Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin.. Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban..

by - 9:13:00 pm

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!


Kekejaman Israel Di Gaza, Keganasan Rejim Zionis, Save Palestine, Pray For Gaza

Aku rasa kita semua telah sedia maklum yang Israel telah mengistiharkan genjatan senjata dengan pihak Hamas awal malam tadi. Tapi kita masih perlu membantu saudara kita yang tertindas di Gaza. Lagipun kita taktau apa lagi permainan dan taktik kotor yang dirancang oleh rejim Zionis. 


Walaupun Gaza telah diisytiharkan bebas dari tindakan tak berperikemanusiaan Israel, namun kita harus fikir, ratusan bahkan ribuan rakyat Palestin telah terkorban dan menderita dengan berjuta-juta kemusnahan yang terpaksa ditanggung.


Tak banyak yang kita boleh bantu melainkan hanya dengan doa yang tak putus buat saudara kita di sana. 



Teruskanlah berdoa. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mereka. 


*****************


Sedikit Pemberitahuan! 

Bagi yang ingin memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan, ahli GBS dan GROUP BLOGGER APAKAH? telah mengambil inisiatif mengadakan satu kutipan sumbangan untuk membantu saudara Islam di Palestin. Sumbangan ini terbuka kepada semua pihak sama ada blogger mahupun bukan blogger. Sama-sama kita berganding bahu meringankan beban saudara kita disana.

Tabung Gaza, Bantu Palestin, Hentikan Keganasan, Bebaskan Palestin, Hulurkan Bantuan untuk Gaza 2012
Sumbangan Bermula Dari :
21 NOVEMBER 2012 - 12 DISEMBER 2012

Info tambahan :



Kepada yang sudah memberi sumbangan, anda hanya perlu inform Yuyu Ali (Nur Maizatul Idayu Mat Ali) dan Nabiel Faan (Nabil Farkhan Radzuan) untuk GBS dan MK Syahir untuk Group Blogger Apakah? samada secara PM di facebook mahupun mesej / hubungi no. telefon yang tertera di poster untuk memudahkan urusan sumbangan.



Selain itu, anda boleh juga kongsikan Poster di atas di dalam blog, facebook, twitter atau mana-mana laman sosial.. Mungkin ramai yang ingin menghulurkan bantuan tapi tak tau medium dan cara yang boleh digunakan.. Dapat jugak pahala kita berkongsi..


Kepada blogger-blogger, anda juga boleh letakkan banner kutipan sumbangan Bantu Palestine di bawah ni dalam blog korang.. Contoh anda boleh scroll up ke atas, dan lihat bawah widget follower kat blog ni.. ^_^


<p align='center'>

<img border='0' style="width: 700px; height: 125px;" src="http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/9699_515572371795326_71894672_n.jpg" /></p>


In Shaa Allah dengan bantuan yang kita hulurkan sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan kepada rakyat Palestine yang masih hidup.. Apa-apa pon jom sama-sama kita sedekahkan Ummul Kitab Al-Fatihah kepada Para Syahid di bumi Palestine dan juga seluruh Umat Islam di dunia..Al-Fatihah~






WRITTEN BY : 

You May Also Like

7 Silent Hunter's Footprints

  1. moga doa kita diperkenankan..amin..

    ReplyDelete
  2. yayah x yakin yang genjatan senjata ini bertahan lama. pasti suatu hari nanti mereka melanggar perintah lagi2 ada bantuan back up dari negara besar :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. MM pun sebenarnya kurang yakin gak.. Tapi apa2 pon kita berdoalah agar ianya berkekalan.. In Shaa Allah.. =)

      Delete