
Read More

Hello, Boleh Bercakap Dengan Puan Rosmiza ? Ok Bai..! Hohh ?!

Selamat petang silent hunters! Hari ni aku just nak berkongsi kisah aku dengan si pemanggil tak bernama ni. Harap korang boleh tolong buat rumusan dari cerita aku ni ye.. 



Tengah2 syok terbungkam di tengahari.. Tiba2.. Ring! Ring! Henpong menjerit daaa.. 



AKU : Hello (*mode : mamai~~)

PEMANGGIL : Hello, assalamualaikum.. Boleh bercakap dengan Puan Rosmiza ?

AKU : Ya, saya cakap..

PEMANGGIL : Ni Puan Rosmiza ke ?

AKU : (*Pandang henpong dengan muka toye..).. Ya, saya Rosmiza..

PEMANGGIL : Puan Rosmiza binti ?

AKU : Ali 

PEMANGGIL : Okey, takpelah.. (tutt..tutt..tutt.. letak phone..)

AKU : Huhh ?! Jadah hape call orang lagu ni ? -..-#!



Nak tengok macamana muka aku tadi ? Macam ni lah.. 



Jadi, apakah pendapatan korang tentang isu ini ? Aku still blurr2.. Kompius pon ada.. Ntah apa pesen ntah.. Kata nak cakap dengan aku. Ate nak cakap ape nyer ? Takkan nak tanya nama bapak aku je kot ? Hurmmm.. Macam2.. -..-#




P/S : Hari ni ada satu lagi interview.. Ramai betul candidates.. Taktaulah dapat ke tak job tu.. Huhu..



WRITTEN BY : 
Read More

Sunday, 21 October 2012

OKTOBER Bulan Rezeki.. Alhamdulillah.. ^_^


Petang tadi buka2 email mata terus terpampam satu email dari Churp2. Tengok subject email tu macam pasal contest yang aku ada join. So laju2lah aku buka nak baca.




Buat pertama kalinya aku dapat screening invitation dari Churp2 untuk movie 'Paranormal Activity 4'. Dapat 2 tiket FREE! Alhamdulillah, gembira sangat. Aku tak expect pun boleh menang since semua yang join hebat2 belaka. Aku just tinggalkan a simple comment for this contest. Luckily menang pulak.. 




But unfortunately, disebabkan screeningnya kat Mid Valley kat KL maka terpaksalah aku tolak since aku skang dah menetap kat Ipoh.. Kalau dapat gantikan dengan orang lain boleh jer aku bagi kat sape2 yang duk kat KL tu. Bolehla korang gi nonton wayang FREE..


Aku harap, lepas ni pihak Nuffnang & Churp2 bagilah can untuk kami yang berada di luar KL ni menang tiket & boleh tonton wayang kat area tempat tinggal kami.. Huhu.. T_T



P/S : Alhamdulillah, murah betul rezeki aku bulan ni. 









WRITTEN BY : 
Read More

Friday, 19 October 2012

Setelah Bertahun Tak Kena Interview..


Muka senyum menahan nebes..


Hai korang! Assalamualaikum & apa khabar ? ^_^


Sori semalam tak sempat nak update blog. Sempat post entri untuk sesi promot blog jer.. Tu pun nasib baik aku set auto publish.. Huhu.. 


Actually, since kelmarin aku agak busy sikit. Btw, just nak share pengalaman temuduga aku semalam. Appointment pukul 2.15 petang tapi seawal 9.30 pagi lagi aku dah keluar rumah. Sebab incit husband ada urusan nak diuruskan. Jadi nak tak nak terpaksalah aku ikut keluar awal. 


Bila dah siap awal ni, nak menunggu ke waktu temuduga tu ya ampun nebes tak ketahuan aku hoi..! Almaklumla, dah lama sungguh aku tak attend interview2 bagai nih. Malam sebelum tu kitorang dah ronda cari tempat, takut esok sesat tak jumpa cari jalan. Prior preparation itu penting.. Hehehe..


Alhamdulillah, takde sangkut2 aku jawab soalan. Tapi tak tau lah dapat ke tak ? Dah usaha. Sekarang tinggal doa & tawakal jelah. Kalau ada rezeki kat situ adelah kan ? 



Aku dapat offer keje apa ? Syhhhhhh... Rahsia.. Kalau dapat baru aku bagitau.. Haha! 








WRITTEN BY : 
Read More

Thanks For Calling !



Oh my Gucci! I just got a call from Darren on behalf Nuffnang regarding on one of the contest I've joined! I just got a good feeling about it eventhough he didn't mentioned what I wanted to know and what I really want to hear.. Huhu.. T_T


Cea, speaking bersepah dowh.. Bajet handal segah pencuci pakaian ekonomi handalan jer.. Bahaha! I spontaneously speak in English when I got excited! Really.. ^^,


Aku dah banyak jugak la join contest2 dari Nuffnang ni. tapi nan harom la kan nak menang.. Setakat memeriahkan majlis boleh la.. Ahaks! Tapi tak kesahla kan, aku just keep on participating walaupun aku tau peluang nak menang memang tipis.. *Kekadang bukan kata tipis, takde peluang pun.. Ngahaha!*  


Maklum aje ler, kebanyakan contest2 dari Nuffnang ni memerlukan kita meluahkan komen or pendapat in English. Actually boleh jer in BM pun.. Tapi aku prefer English.. Kecuali memerlukan karangan yang panjang berjela sampai ke balik bukit Broga nun.. Sehinggakan aku kehabisan perkataan yang nak diperkatakan.. Ohohohohoh.. -..-


Contohnya karangan gred C tak cukup plus ni ---> BACA SINI



English aku nan bersepah lagi berhamburan ni duk kelas bawah2 je. Nak masuk dalam shorlist pun memang tak ar aku rasa. Tapi mana tau, kot2 ada rejeki.. Tak gitu incit Nuffnang ? ^_^


Btw, a lot of thanks to Darren for calling.. =) 






WRITTEN BY : 
Read More

Tuesday, 16 October 2012

Konvokesyen Style Paling Unik!




Jumpa ni masa bertenggek kat FB tadi. Ada friend post kat wall.. Unik kan? Universiti mana ekk buat konvokesyen sempoi cani ? Takdela skema jobot sangat nak ikut protokol bagai.. Hikhik! ^_^







WRITTEN BY : 
Read More

Monday, 15 October 2012

Alhamdulillah, Rezeki Pertama Oktober 2012! ^_^




Salam 1 Malaysia! Hehehehe.. Actually bulan 9 lepas aku ada join satu GA ni. GA Blogger Bertuah by JIWAROSAK.COM. Hari ni kuar keputusan & guest what ??


Aku tersenarai dalam list pemenang hoii! Hoyeah2! Walaupun tak menang grand prize, still aku bersyukur dapat rezeki ni.. Dapatlah top up FREE 10 hengget.. Sape nak bagi derr..  


Ni bukti kemenangan aku..
Tak menahan siap tempek bukti lagi tu. Ngahaha! 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v
Aku peserta bernombor 17! Tak caye ?



Nah! Aku tempek sekali senarai peserta..! 
Miahahahahahahah!~~
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

Ramai lagi sebenarnya kat bawah tu.. Tapi tak muat plak nak printscreen semua.. Hewhew~~



Terima kasih kepada Abg Feroz selaku penganjur program & Dkna Abza selaku penaja hadiah yang menaja top up FREE untuk aku & 2 lagi pemenang lain.. Mood epi.. ^____^




Oh ya! Aku join contest2 bagai ni kat blog satu lagi ye.. Khas untuk segala macam contest.. Kat sini segmen2 jer aku layan.. Ngeeee~~







WRITTEN BY : 
Read More

Sunday, 14 October 2012

PRODUCT REVIEW : Charcoal Mask


Assalamualaikum & Selamat Berhujung Minggu! ^_^


Dah lama aku tak buat product review kan..? Hari ni aku nak review tentang satu produk ohsem ni. See pic kat atas ? Yezza! Charcoal Mask! Aku rasa produk ni dah cukup femes amos dah kat Malaysia ni. Rata2 yang dah cuba produk ni semua berpuas hati. Termasuklah aku! Hikhik! ^_^


Mask ni memang cukup kuat untuk tarik all ur excess sebum, blackhead & whitehead out. Serious aku cakap ni tau. Aku pakai baru sekali hari tu. Masa nak tanggalkan tu ya ampun, berair2 mata ni ha. Pedis! Tapi hasilnya memang sangat memuaskan. Aku sookaaaa!!! ^o^


Cara2 nak apply mask ni mudah jer. Jom ikut cara aku! ^_^


1. Mula2 cuci muka dulu bersih2.


2. Kemudian wapkan muka korang dalam 10-15 minit.. Tujuan kita wap muka ni adalah           untuk membuka liang2 pori kita so that senang untuk tarik all sebum2 yang berlebihan di wajah. =)


3. Then, apply mask ke seluruh wajah korang. Apply tebal sikit supaya tak terkoyak masa kita nak tanggalkan nanti. Biar hingga kering.



**WARNING! Mask ni super strong tau! Make sure tak kena kening korang.. Kang tak pepasal jadi alien plak tak berkening! Hewhew.. T_T


Abaikan muka sememeh aku yang comot nih..


4. Bila dah kering, tanggalkan mask korang perlahan2 bermula dari dagu seterusnya ke atas. 


5. Then, cuci muka korang sekali lagi. Lap dengan tuala bersih.


6. Apply toner untuk mengecilkan kembali liang2 pori yang terbuka tadi. Then apply moisturizer bagi mengembalikan kesegaran & kelembapan kulit muka korang. 


7. Siap! ^__^



Dannnnnnn
inilah hasilnya!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v
Muka kita akan rasa lebih fresh, licin, & cerah! ^^,


Close up sikit! No more excess sebum! ^_~



Oh, btw ni wajah terbaru aku after 2 minggu lebih ambil Vit C. Lebih anjal, cerah, & bebas jerawat then before! Sangat puas hati! ^_^


Kepada sesapa yang nak cuba tapi taktau nak beli Charcoal Mask ni kat mana, korang boleh order dengan Ayu! Aku pun order ngan Ayu jer memandangkan aku agak jarang keluar lately.



Korang boleh terus ke Blog Ayu
atau ;
Contact Ayu melalui h/p : 010-373 7834




PRICE : RM15 (include postage)
SATISFACTION RATE : Fully Satisfied
REPURCHASE : Yes







WRITTEN BY : 
Read More

Friday, 12 October 2012

Naga Biru Dijumpai!






Korang pernah jumpa tak haiwan comel berwarna biru cani ? Sekali tengok macam raksasa dalam citer otromen jer kan ? Tapi ni sebenarnya sejenis haiwan yang lautan yang comel dikenali dengan nama saintifiknya glaucus Atlanticus. Ia juga digelar Naga Laut Biru!


Haiwan ni boleh dijumpai di luar pantai Afrika Selatan, Australia dan Mozambique. Ia terapung di atas permukaan air yang tenang. Jom tengok video si Naga Biru ni! ^_^




Glaucus Atlanticus mendapat  perhatian di internet pada bulan April yang lepas kerana bentuknya yang pelik dan cantik.
.


SUMBER - Memang jelas haiwan spesis ini memang sangat comel kerana bentuk fizikalnya yang sangat kecil. Mungkin di Malaysia haiwan ini tidak pernah wujud kerana difahamkan ia hanya boleh dijumpai sekitar luar pantai Afrika Selatan. Satu penemuan yang cukup menarik!










WRITTEN BY : 
Read More

Dakota.. Valeria.. Venus.. Tiga Gadis Barbie Doll!


Dakota Koti , Valeria Lukyanova & Venus Angelo..


Tiga gadis ni sangat2 popular di youtube dengan penampilan & cara make up mereka yang menyerupai barbie doll. Sangat comel. Nampak macam plastik pun ade.. Uhuhu~~


Jom tengok macamana dorang ni make up ala2 barbie doll..! ^_^


Dakota Koti.. Serius comel.. ^^,




Valeria Lukyanova ni pun sebijik patung barbie ko.. Dengan mukanya, badannya.. Macam mustahil pun ada kan ada orang perfect cani.. Ermm..



Venus Angelo ni yang paling muda rasanya dari tiga2 ni.. Baru 15 tahun .. Suara dia pon comel kan? ^^,




Pssstt! Kalau aku make up cam dorang ni ada rupa barbie doll tak ? Heks! ^^,







WRITTEN BY : 
Read More

Wednesday, 10 October 2012

Jerawat Dah Berkurang & Tona Kulit Lebih Sekata Dengan Snowface Awla! ^^,


Assalamualaikum! 


Ni close up muka aku yang kaya dengan jerawat & sekutu2nya. Sangat stress hokay bila muka dipenuhi dengan jerawat nih. Tapi alhamdulillah, setakat ni takde la naik jerawat yang serius2 sangat. Just yang kecik2  jer. Kekadang tu keluarla bapak jerawat. Tapi tak selalu. 




Lagi satu aku ada masalah kulit kering & kusam serta tona kulit tak sekata. Nak keluar gi memana kena tempek BB cream & bedak tebal2 nak cover ketaksekataan tona kulit. Huhu.. T_T


Tapi sekarang tidak lagi! Jerawat semakin berkurang. Yang ada pun semakin mengecut. Kulit muka rasa lebih licin. Liang2 pori semakin mengecil. Tona kulit semakin sekata. Kulit sentiasa rasa lembab & tak kering lagi. Cea, macam buat iklan pulak kan aku ni ? Hehe..


Oh! yang paling best bila keluar dah tak perlu nak cover2 sangat cela di muka ni ngan bedak tebal2. Cuma satu sapuan nipis dah memadai! Kekadang tak pakai pape pun. Keluar dengan bare face jer.. ^_^
See ? Jerawat2 yang ada dah mengecut. Tinggal nak hilang parut jer. If ada yang baru naik pun, sekejap jer dia dah kecut balik. Aku tak pakai produk istimewa pape pon. Tapi rahsianya ialah ...............

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v
Snowface Awla Vit C!


Yezza! Aku just makan ni jer. Vitamin C. Vitamin C ni memang bagus untuk kulit kita sebenarnya. Cuma aku jer yang malas nak amalkan. FYI, aku baru je amal makan Vit C dalam 2 minggu. Tu pun ada hari2 aku miss! Haha! Aku ni memang tak disiplin bab nak makan supplemen2 bagai nih. Apa lagi nak makan ubat time sakit. Huh! Cukup payah.. Kalau dah agak2 tak larat nak bangun baru gigih telan ubat.. Hehe..


Sukatan Vit C yang aku makan  ni ialah 500mg. Aku ambil 2 biji sehari, sebiji pagi sebiji malam sejam sebelum makan. Jom aku share sikit antara kebaikan Snowface Awla Vita C ni :



  • Menghilangkan parut, jerawat/jeragat & resdung.
  • Memutihkan kulit wajah dan badan.
  • Meningkatkan antibodi badan.
  • Membina kolagen untuk kulit.
  • Mengurangkan kolestrol & darah tinggi.
  • Sangat sesuai untuk ibu mengandung.



Ha, tu lah antara kebaikan2 Snowface Awla Vit C ni. So far aku makan alhamdulillah okay. Cuma harga dia boleh tahan jugak la mahal. Apa pun will continue take this supplement. ^_^



HARGA : 

RM80 (30 biji) - untuk 15 hari
RM140 (60 biji) - untuk 30 hari






WRITTEN BY : 
Read More

Sunday, 7 October 2012

Antara FAKTA & AOTA.. Korang Rasa ??


Bila kahwin masuk NONA
Bila cerai masuk MELODI
Bila gossip masuk PROPAGANZA
Bila anak-2 buat jahat masuk 999
Mak bapak tinggal kat kampung masuk BERSAMAMU .


Putus cinta masuk FACEBOOK
Putus kawan masuk TWITTER
Putus harapan masuk YOUTUBE..


# Banyak masalah,nape tak masuk MASJID ekk








WRITTEN BY : 
Read More

Friday, 5 October 2012

Hati Buta Sebab 10 Perkara..


Salam pagi Jumaat silent hunters! ^_^





Sama2lah kita menjaga kesucian hati kita.
Semoga ia terpelihara dari 10 perkara ini.
InsyaAllah, mudah2an.. =) 






WRITTEN BY : 

Read More

Thursday, 4 October 2012

Amboi, Seronoknya Mafia Ni Buli Orang..





Macam ni lah mafia2 kat Rusia mempermainkan juruwang pasaraya kat sana. Teruk kan? Kalau aku kena macam ni meraung dah kot.. Stress!!!


Nasib baik kat Malaysia takde mafia macam ni. Aku dulu pernah jugak berpengalaman kerja sebagai cashier sementara cuti sem. Part yang paling stress bila nak tutup daily sale. Time buat balance tu, tetiba account  short.. Pergh! Setiap kali short tu rasa macam nak menangis pun ada.. 


Ko tau sebab apa nak nangis? Opkosla sebab ko kena ganti jumlah yang short tu hoi..! Kalau singgit dua tu boleh diterima pakai lagi, kalau dah main puluh2, ratus2?? Tak ke nganga ko kat situ? Ribu2 apetah lagi.. -..-  Negatip terus gaji ko.. Cukup bulan ikat perut..  T_T



P/S : Sape2 nak jadi cashier tu kena cekap mengira & buat balance akaun.. Juga kena kental mental & emosi.. Nampak cam senang kan? Tapi sebenarnya tidak.. Jadi respectlah sikit dengan mereka yang bergelar cashier ni.. 






WRITTEN BY : 
Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com